Memaparkan catatan dengan label khat nasakh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khat nasakh. Papar semua catatan

15.11.11

Bengkel Seni Khat SK Tengku Mahmood Iskandar 1 Pontian

PONTIAN Jumaat 11/11/11 - SK Tengku Mahmood Iskandar di sini telah mengadakan sebuah program untuk pelajar Tahun 6 yang bertajuk ' Bengkel Mengenal Seni Khat'. Seramai 100 orang pelajar tahun 6 telah menyertai program ini yang diadakan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Seni Khat Solution.

Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menimbulkan minat dan mencungkil bakat menulis khat pelajar-pelajar ini. Walaupun diadakan dalam tempoh yang singkat iaitu dari pukul 8.30 pagi-11.45 pagi, sesuai dengan tajuknya iaitu bengkel mengenal khat, para pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis khat dan mempelajari asas khat yang paling penting iaitu khat Nasakh.

Pelajar juga ditunjukkan cara memegang pena buluh dan menulis menggunakan buluh dan resam. Alhamdulillah, para pelajar menunjukkan minat yang tinggi dalam mengikuti program ini sehingga tamat. Diharap program seperti ini akan berterusan dengan adanya sokongan dari pihak sekolah. Ameen..

Suruh ambil gambar terus posing semuanya..


Wah tekun betulla adik kita ni..

adik yang belah kanan ni kagum betul dengan tulisan kawan sebelah sampai nganga...

Sempat mesyuarat tingkap lagi tu..

Khusyuk wal khusyu'..






Read more...

9.11.11

Ayat-ayat Nasihat dalam Khat Nasakh untuk dikongsi bersama

Dipersilakan kepada sesiapa yang nak berkongsi dengan kawan-kawan nasihat yang berguna ini untuk download dan sebarkan...


" Wahai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan Ulil amri (ketua) di kalangan kamu " - Surah an-Nisak ayat 59 - http://seni-khat.blogspot.com

" Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat berkata benarlah dia atau pun dia diam " - Hadith
http://seni-khat.blogspot.com

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah keadaan diri mereka sendiri " - Surah ar-Rod ayat 11
http://seni-khat.blogspot.com

" Kata-kata orang yang membuat kerja adalah lebih benar daripada orang yang banyak berkata-kata tanpa melakukan kerja " - Saidina Ali
http://seni-khat.blogspot.com

" Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi sesuatu yang menyakitkan hati (penerima) " - al-Baqarah ayat 263
http://seni-khat.blogspot.com

" Dan barangsiapa yang kami panjangkan umurnya nescaya kami kembalikan dia kepada kejadiannya (lemah dan kurang akal) . Apakah mereka tidak memikirkannya " - Yaasin ayat 68
http://seni-khat.blogspot.com


Read more...