28.4.15

Kelas dan Bengkel Khat di Kota Bharu Kelantan

Alhamdulillah kini ada kelas dan bengkel khat di Kota Bharu, sila hubungi nombor dalam gambar ya, terima kasih.


Read more...

Kelas dan Bengkel Khat di Kuantan Pahang

Alhamdulillah, setelah ada beberapa pertanyaan tentang kelas khat di Kuantan, akhirnya saya terjumpa satu tempat iaitu Akademi Khat Kuantan. Sila hubungi beliau ya, nombor telefon ada dalam gambar.

Read more...

22.4.15

Kursus Khat : Kelas Mingguan di Seksyen 15 Shah Alam

Bersama rakan saya Helmi Sobri


Read more...

Pameran Khat Sempena Majlis Tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan 2015

Bersama rakan-rakan saya dari Seni Khat Warisan Islam






Read more...

Pameran Khat : Festival 207 Lebuh Acheh Pulau Pinang

Bersama rakan saya, Ali Gaban, Zuhud Ulya dan Hafizan Halim.












Read more...

Pameran Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka 2015

Bersama rakan saya, Gajir dan Faisal Alwie.

Seni khat gabungan lima pelukis pamer karya
07 April 2015 12:16 AM

MELAKA 6 April – Lima pelukis seni khat atau kaligrafi moden tanah air bergabung mempamerkan karya kaligrafi Islam menerusi Pameran Ekspressi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka, di sini, dari 21 Mac hingga 3 Mei depan.Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Datuk Khamis Abas berkata, pameran yang julung kali diadakan itu menggabungkan hasil karya Nurgajir Noor, Muhammad Faisal Alwie, Ahmad Raja'ei Awang, Zuhud'Ulya Iberahim dan Ainun Jariah Yaacob.“Seni kaligrafi Islam atau khat adalah satu khazanah tertua dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam, kini diadaptasi dengan karya yang lebihmoden tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.

“Bagi pameran kali ini, 86 karya seni khat kontemporari dipamerkan memberi peluang kepada peminat seni ini menghayati sendiri keunikan karya khat yang dihasilkan lima pelukis ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pameran Ekspressi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis, Jalan Laksamana di sini, baru-baru ini.Majlis itu dirasmikan oleh Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Mohadis Yasin dan hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Hamdin Abdollah.Sementara itu,Nurgajir Noor,33, berasal dari Sabahberkata, ini adalah pameran keduanya di Me­laka selepas tujuh tahun menceburi bidang tersebut.“Sebelum ini, saya pernah mengadakan pameran solo di Melaka dan kali ini Perzim memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan mempamerkan karya kami untuk tatapan mereka yang mencintai seni khat.

“Menerusi pameran ini, mereka boleh melihat sendiri jenis-jenis khat yang kami hasilkan antaranya khat thuluth yang banyak digunakan di negara Arab, khat nasakh yang lebih sinonim dengan tulisan al-Quran, khat khufi serta khat dhiwani serta dhiwani jali yang dahulunya digunakan oleh pembesar atau raja-raja sebagai kod rahsia ketika menulis surat,” katanya.

BagiZuhud'Ulya Iberahim, 37, yang berasal dari Kedah berkata, seni khat kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini.“Tidak mudah untuk kami menghasilkannya kerana memerlukan idea serta masa yang mencukupi supaya karya yang dihasilkan adalah yang terbaik. Ada diantara karya yang kami hasilkan ini mengambil masa beberapa hari malah, berbulan untuk disiapkan.“Alhamdulilah, setakat ini pe­nerimaan masyarakat terhadap hasil seni ini amat memberansangkan kerana ada antara peminat seni khat ini menjadikannya sebagai hiasan rumah mahupun pejabat,” katanya yang berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang tersebut.

MELAKA 9 April - Seni khat atau kaligrafi sangat sinonim dengan masyarakat Arab Muslim, apabila kedatangan lima ayat al-Quran surah al-Falaq yang diturunkan menerusi Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW menjadikan penulisan khat mempunyai kepen- tingan dan masih utuh sehinggakini.

Menyingkap seni halus penulisan yang telah menjadi lambang keagungan masyarakat Islam ini, khat boleh dibahagikan kepada tujuh jenis antara yang mendapat perhatian ramai iaitu khat riqiah, thulukh, khufi, diwani dan nasakh.Setiap daripada jenis khat mempunyai cara tulisan berbeza yang pastinya unik dan memukau pandangan peminat seni tulisan itu.Bagi meneruskan ke- gemilangan seni tersebut, lima pelukis seni khat atau kaligrafi moden tanah air bergabung mempamerkan karya kaligrafi Islam menerusi Pameran Eks-presi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka di sini bermula pada 21 Mac lalu hingga 3 Mei depan.Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, pameran yang julung kali diadakan itu dijayakan hasil karya Nurgajir Noor, Muhammad Faisal Alwie, Ahmad Raja'ei Awang, Zuhud'Ulya Iberahim dan Ainun Jariah Yaacob.

“Seni kaligrafi Islam atau khat adalah satu khazanah tertua dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan kini diadaptasi dengan karya lebih moden tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.“Bagi pameran kali ini, sebanyak 86 karya seni khat kontemporari dipamerkan bagi memberi peluang kepada peminat seni ini menghayati sendiri keunikan karya khat yang dihasilkan lima pelukis tersebut,” katanya kepadaUtusan Malaysia ketika ditemui semasa pameran itu di sini baru-baru ini.Sementara itu penulis kaligrafi,Nurgajir Noor, 33, berkata, ini adalah pameran keduanya di Melaka selepas tujuh tahun menceburi bidang itu.“Sebelum ini saya pernah me­ngadakan pameran solo di Melaka dan kali ini Perzim memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan mempamerkan karya kami untuk tatapan mereka yang mencintai seni khat.

“Menerusi pameran ini, mereka boleh melihat sendiri jenis-jenis khat yang kami hasilkan antaranya khat thuluth yang banyak digunakan di negara Arab, khat nasakh yang lebih sinonim dengan tulisan al-Quran, khat khufi serta khat Dhiwani serta Dhiwani Jali yang dahulunya digunakan oleh pembesar atau raja-raja sebagai kod rahsia ketika menulis surat,” jelasnya yang berasal dari Sabah.Menurut Nurgajir, ibu bapa seharusnya membantu anak-anak mendalami penulisan jawi seperti menyediakan buku-buku tulisan, memperkenalkan huruf-huruf jawi dan sebagainya.“Tidak dinafikan tulisan khat dilihat agak susah bagikanak-kanak memandangkan ia memerlukan tumpuan dan tahapnya terlalu tinggi. Tetapi paling elok jika ia bertindak selari,” katanya.

Selepas tujuh tahun melibatkan diri dalam seni kaligrafi, bapa kepada tiga cahaya mata itu mampumenarik nafas lega kerana berjaya membuka galeribersama adik-beradik lain diberi nama GajirArt Resources di Kajang, Selangor.BagiZuhud'Ulya Iberahim, 37, pelukis seni khat danjuga seorang guru, seni khat kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini.Anak jati Kedah itu turut memberitahu dahulunya dia menjadikan tulisan khat sebagai hobi tetapi kini mampu memiliki sebuah galeri yang diberi nama Ahnaf-Khat di Pulau Pinang.

“Saya mahu berkongsi dengan masyarakat yang berminat dengan seni khat. Sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini, ramai bertanyakan bagaimana cara untuk mempelajarinya.“Dari situ timbul idea menubuhkan galeri ini. Pada saya masyarakat perlu ditunjuk dengan karya-karyakhat supaya mereka dapat mengenali secara mendalam mengenai seni yang terdapat dalam Islam,” katanya.Menurut Zuhud'Ulya, tidak mudah untuk penulis khat menghasilkan sesuatu karya kerana memerlukan idea serta masa mencukupi agar menjadi karya yang terbaik.Katanya, malah ada di antara karya yang dihasilkanini mengambil masa beberapa hari malahan berbulan untuk disiapkan.

“Alhamdulilah, setakat ini penerimaan masyarakat terhadap hasil seni ini amat memberangsangkan kerana peminat seni khat menjadikannya sebagai hiasan rumah mahupun pejabat,” katanya yang berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang ini.Katanya, seni lukisan khat tetap menjadi pilihan anak muda meskipun penghasilannya memerlukan cara dan teknik betul bagi memperoleh hasil yang baik.











Read more...

17.4.15

Mural Khat : Sek. Agama Tenaga Setia, Batu Pahat

Mural khat dengan harga istimewa....
Nak campur rumi pun boleh, kartun ke, buah-buahan ke, pemandangan ke...

Harga :

Sekaki persegi = RM 15.00-25.00
Bawah tingkap = RM 300.00
Depan bilik buku teks = RM 500.00
Bawah kaunter Kantin = RM 300.00

Kalau buat banyak, insyaAllah banyak jugak diskaunnya.

Set masa? Call/whatsapp 0137027770.





















Lukisan lain :






















Read more...

1.4.15

Bengkel Lukisan Kaligrafi 5 April 2015 di Muzium Kesenian Islam Malaysia



Satu BENGKEL LUKISAN KALIGRAFI akan dijalankan pada ketetapan seperti dalam poster berkenaan.

Sila klik link borang online untuk tujuan pendaftaran.Yuran RM 100 shj termasuk alatan dan makan tengahari

https://docs.google.com/forms/d/1wIykQoqGdPnpgt3eKb154IcHvESRmxMlVafyJfY_yhw/viewform?usp=send_form


Read more...

29.3.15

Artikel Kosmo : Khat Pada Duit " Bank Negara Malaysia "

# Oh...sekarang baru pakcik tauuu.....



JARI-JEMARI tua Sulaiman Awang kemas menulis khat nasakh di atas sehelai lembaran kertas putih. Tulisan jawi yang dinukil menggunakan pen jenis fountain itu kelihatan cukup sempurna.“Sebenarnya, saya lebih suka menggunakan pen kayu daripada batang pelepah pokok resam. Biarpun sedikit leceh kerana perlu dicelupkan dengan dakwat, namun hasilnya lebih cantik dan kemasberbanding pen biasa yang banyak dijual di pasaran,” ujarnya tersenyum.

Penjelasan yang diberikan pesara agensi kerajaan itu segera dicatat ke dalam buku nota. Apa tidaknya, di kesempatan itulah kru Jurnal dapat berkongsi serta mengupas pengalaman salah seorang penyumbang kepada cetakan jawi yang digunakan dalam wang kertas Malaysia hari ini.

Mungkin bagi kebanyakan orang, tiada apa yang lebih penting pada sehelai wang kertas selain nilainya tidak kiralah sama ada kecil atau besar.Namun, bagi Sulaiman, setiap perincian khususnya cetakan tulisan jawi ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ pada duit kertasitu memberikan nilai sentimental kepada dirinya.Manakan tidak, warga emas berusia 73 tahun itu sendiri adalah tulang belakang di sebalik kehalusan seni cetakan berkenaan.

Pernah berkhidmat dengan Utusan Melayu (M) Berhad sebagai seorang kartunis dari tahun 1962 sehingga 1970 dengan menggunakan nama pena ‘Shamsul’, Sulaiman memberitahu, tulisan jawi jenis nasakh rekaannya itu diabadikan pada setiap wang kertas Ringgit Malaysia keluaran tahun 1997 bermula daripada RM2 hingga RM1,000.“Ia sememangnya satu pengalaman yang sangat berharga walaupun saya tidak dikenali ramai,” katanya merendah diri.

Menang tender

SULAIMAN mempamerkan kemahiran menulis khat nasakh pada sehelai kertas.Mengimbas kembali kenangan kira-kira 15 tahun lalu, Sulaiman atau lebih mesra di sapa Tuan Haji memberitahu, peluang menulis tulisan khat pada wang kertas itu datang tanpa dirancang.

Katanya, dia dimaklumkan mengenai peluang untuk menulis tulisan khat pada wang kertas Malaysia oleh seorang individu yang juga pemilik sebuah syarikat pengiklanan yang dikenali sebagai Haji Mohamad.“Dia minta saya cuba nasib dengan menghantar perkataan ‘Bank Negara’ yang ditulis dalam tulisan jawi berbentuk khat nasakh kepada pihak Bank Negara untuk masuk tender,” katanya.

Berbicara lanjut, Sulaiman yang pernah memegang jawatan sebagaiPegawai Seni Reka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberitahu, Pihak Bank Negara yang tertarik dengan seni khat nasakh tulisan tangannya itu telah menawarkan tender berjumlah RM10,000 untuk mencetak tulisan khat tersebut pada keluaran duit kertas bermula daripada wang kertas RM2 sehingga RM1,000 pada tahun 1997.

“Alhamdulillah beberapa minggu selepas itu, dia beritahu, saya berjaya menang tender tersebut dan dikehendaki menulis perkataan ‘Bank Negara’ dalam ejaan jawi untuk dicetak pada duit kertas Malaysia.“Apabila wang kertas baharu itu siap, saya seperti tidak percaya bahawa perkataan yang tertera pada permukaan depan dan belakang wang kertas tersebut merupakan tulisan tangan saya sendiri,” katanya yang mempelajari seni tulisan khat semasa menuntut di Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah Masjid Tinggi, di Bagan Serai, Perak sekitar tahun 50-an.

Ternyata bakat seni yang dimiliki oleh Sulaiman tidak terhenti begitu sahaja apabila anak sulungnya, Kamarul Khazim Sulaiman, 44, turut mewarisi bakat seni daripada bapanya.Ibarat kata pepatah, ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’,Kamarul yang juga merupakan seorang kartunis di salah sebuah syarikat akhbar harian, turut menjadikan bapanya sebagai idola dalam dalam kerjayanya sekarang.“Kemahiran menulis tulisan khat ini perlu diasah sejak kecil kerana ia memerlukan kemahiran dan ketelitian yang tinggi,” tutur Kamarul yang pernah membantu bapanya menulis tulisan khat pada batu nesan selepas tamat persekolahan sekitar lewat tahun 70-an.

Revolusi

KOLEKSI wang kertas siri pertama dan siri kedua yang dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.Selain kehalusan seni tulisan khat nasakh, wang kertas Malaysia turut menampilkan pembaharuan yang menggabungkan pelbagai inovasi dan ciri keselamatan yang lebih canggih dan terjamin berbanding wang sebelum ini.

Menurut sumber dari Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, wang kertas Malaysia telah mengalami empat siri perubahan bermula dari tahun 1967 apabila Bank Negara Malaysia mula mengedarkan mata wang Malaysia siri pertama bagi menggantikan mata wang Malaya yang dihentikan edarannya pada 16 Januari 1969.Berbeza dengan mata wang yang diguna pakai pada hari ini yang menggunakan nilai Ringgit Malaysia, nilai wang pada ketika itu masih menggunakan simbol dolar ($) yang dicetak pada wang kertas siri pertama.

Wang kertas siri pertama yang dikeluarkan pada tahun 1967 telah mengetengahkan konsep bercorak geometri yang dicetak pada wang kertas bernilai $1, $5, $10, $50, $100 dan $1,000.“Penggunaan mata wang si­ri pertama itu bertahan sela­ma berpuluh tahun sebelum pihak Bank Negara Malaysia memperkenalkan mata wang siri kedua pada tahun 1982 yang lebih menonjolkan ciri-ciri seni dan budaya di Malaysia,” kata sumber itu.

Bagi edaran siri kedua itu, Bank Negara Malaysia telah memperjuangkan wang kertas yang dicetak dengan artifak kesenian yang melambangkan simbol-simbol budaya yang terdapat Malaysia.“Sebagai contoh, cetakan corak pada wang kertas siri kedua lebih menonjolkan sisi budaya seperti keris, terabai atau perisai pahlawan Iban, ukiran kerawang, bunga-bungaan dan monumen bersejarah,” tambah sumber itu lagi.

Mesra pengguna

POHON pitis Kelantan yang digunakan pada awal kurun ke-19 di Tanah Melayu selepas kemasukan pengaruh Islam.Menurut sumber tersebut, Bank Negara Malaysia mem­perkenalkansekali lagi wajah baharu wang kertas Malaysia dengan melancarkanedaran wang kertas berkon­sepkan Wawasan 2020 yang lebih tam­pak moden dan terkini pada tahun 1996.

“Cetakan corak pada wang kertas ketika ini memaparkan lambang kepesatan pemba­ngunan di Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, satelit dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.“Namun, rekaan corak pada wang kertas siri ketiga ini masih mengekalkan unsur-unsur budaya dengan memaparkan keindahanalam semula jadi seperti Gunung Kinabalu yang dicetak pada wang kertas RM1,” katanya.

Selepas melalui tiga siri transformasi, Bank Negara Malaysia sekali lagi menelusuri perubahan apabila memperkenalkan mata wang sirikeempat yang lebih berkualiti dan mesra pengguna pada tahun 2012.Menggabungkan pelbagai inovasi daripada rekaan terda­hulu, wang kertas itu lebih se­la­mat dan canggih apabila menggunakan material polimer pada mata wang bernilai RM1 dan RM5.

“Diilhamkan daripada ciri-ciri Malaysia yang tersendiri, wang kertas baharu ini memaparkan ekspresi tradisional bermotifkan seni dan kraftangan tradisional, alam semula jadi dan tradisi negara,” ujar sumber Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia itu.
posted from Bloggeroid









# Terima kasih akhbar Kosmo
Read more...