15.1.13

Pameran Khat 16-17 Januari 2013 ( Nuqtah : Seni Khat Dalam Tradisi Melayu)



Satu: Creative Collective dengan kerjasama Naili's Place dan Rumah Tamu Datin Halijah


 Mempersembahkan : NUQTAH : SENI KHAT DALAM RUANG TRADISI MELAYU 

 Tarikh pameran : 16 & 17 Januari 2013 Waktu pameran : 2.00 petang hingga 11.00 malam. 
Lokasi : Rumah Tamu Datin Halijah, Sentul, Kuala Lumpur 
Pembukaan pameran : 16 Januari 2013 (Rabu) Jam 9.00 malam 
Aktiviti hari pembukaan 
5.00 petang-11.00 malam : • Demonstrasi Seni Khat 
• Pameran & tempahan produk 
• Seni Cap Mohor 
• Jualan buku-buku dan katalog pameran Seni Khat 

PENGENALAN :
Sebuah pameran Seni Khat dengan tema ”Nuqtah : Seni Khat Dalam Ruang Tradisi Melayu” akan berlangsung pada 16-17 Januari 2013 di Rumah Tamu Datin Halijah, Taman Dato Seni, Sentul. Pameran yang unik dan julung kali diadakan di dalam ruang rumah tradisional Melayu ini akan menghimpunkan sekitar 30 karya Seni Khat yang dihasilkan oleh 16 orang khattat dan pelukis. Pameran ini juga diadakan bagi menyemarakkan bulan Maulidurrasul sebagai memperingati hari keputeraan baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Pameran yang dianjurkan dengan kerjasama Satu: Creative Collective dan Naili’s Place Restaurant & Rumah Tamu Datin Halijah ini bermatlamat untuk mendekatkan masyarakat kepada penghayatan karya-karya Seni Khat. Acara pembukaan akan diadakan pada Rabu, 16 Januari 2013, jam 9:00 malam. Aktiviti dialog dan demonstrasi Seni Khat akan turut diadakan dalam tempoh pameran berlangsung. Orang ramai dijemput hadir menyaksikan pameran ini yang dibuka dari jam 2.00 petang hingga 11.00 malam.

 Khattat dan pelukis yang terlibat:
• Mohd Fadil Sulaiman • Zulfikri Mohd Sobri • Mohammad Firdaus Mahadi • Muhammad Ekhsan Mohd Haniff • Mohd Zahamri Nizar • Ahmad Rajaei Awang • Ainun Jariah Ya’acob • Norussalam Bain • Zulhelmi Mohd Sobri • Siti Hawa Zainal Abidin • Mohd Fathy Rosli • Mohd Syafiq Mohamad • Umar Abdul Fatah • Mohd Hisyamuddin Ramli • Mohamad Hafizuddin Mohamad Rasid • Muhammad Maimun Abdul Rahman

Read more...

10.1.13

Pameran Seni Khat Zainurrahman Afandi di Muzium al-Quran Masjid al-Azim Melaka Januari 2013


Salah seorang penulis khat tersohor di Malaysia dan berjaya menjadi seorang hartawan dalam bisnes seni khat. Beliau mempunyai kedai di Solaris Dutamas, Jalan Duta. Walaupun saya tidak pernah bersua muka dengan beliau, saya amat mengagumi pencapaian yang beliau ada sekarang. Ustaz Zainurrahman, kalau ada masa insyaAllah kita akan berjumpa nanti. Minggu lepas ada turun Solaris Dutamas, tapi ofis beliau tutup pulak tengah renovate. Tarikh pameran di Melaka ini dilanjutkan sehingga Maulidurrasul.

Read more...

3.1.13

Pameran Khat dan Bengkel Khat di Galeri Petronas KLCC Januari 2013


TAMAN NURANI: Nafas Keislaman Dalam Seni Kontemporari Malaysia

Curator : Prof. Dr. Muliyadi Mahamood
Duration : 04 December 2012 - 17 February 2013
Admission : Free
Time : 10:00 am - 8:00 pm

Description :
TAMAN NURANI is an exhibition to reflect the concept of art as a beautiful garden bathed in Allah's light, full of fragrant and colorful flowers planted and cultivated by the artists with their heart and soul. Nurani, (Allah's light) reflects the artist's pure heart entirely filled with Allah's light. Art Inspired by Islam ought to create an atmosphere of contemplation that will bring the audience to think about God and put into practice and connect the principles of religion.
Exhibits are drawn from PETRONAS Art Collection, National Visual Art Gallery and private collections. Showcasing 56 artworks by 28 Malaysian Muslim artists.



1. Art Workshop for children with special needs. Theme: Illuminated Garden.

Venue : GALERI PETRONASDate : 20-December-2012Time : 10.00am - 4.00pmFees : RM50.00Facilitators : Latif PadzaliDescription : 

Target Group: 10- 17 years old

Please contact Visitor Services 03 2331 7770 or Rofiah atrofiahs@petronas.com.my,
Kim atnursyakimah.rashid@petronas.com.myto register. Due to limited seats, advance booking is required.


2. Islamic Art Art Forum - Confluence of Thoughts & Ideas

Date : 19-January-2013Time : 10.30am - 12.30pmSpeakers : ---Moderators : Prof. Dr. Muliyadi MahamoodVenue : GALERI PETRONASDescription : 

Moderated by Prof. Dr. Muliyadi Mahamood.
Panelist Dr . Ruzaika Omar Basaree, Dr. Siti Zainon, Dr .Sulaiman Esa and Ustaz Don Daniyal . 
Admission is FREE. To register please contact Rofiah Sulaiman at +6 03 2331 1228
or e-mail to rofiahs@petronas.com.my. Kim at +6 03 2331 4898nursyakimah.rashid@petronas.com.my.
Due to limited seats, advance booking is required.

Read more...

Artikel Seni Khat :Syarikat Unicraft dalam Sinar Harian


SAMBUTAN menggalakkan terhadap kaligrafi khat dalam kalangan pelancong mendorong Fazillah Abdul Rahman berkecimpung dengan lebih aktif sejak 2007.

Setiap produk kaligrafi dihasilkan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat dan kini permintaan diterima semakin menggalakkan.

Sebagai pengusaha khat, Fazillah dan suaminya sentiasa mengetengahkan reka bentuk terkini dan setiap proses dilakukan dengan sendiri.

Menurutnya, peluang menyertai kraf tangan Malaysia ke United Kingdom (UK), Dubai, Jerman, Itali, Hong Kong dan Birmingham menjadi platform kepadanya mengetengahkan produk ke pasaran luar.

“Setiap kali menyertai pameran luar negara, kami akan membawa 125 khat dan pastinya ia akan habis dijual.

“Hampir lima tahun beroperasi, purata 15,000 bingkai dapat dihasilkan setiap bulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Baca seterusnya di sini http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kaligrafi-khat-tarikan-pelancong-1.117534
Read more...

Artikel Khat Kufi Murabba' @ Kufi Square di Kosmo!

Kosmo! Online - Rencana Utama




MELIHAT kepada tulisan yang bercorak segi empat, orang ramai pasti sukar untuk mengagak bahawa itu merupakan salah satu cabang dalam seni khat.
Namun, keindahannya ternyata mampu menarik minat orang ramai untuk mempelajari serta mengetahui ciri-ciri terkandung dalam seni khat yang dikenali sebagai khat kufi.
Khat itu terbahagi kepada pelbagai corak antaranya khat kufi basit, khat kufi musattar, khat kufi mutalasiq, khat kufi muwarraq dan khat kufi murabba. Namun, antara seni khat kufi yang popular di negara kita dewasa ini ialah kufi murabba.
Siapa sangka dengan hanya menggunakan perisian komputer, setiap individu boleh mempelajari cara-cara serta kaedah berkarya dengan seni khat kufi murabba secara lebih mudah.
"Dengan hanya menggunakan perisian Microsoft Excel, Inkscape dan Adobe Illustrator, semua orang boleh mempelajari serta mempraktikkan kreativiti mereka menerusi khat kufi," ujar seorang jurukhat kufi, Ariff Ashaari, 49.
Arif pada asalnya meminati seni khat tradisi iaitu khat nasakh, khat thuluth dan khat diwani kemudian memilih khat kufi sebagai salah satu sumber pendapatan hariannya dengan menjual hasil karya khat tersebut.
Menurut Ariff, dia banyak mendapat inspirasi untuk mempelajari seni secara tidak formal menerusi sebuah komuniti di laman Facebook.
Komuniti itu banyak membincangkan hal ehwal khat kufi yang adakalanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
"Saya merupakan antara penggiat awal Friends Of Kufi Square (Foks) sejak 2010. Topik yang sering dibincangkan oleh kami secara keseluruhannya berkisarkan tentang khat kufi sahaja tanpa menyentuh aspek teknikal karya seni khat lain.
"Khat kufi kadangkala menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai terutama hal ehwal kebolehbacaan karya-karya kufi. Komuniti ini merungkai pelbagai permasalahan yang sering dilakukan oleh penggiat seni khat serta memberi jalan penyelesaian terbaik terutama aspek teknikal dalam penghasilan seni khat kufi," ujarnya ketika ditanya mengenai objektif utama Foks.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2Grf8Ku1F 
Hakcipta terpelihara 

Read more...

2.1.13

Sumbangan Seni Khat Solution kepada SMK Tun Hussein Onn Kluang


Sempena majlis Anugerah Cemerlang dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tulisan Khat  SMK THO Kluang Johor. Cenderahati bernilai RM600.00 disampaikan kepada Pengetua, Tuan Haji Fauzan Sukimi disaksikan oleh Ketua NSTP Batu Pahat, En Mahat Atip, dan Pegawai  Adabi Johor Bahru.










Read more...

29.12.12

Rahman Sahlan @Demi Palestin TV Alhijrah 23 Disember 2012

Acara : Demi Palestin TV Alhijrah 23 Disember 2012
Slot 2 petang hingga 2.30 petang : Pertandingan Seni Khat dan Demo Khat bersama Rahman Sahlan





Puteri tercinta, Alya Insyirah alBakeer



Slot Pertandingan Khat

Ust Safwan, Azidah dan Ardi Herman sedang berceloteh nampaknya


Punyalah khusyuk kawan kita Gajir menulis...pergh...masyuuuk


Firdaus Mahadi bergabung dengan Maimun Abdurrahman...Demi Palestin!


Read more...

Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan Disember 2012

Bersama pembantu yang juga penulis khat, Osman Samurah.
--
Sent from my Nokia
www.khatsolution.com.my
Read more...

Pameran Khat Disember 2012

Bersama dengan pembantu yang juga penulis khat, Osman Samurah dari Sri Medan, Batu Pahat. Kami sama-sama anak murid Cikgu Yusuf Othman ( Guru Besar SK Sri Pasir 1993-2003) yang mana beliaulah yang mengajar kami asas khat dengan begitu tekun sehingga kami dapat mencapai tahap sekarang ini. Terima kasih cikgu.






Osman Samurah (guru j-Qaf di Pasir Gudang Johor)

Read more...