5.11.13

Bengkel Khat SMK Sultan Ismail JB

Tarikh: 28 Oktober 2013
Peserta: 45 orang pelajar Tingkatan 3

Terima kasih ustazah Naimas atas undangan...


Read more...

2.11.13

Cara Memotong Pena Khat Mengikut Jenis Khat



Pena Khat mempunyai mata yang berbeza, ini kerana cara memegang pen juga berbeza mengikut jenis khat. Darjah kecondongan mata pen itu sangat mempengaruhi hasil tulisan kita..so nt bolehlah cuba ya...gambar ihsan Facebook
yang bawah ni koleksi pen dari Turki dan pisau pemotongnya..
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.


Read more...

31.10.13

Nama Dalam Khat Nasakh dengan Latihan Titik

Dakwat buatan sendiri berwarna ungu...memang sangat smooth gerakan dakwatnya ...

Latihan sebegini penting untuk mengingatkan kita saiz huruf yang tepat...yelah kadang2 ada seaetengah huruf yg kita confuse so rujuk balik kt buku kaedah khat lepas tu jumpa guru kita untk disemak...


Read more...

25.10.13

Surah al- 'Alaq dalam Khat Thuluth

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Mencipta...surah al-Alaq in Thuluth style, saiz 20x 30 inch, ink on paper


Read more...

21.10.13

Stiker Kereta Handmade 100% : Johor Darul Takzim


Saiz 19cm x 19cm
"Johor Darul Takzim Luaskan Kuasamu"
Xpelah kalah suku akhir..nk buat camne Kelantan memang kuat
...sokong ttp sokong!
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Read more...

19.10.13

Khat Doa Untuk Rumah

Medium - Modelling board, tulisan dakwat atas kertas, gloss finish, without frame
Saiz - 10 x 20 inch
Doa untuk pendinding rumah
Harga : RM 50.00 termasuk pos
(Barang sedia dah siap)
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Read more...

18.10.13

Khat Thuluth Jali Pen 9mm dan 10mm

Khat thuluth jali perlu ditulis menggunakan pena resam yang bersaiz besar dan tulisan ini mata penanya ialah 10mm dan 9mm. Memang besar dan agak sukar menghasilkan tulisan yang seimbang dan tepat. Dengan latihan demi latihan insyaAllah akan semakin cantik. Yang dah siap ni adalah design untuk Masjid UPSI Tanjung Malim. Paling kurang pun kena buat 3 kali baru jumpa susunan yang terbaik. Kertasnya saiz A3 dan disambung-sambung..selamat mencuba ya!

khat thuluth jali
Read more...

9.10.13

Pameran Khat di Publika Solaris White Box 5-13 Oktober 2013

Firdaus Mahadi, Syed Ubaidillah, Fadil Sulaiman dan khattat yang lain mempamerkan karya masing-masing.


Read more...

7.10.13

4 Qul Surah al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas Dalam Khat Thuluth Potrait dan Landscape

        


Latihan demi latihan untuk memantapkan tulisan...ku perbaiki setiap hari demi cintaku pada seni ini...walaupun banyak cabaran ku hadapi...kurangnya dana menjadi sahabat sejati...namun ku percaya kepada Ilahi...bahawa inilah yang dinamakan rezeki...ampunkan aku wahai Rabbul 'Izzati...kekhilafan hambaMu ini...sehingga tertunda banyak segi...ampunkan kami...yaa Allah ya Fattah ya Razzaq ya Ghafiruz-zanbi...
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.


Read more...

Thuluth: Huruf ' Ain Shodiah Majmu'ah

Huruf ' ain ini merupakan huruf yang paling digemari oleh para khattat untuk diaplikasikan dalam karya...huruf ini boleh mengimbangi ruang kiri kanan dan mencantikkan sesebuah karya.



posted from Bloggeroid

Read more...

4.10.13

Logo Khat Rancangan FULUS di TV ALHIJRAH pengacara Afdlin Shauki

Alhamdulillah, 1 lagi hasil karya kami dah publish, rancangan bual bicara ini disiarkan pada setiap hari Ahad jam 9 malam di TV Alhijrah.
Bersama pengacara yang tak asing lagi, Afdlin Shauki membincangkan perihal kewangan dan pengurusan kewangan secara santai dan memang selamba...episod yang pertama dengan artis jemputan Adam AF2..yelah Alhamdulillah Adam ni dah dapat hidayah untuk berhijrah...so far oklah...berlainan dengan rancangan televisyen Tv Alhijrah yang lain...
Panel tetap yang akan Mengulas mengenai masalah dan pelbagai perkara dalam kewangan Islam ini ialah Dr Asyraf Wajdi Dusuki..dan ditaja khas oleh Affin Islamic Bank...
Nilah sebahagian gambar masa shooring dan promo iklan di web rasmi TV Al Hijrah...segalanya bermula di sini...




Read more...

30.9.13

Pameran Khat Karnival Hijrah 2013 Dungun

Tarikh : 27-28 September 2013
Tempat: Dataran Arena Merdeka Dungun Terengganu
Aktiviti : Pertandingan Khat
, Jualan produk khat


Read more...

22.9.13

Pameran Khat IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor

Tarikh: 18-19 September 2013
Tempat : Dewan Seri Budiman, IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat sempena Hari Japim


Read more...

Pameran Khat di 1Awqaf Kulim Holdings Berhad Ulu Tiram JB

Tarikh : 14 September 2013
Tempat : Padang Golf Ladang Kulim Holdings


Read more...

16.9.13

Surah al Fatihah dalam Khat Thuluth

Saiz : 36 inci x 24 inci
Koleksi peribadi ini dihasilkan pada Februari 2013 yang lepas..memang agak susah pada mulanya..dan susunan hurufnya masih banyak perlu diperbaiki lagi...
Bagi saya ini antara koleksi terbaik saya..mudah-mudahan berkat surah Fatihah ini dapat membuka lebih banyak pintu rezeki...


Read more...

5.9.13

Pameran Khat Aidilfitri Etiqa di Hotel Katerina Batu Pahat 26 Ogos 2013

Aidilfitri bersama Etiqa

Dah lama rasanya tak buat pameran sempena Aidilfitri..so baru2 ni kitorang dapat jemputan pameran khat kat Hotel Katerina Batu Pahat...tempahan nama free untuk 150 tetamu terawal...kena pakai baju melayu pulak...






Lenguh beb 3.45 petang - 7.00 malam straight...


Khat Diwani Jali my style...bukan apa, memang xsempat kalau nak masukkan titik2nya...so mana yang cepat je lah...penulis khat masih seorang macam ni lah...ada pembantu dia belum confident lagi nak tulis...


Hadiah frame khat untuk Epic Evolution JB bersama Cik Noraini


Read more...

19.8.13

Pertandingan Seni Khat Jawi Nusantara Pelajar Sekolah September 2013



Utusan Malaysia dengan bangganya meneruskan legasi Pertandingan Seni Jawi Nusantara khas untuk para pelajar sekolah semua. Setiap tahun pertandingan ini menarik penyertaan yang banyak sehingga memeningkan kepala pengadil. Tahun lepas sahaja lebih 3,000 penyertaan diterima. ini menunjukkan usaha ini berjaya meningkatkan minat masyarakat kepada jawi.

Adik-adik mari sertainya!



Sent from my Windows Phone

Read more...

30.6.13

Update : Pemenang Pertandingan Seni Khat 30 Jun 2013 Peringkat Negeri Johor

PERTANDINGAN MENULIS KHAT SPONTAN anjuran PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN CAWANGAN JOHOR (PSSKCJ) yang telah diadakan pada 30 Jun 2013 di Hotel M-Suite Johor Bahru. # Kami tidak menghantar wakil atas kesibukan.😊
Berikut merupakan nama-nama pemenang:

Kategori SEKOLAH

Tempat Pertama : Nurul Juzailah bt. Jalaluddin
Tempat Kedua : Mohd Saifuddin b. Afandi
Tempat Ketiga : Muhammad Zakwan b. Jalaluddin

Saguhati
- Muhammad Nabil Fahmi b. Yusuf
- nabihah bt. Mohd Najib
- mohd Arif Fikri b. Jailani
- Nasyithah Syathirah bt. Yusuf
- Ahmad Zikri b. Mohd Nasir

Kategori TERBUKA

Tempat Pertama : Jalaluddin b. Mispan @Mispan
Tempat Kedua : Rumaja Sarmin
Tempat Ketiga : Mohd Shukri b. Mohd Senin

Saguhati
- Azman b. Momin
- Norhayati bt. Abdul Rahman
- Eka Harnizam b. Mohd Harris
- Syed Sharizal b. Syed Omar
- Mohd Faizal b. Daud

TAHNIAH kepada yang berJAYA

PERTANDINGAN MENULIS KHAT SPONTAN anjuran PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN CAWANGAN JOHOR

1. KATEGORI PERTANDINGAN
a) Kategori ( SEKOLAH )
b) Kategori ( TERBUKA )

2. HADIAH PERTANDINGAN
Kategori SEKOLAH
Tempat Pertama : Hadiah Wang Tunai RM 300.00 Tempat Kedua : Hadiah Wang Tunai RM 200.00 Tempat Ketiga : Hadiah Wang Tunai RM 100.00 5 Hadiah Saguhati : Hadiah Wang Tunai RM 50.00

Kategori TERBUKA
Tempat Pertama : Hadiah Wang Tunai RM 700.00 Tempat Kedua : Hadiah Wang Tunai RM 500.00 Tempat Ketiga : Hadiah Wang Tunai RM 300.00 5 Hadiah Saguhati : Hadiah Wang Tunai RM 100.00

TEMPAT : HOTEL M-SUITE Johor Bahru
TARIKH : 30 JUN 2013 MASA : 9.30 pagi - 11.30 pagi

SYARAT PERTANDINGAN
i. Pertandingan ini terbuka kepada semua Ahli Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor (PSKKCJ) yang telah berdaftar pada atau selepas 28 April 2013 sahaja.
ii. Bagi kategori SEKOLAH, peserta hendaklah berumur 12 hingga 17 tahun manakala bagi kategori TERBUKA adalah 18 tahun ke atas.
iii. Pertandingan akan dijalankan selama 2 jam.
iv. Peserta perlu membawa sendiri peralatan menulis khat. Peserta diberi kebebasan dalam penggunaan warna dakwat namun dihadkan hanya kepada 3 warna sahaja.
v. Peserta hanya dibenarkan menggunakan kertas yang disediakan oleh pihak penganjur yang akan diedarkan pada hari pertandingan.
vi. Setiap hasil karya yang dipertandingkan hendaklah ditulis mengikut ayat serta jenis khat yang ditetapkan. Karya yang tidak mengikut kaedah, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat tidak akan diterima.
vii. Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM10.00 bagi Kategori TERBUKA dan RM 5 untuk kategori SEKOLAH.
viii. Menggunakan jenis khat yang ditetapkan sahaja iaitu Khat Thuluth bagi Kategori TERBUKA dan Khat Nasakh untuk Kategori SEKOLAH. Karya yang tidak mengikut kaedah atau tidak mengikut fakta tidak akan dilayan.
ix. Setiap peserta hendaklah menggunakan ruang tulisan sekurang-kurangnya 70 peratus dari saiz kertas.
x. Segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah dibiayai oleh peserta sendiri.
xi. Karya-karya yang menerima hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati akan menjadi hak milik Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor (PSKKCJ) dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan.

xii. Borang penyertaan mestilah sampai kepada Urusetia Pertandingan pada atau sebelum 28 Jun 2013 jam 5.00 petang. xiii. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada. Urusetia : PERTANDINGAN MENULIS KHAT SPONTAN Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor (PSKKCJ) d/a JKR 144, Jalan Petrie, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim Tel : 012-7739793 (Sahrizal Sahlan) / Fax : 07-2260728

Borang Penyertaan PERTANDINGAN MENULIS KHAT SPONTAN

NAMA : _____________________________________________ ALAMAT : _____________________________________________ _____________________________________________
NO. TEL : _____________________________________
NO.KAD PENGENALAN :________________________
( ) KATEGORI SEKOLAH ( ) KATEGORI TERBUKA


Read more...