18.9.12

Keputusan Pertandingan Seni Khat 2012 Taman Tamadun Islam Terengganu

Terkini : GAMBAR PEMENANG PERTANDINGAN KHAT TTI 2012



KATEGORI LOGAM

1. Syed Ubaidillah Syed Mohd (juga Juara Keseluruhan)
1. Abdul Wahab Mohd
3. Syed Mohd Syafi Tuan Sidi

KATEGORI KAYU

1. Mohd Yazid Misdi
2. Ahmad Rajaei Awang
3. Ahmad Ali Mahfuz Osman

KATEGORI KANVAS

1. Nik Abdul Rahman Nik Abdul Kadir
2. Mohd Fadil Sulaiman
3. Zamri Amid

KATEGORI SPONTAN (TERBUKA)

1. Nik Abdul Rahman Nik Abdul Kadir
2. Mohd Zulfikri Mohd Sobri
3. Mohd Hafizuddin Mohd Rasid

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

1. Mohd Nazmi Mohd Rasid
2. Mohd Yazid Samsudin
3. Mohd Afifuddin Sobri

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

1. Nik Muhsinah Nik Abdul Rahman
2. Zul Nurain Muhzalilahfah
3. Nik Maghfirah nik Abdul Rahman



  

TERENGGANU INTERNATIONAL  ISLAMIC ART FESTIVAL SEPTEMBER 2012

14-17 SEPTEMBER 2012

Assalamualaikum semua pembaca blog ini yang pastinya adalah peminat seni khat dan kaligrafi. nampaknya Taman Tamadun Islam terengganu telah menjadikan Festival Kesenian Islam sebagai acara tahunan mereka. Tahun ini acaranya tidak kurang hebat dengan seminat seni khat dari penulis yang hebat dan masyhur antaranya Adnan Sheikh Othman (Syria), Shreen Abdul Halim (Mesir) dan seorang 'khattatah'-penulis khat wanita iaitu Nuna Garcia Macep (Sepanyol). Ada 3 hari festival yang akan diserikan lagi dengan Pertandingan Seni Khat yang menawarkan hadiah yang begitu lumayan..jom tengok apa yang ada..

Berikut adalah info yang diambil dari website www.tti.com.my

Kalau anda nak borang pertandingan, download di sini..



Persatuan Seni Khat Johor akan menghantar sebuah bas untuk rombongan ke sana selama 3 hari. Setakat ini masih ada kosong lagi. Nanti says akan update lagi kalau ada berita kalau ada sapa2 yang nak join ye..






JADUAL SEPANJANG FESTIVAL








Yang ini pula maklumat berkenaan Inspirasi Seni Khat 2011
















Read more...

20.7.12

Salam Ramadhan buat semua

Bulan Ramadhan kembali lagi...
Bagaimana persiapan anda?
Banyakkan ibadah, hapuskan fitnah...
Read more...

18.7.12

Latihan Khat Nasakh

Latihan..latihan..dan latihan. Sehebat mana pun seseorang itu dalam sesuatu perkara, pastinya ia hasil daripada latihan dan kesungguhan melakukannya. Walaupun menghadapi pelbagai masalah, kemahiran menulis pastinya takkan hilang cuma agak terkurang sahaja. Alhamdulillah berkat beberapa doa yang diamalkan seharian, kemampuan untuk menulis hadir kembali cuma perlukan banyak latihan lagi.



Read more...

11.7.12

Pertandingan Tulisan Khat Terbuka | Hypermedia library

http://hypermedialibrary.wordpress.com/2012/07/02/pertandingan-tulisan-khat-terbuka/


Penyertaan adalah Percuma.
Terbuka kepada 60 peserta terawal sahaja.
berumur: 10 – 12 tahun (sekolah rendah) dan 13 – 15 tahun (sekolah menengah)
Tempat: Masjid Al-Irsyad, USJ 1.
Tarikh: 28 Julai 2012
Hari: Sabtu
Masa: 9 pagi – 1 petang.
Hubungi talian tertera pada poster untuk mendaftar.

Read more...

2.7.12

Pertandingan Buku Skrap Jawi Utusan Malaysia Julai 2012

# Pemenang bagi pertandingan ini telah mendapat hadiah dan dihubungi oleh Utusan Malaysia sendiri. Bagi yang tidak berjaya jangan putus asa ye...cuba lagi tahun depan...

Berita berkaitan :
KANGAR 11 Nov. - Penyertaan 150 murid dalam Pertandingan Buku Skrap Jawi membawa tuah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar apabila mencatat penyertaan tertinggi dalam kalangan sekolah bagi pertandingan tersebut yang bermula sejak Mei hingga Julai lalu.
Berikutan kejayaan itu, SK Sena menerima hadiah RM1,000 dalam satu majlis yang diadakan sempena dengan hari anugerah cemerlang sekolah berkenaan di Dewan Kapitol di sini semalam.
SK Sena merupakan di antara 3,100 penyertaan yang diterima dari sekolah rendah bagi pertandingan anjuran Utusan Melayu Mingguan yang ditaja oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) itu sejak ia diadakan Mei lalu.

Read more...

18.4.12

Cinta Masjid TV Alhijrah @ Ampang (Masjid Al-Azim Pandan Indah)

Banner Utama Program

Tentatif Program

Demo di hadapan YB Dato' Seri Ong Tee Kiat

Diapit oleh dua srikandi, Ustazah Amie Sofea, Juara dari Program Realiti Solehah TV Alhijrah dan                                                                     Ezani Farhana, Juara Masterchef Malaysia 

Bersama Ardi Herman pembaca berita TV Alhijrah (adik Ally Iskandar)

Yang ini ialah Opick, penyanyi lagu dakwah dari Indonesia, lagu tema yang baru dalam cerita " Tentang Dhia", lakonan Adi Putra dan Nora Danish

Terimalah cenderahati ni ya pak Opick..

Bersama Sahabat seperjuangan Gajir dari gajir Kaligrafi..painting dia ni memang pergh...superb

Sedutan akhbar Sinar Harian :

KUALA LUMPUR - Program Cinta Masjid TV Al-Hijrah Siri Kedua di Masjid Al -Azim Pandan Indah di sini hari ini menerima sambutan luar biasa apabila ribuan pengunjung menyertai pelbagai program dan aktiviti yang diadakan.

Ketua Pegawai Eksekutif  Al-Hijrah Media Corporation, Bukhari Che Muda berkata, program ini adalah kali kedua dianjurkan untuk menggalakkan masyarakat mencintai dan mendekati masjid.

Katanya, pada kali ini, Masjid Al-Azim dipilih menjadi lokasi program berdasarkan reputasi masjid yang amat baik dalam mengadakan aktiviti dan program bersama masyarakat di sini.

“Selain masyarakat dan jemaah bersama-sama menyertai program dan aktiviti yang diadakan, kesempatan ini  TV Al-Hijrah juga ingin menonjolkan Masjid Al-Azim menerusi media supaya masjid-masjid lain dapat mencontohi masjid ini.

"Pada masa yang sama, Program Cinta Masjid ini merupakan tanggungjawab sosial korporat  TV Al-Hijrah kepada masyarakat yang sentiasa menyokong penyiaran ini," katanya kepada Sinar Harian.

Bukhari berkata, sebagai stesen penyiaran yang baru, TV Al-Hijrah sentiasa ingin mendekati masyarakat dan penonton agar TV Al-Hijrah lebih dikenali.

Katanya, inilah masanya juga untuk penonton mengenali lebih dekat lagi kakitangan stesen, mengenali pengacara, apakah program dan kandungan TV Al-Hijrah dan pelbagai lagi.

"Program seumpama ini akan turut bergerak ke seluruh negara untuk bertemu dengan masyarakat dengan masjid menjadi paksinya dan masyarakat akan memenuhi pengisian program yang akan diadakan," katanya.

Jelasnya lagi, program kali ini juga mendapat kerjasama dengan akhbar Sinar Harian yang membawa pengisian ilmu supaya masyarakat akan lebih tertarik dengan buku berilmiah.

Antara pengisian Program Cinta Masjid TV Al-Hijrah adalah demonstrasi seni tulisan khat, 60 minit bersama Ustaz Don, pertandingan azan, dan pidato, qasidah, pertandingan memakai hijab, sukan rakyat, cinta al-Quran bersama teknik Al-Bahgdadi dan pelbagai lagi.


Read more...

7.4.12

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SENI KHAT HJ WAN SALLEH FATHI




JOM KITA TENGOK PEMENANGNYA..

KATEGORI DEWASA

Johan : Abdul Baki B Abu Bakar
N. Johan : Fadhil B. Sulaiman
Ketiga : Muhd Zul Fikri B Muhd Sobri

Saguhati 1 : Nor Shahrizal B. Shapiaz
Saguhati 2 : Zamri B Amid
Saguhati 3 : Mohd Hafizuddin B. Mohd Rasid

pergh..memang otai semua yang kat atas ni..

KATEGORI REMAJA

Johan : Mohd Yazid B. Shamsudin
N.Johan : Mohd Nazmi B. Mohd Rasid
Ketiga : Mohd Afifuddin B. Sabri

Saguhati 1 : Muhd Bunyamin B. Mat Isa
Saguhati 2 : M. Hafiz B. Rosli
Saguhati 3 : Muslim Baihaque B. M. Suhaimie

barisan pelapis untuk masa akan datang...





Read more...

9.3.12

Borang Pertandingan Seni Khat 2012 - Pertandingan Seni Khat Haji Wan Salleh Fathi (Tokoh Khat Maahad Muhammadi)


Akhirnya borang pertandingan yang kita tunggu dah keluar!


Pertandingan Khat Peringkat Kebangsaan ini akan diadakan sempena sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi pada 31hb Mac 2012 hari Sabtu bertempat di Dewan C Maahad Muhammadi Perempuan jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Ia dinamakan Pertandingan Seni Khat Haji Wan Salleh Fathi bagi memperingati Tokoh Khat Maahad Muhammadi.
Suatu Seminar Khat juga akan diadakan di Dewan Fatimah Maahad Muhammadi Perempuan pada 1 April 2012 hari Ahad jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Syarat-Syarat Pertandingan 
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Penyertaan terhad kepada 100 orang terawal bagi setiap kategori
  • Peserta hendaklah membawa peralatan sendiri, kertas disediakan penganjur.
  • Setiap karya yang dihasilkan hendaklah mengandungi semua jenis khat dan ayat yang telah ditetapkan oleh kategori masing-masing
  • Bahan rujukan dan lakaran tidak dibenarkan masuk ke dewan.
  • Karya yang tidak mengikut kaedah, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat akan ditolak
  • Semua karya pemenang menjadi milik penganjur
  • Penghakiman berdasarkan kaedah khat yang muktabar, susunan huruf, kreativiti, kebersihan dan keseimbangan huruf
  • Penyertaan pertandingan atau seminar khat adalah percuma dan perbelanjaan penyertaan ditanggung sendiri oleh peserta.
  • Peserta hendaklah membuat latihan awal dengan ayat yang telah ditetapkan sebelum menghadiri pertandingan
  • Keputusan hakim adalah muktamad

Kategori pertandingan 
Remaja (18 tahun ke bawah)
  1. Bahan : kertas
  2. Saiz kertas: A2 (23.4 inci x 33 inci)
  3. Jenis tulisan khat: Naskh, Thuluth dan Riq'ah
  4. Dakwat: Hitam sahaja
  5. Masa: 3 jam
  6. Ayat : 1-5 Surah Al-Alaq
Dewasa ( 18 tahun ke atas)
  1. Bahan: kertas
  2. Saiz kertas: A2 (23.4 x 33 inci)
  3. Jenis tulisan khat: Naskh, Thuluth, Diwani dan Farisi
  4. Dakwat: Hitam sahaja
  5. Masa: 3 jam
  6. Ayat: 27-28 Surah Al-Fathir

Hadiah Menarik menanti para peserta:
Kategori Remaja:
Johan: RM1,500.00 serta Sijil Penyertaan
Naib Johan: RM1,000.00 serta Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: RM500.00 serta Sijil Penyertaan
3 Saguhati: RM200.00 serta Sijil Penyertaan
Kategori  Dewasa:
Johan : RM3,000.00 serta Sijil Penyertaan
Naib Johan : RM2,000.00 serta Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: RM1,000.00 serta Sijil Penyertaan
3 Saguhati : RM400.00 serta Sijil Penyertaan 
Borang penyertaan boleh didapati dan diserahkan sebelum atau pada 29 Mac 2012 ke alamat berikut:
Urusetia Pertandingan Seni Khat d/a Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau, 15000 Kota Bharu, Kelantan. (u/p: Puan Siti Masaliny Ismail)
Sekiranya ada sebarang pertanyaan anda bolehlah menghubungi Galeri Khat 09-7430953Ustaz Nik Abdul Rahman bin Dato’ Nik Abdul Kadir (013-9287197) atau anda boleh Faks kepada Galeri Khat 09-7430953.


Read more...

7.3.12

Tempahan Khat Nama Bentuk Motosikal Harley HD48

 
Nama Mohd Razman Mohd Nordin (superbike)

Nama Cik Suhaini Omar (Harley HD48)

--
Abdul Rahman bin Sahalan
Founder and Calligrapher
Seni Khat Solution
Batu Pahat Johor
013-7107022
www.khatsolution.com.my
http://seni-khat.blogspot.com
Read more...