17.2.14

Ayat Kursi dalam 3 bulatan khat Thuluth

Saiz 100cm x 35 cm dakwat kalis air Aero
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.


Read more...

Cop RUBBER STAMP KHAT Thughra style

Khat thughra...antara khat paling susah nak buat...jenuh nak menyusun hurufnya tu...
Harga : RM 200.00
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.



Read more...

15.2.14

Khat Papan Tanda Masjid Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.






PROPOSAL

Read more...

Doa Pendinding Diri dalam Khat Nasakh

Amalkan membaca doa ini 7 kali pagi dan 7 kali malam...insyaAllah selamat daripada segala malapetaka...

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.




Read more...

7.2.14

25.1.14

Mural Khat SK Seri Telok Batu Pahat

Inilah gambarnya...
Ini kenangan mural yang dibuat dalam masa yang singkat...cuba buat kelainan sikit hehe..

Read more...

24.1.14

Kenangan Mural Khat di Sekolah Agama Bandar, Johor Bahru

Belek-belek gambar lama terjumpa pulak gambar ni...hehe memang kenanganlah masa ni belajar lagi kt kolej Marsah tapi income tiap2 bulan RM1000 ada buat mural...



Read more...

18.1.14

Khat Nama Pengantin dalam Khat Thuluth Tegak


Boleh digunakan untuk kad kawin, banner, bunting dan album perkahwinan.
RM 60 per design.

Read more...

Tempahan Logo Khat Persatuan Kompang Ezhar Chenderong Balai Perak










terima kasih diucapkan kepada En Norazimi kerana menggunakan khidmat kami. Teruskan menyokong penulisan khat dan jawi ya!
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Read more...

Tile Sandblasting untuk Allahyarham

Sebagai kenangan dan panduan mencari pusara orang tersayang yang telah pergi...

Read more...

Signboard Tile Sandblasting Masjid Taman Puteri Wangsa Johor Bahru


Tile sandblasting 8x4 kaki persegi RM 2500. kos pemasangan berbeza mengikut jarak dan lokasi.
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Read more...

26.12.13

Kelas Khat MingguaN di Kuching Sarawak bermula Januari 2014

Kepada sesiapa yang ingin belajar khat dan tinggal di Sarawak...anda boleh hubungi Ustaz Abdul Salam, kelas setiap Sabtu 2 kali sebulan. Yuran hanya RM 10 untuk pendaftaran dan RM 20 sebulan.
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.



Read more...

18.12.13

Bengkel Seni Khat Thuluth Persatuan Seni Khat Kebangsaan di Masjid Putrajaya 23-26 Disember 2013

Bengkel ini akan mendedahkan rahsia-rahsia menulis khat Thuluth yang juga dipanggil raja khat ini kerana kecantikannya dan kepayahan menulisnya..yuran hanya rm100 utk 3 hari bermula Isnin depan hingga Rabu di pejabat PSKK The Souq Masjid Putrajaya. terhad 20 orang shj




Read more...

15.12.13

Updated : Senarai Pemenang Pertandingan Menulis Esei Jawi Perpustakaan Negara Malaysia Mei-September 2013

Senarai Pemenang Pertandingan Menulis Esei Jawi Perpustakaan Negara Malaysia Mei-September 2013
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

KATEGORI A – TERBUKA : BERUMUR 19 – 35 TAHUN
JOHAN
Wan Rusdiah Binti Salehudin
Sek Rendah Agama Kg Medan (2) Km 12, Jln Klang Lama, 46000 Petaling Jaya Selangor
NAIB JOHAN
Rosnani Bt Hamid
No 5837 Taman Gunung Mas, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
TEMPAT KETIGA
Afifah Bt Ahmad Azizi
Universiti Teknologi Malaysia, UTM, 81310 Skudai, Johor
SAGUHATI
Amalina Bt Umar
CI-4 Kuarters Institusi Pendidikan SK.Gombak Utara Km 11 Jln Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Nur Akmal Bt Mahmood
SK LKTP Tembawgau 6, Kemayan Pahang
Fakhriah Bt Ali Hassan
Km 17, Kg Serkam, Jln Budiman, 77300 Merlimau, Melaka
Roziana Bt Sukardi
Fakulti Sains Sosial, Univertsiti Malaysia Sarawak, 44300 Kota Samarahan, Sarawak
Adilah Hazwani Bt Badri
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, 08200 Sik, Kedah
Nur Aqiella Bt Che Aziz
SMK Agama Kuala Lumpur, Bandar Manjalara, Kepong, 52200
Kuala Lumpur
Salha Bt Mohd Saleh
SK Seremban 2B, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
KATEGORI B – PELAJAR SEKOLAH MENENGAH : BERUMUR 13 – 18 TAHUN
JOHAN
Maizatul Manja binti Soleha
SMK. Bandar Banting, Persiaran Majlis, 42700 Banting Selangor
NAIB JOHAN
Nor Aniza binti Mad Azeri
Maktab Mahmud Alor Star, Persiaran Sultan Abd.Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah
TEMPAT KETIGA
Muhammad Amir Faisal bin Marhaidi
SM Agama Persekutuan Labu, Km 11, Jalan Labu 71900 Labu,
Negeri Sembilan
SAGUHATI
Aina Aqilah bt Mohd Noor
SMK. Wangsa Melawati, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Amirah Zakiah binti Rosihidin
S.A.M Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Norizan binti Miswadi
SMK. Agama Segamat Km 5, Jalan Ge Nuang, 85000 Segamat, Johor
Nor Laili Shahira bt Mohd Noor
Batu 48, Jalan Weng Maktab Mahmud, 09100 Baling, Kedah
Afaf Azzah Rawani binti Hashim
SMK Agama Slim River 35800 Slim River, Perak
Wan Nur Adlina binti Wan Anuar
SMK. Agama Maahad Hamidah, Jalan Sungai Ramai Luar,43000 Kajang, Selangor
Nur Fitriah binti Samsul Hadi
SMK. Dato’ Sheikh Ahmad, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
KATEGORI C – PELAJAR SEKOLAH RENDAH : BERUMUR 9 – 12 TAHUN
JOHAN
Nur Syairah bt Mohd Adib
SK Sg Lang 42700 Banting, Selangor
NAIB JOHAN
Wan Muhammad Adib Wan Roslan
Sek. Keb Bukit Jalil, Jalan 3/155A Bukit Jalil Golf Resort, 57100 Kuala Lumpur
TEMPAT KETIGA
Ain Munira bt Roslee
SK. Majidi Bharu, Jalan Cempaka, Mejidee Bharu 81100 Johor
SAGUHATI
Mohd Adham Nazmi bin Yusoff
Sek Kebangsaan Tmn Uda, Lebuhraya Sultanah
Nurina Batrisya bt Jaswadi
Sek Keb Sg.Lang, 42700 Banting, Selangor
Amirul Syahid bin Khirham
Sek Keb Serkam Km 18 Jalan Serkam Pantai 77300 Merlimau, Melaka
Idlan Zafran bin Zaidie
Sek Ren Sri Al-Amin Bangi Lot 8796, Kg Sg Tangkas, Batu 18 Jln Reko,83000 Kajang
Nur Shahirah bt Shaifol Azman
SK Convent Kota, Taiping Jln Convent, 34000 Taiping, Perak
Arifah Danishah bt Abd Ra’ani
Sek Ren Sri Al-Amin Bangi Lot 8796, Kg Sg Tangkas, Batu 18 Jln Reko,83000 Kajang
Amirul Azmin bin Ahmad Shahir
SK Taman Bukit Maluri, Jalan Burung Kasawari, Taman Bukit Maluri, 52100 Kepong
ANUGERAH KHAS JURI (PENYERTAAN TERBAIK BUKAN MELAYU)
Nivetha A/P Thyagarajah
Sk Raja Chulan, Desa Cempaka 31400 

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sememangnya menyediakan pelbagai program untuk meningkatkan imej jawi dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah siaran radio Semarak Jawi di IKIM.fm dan yang terbaru ialah pertandingan ini. Anda boleh melihatnya di web www.pnm.gov.my .



Read more...

11.12.13

Bengkel Tulisan Jawi dan Khat UTHM 7 Nov

Alhamdulillah telah berjaya satu program yang dianjurkan oleh kelab Tulisan Jawi dan Seni Khat UTHM Batu Pahat. Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit terutamanya Puan Nurul Syazila selaku pensyarah khat pusat kokurikulum. Juga kepada fasilitator iaitu saudara Firdaus.
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.









Read more...

4.12.13

Pakej Mural Murah dan Menarik

Walaupun namanya mural murah tapi ianya tetap menarik, dan mengikut budget pelanggan. Keseluruhan kelas di atas disiapkan dalam 48 jam sahaja. Tiada blok, tiada mall, hanya lukisan spontan...
Harga pakej RM 3500 dan ke atas.


Read more...

30.11.13

Updated : Pertandingan Khat Terbuka Peringkat Kebangsaan di Galeri Seni Johor 30 November 2013

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Pemenang pertandingan khat spontan terbuka :
1. Fadil Sulaiman
2. Zulhillmi Sobri
3. Zamri Amid
Saguhati : Rumaja Sarmin, Syukri Senin, Salam Bain
Pemenang Spontan Sekolah
1. Nabiah Mohd Najib
2. Nur Alia Batrisyah
3. Nur Amizah Syazana
Saguhati : Nurul Sa'adah , Nurul Juzailah, Nasyitah Syatira

LATAR BELAKANG


Seni
khat merupakan simbol identiti masyarakat Melayu Islam dan dianggap sebagai salah satu kesenian tradisi serta khazanah kebesaran seni Islam yang tersohor sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, khususnya di negeri Johor. Namun begitu, seni khat ini seolah-olah terpinggir dan diabaikan.
Oleh itu pertandingan anjuran Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Galeri Seni Johor ini adalah sebagai usaha dan langkah yang diambil bagi memelihara dan mengembangkan kesenian ini agar terus diminati dan berkembang seiring dengan perkembangan Negara.
Pertandingan Seni Khat Terbuka Johor 2013 pada kali ini merupakan pertandingan kali yang keempat anjuran Yayasan Warisan Johor dan ianya diharap dapat memberi impak yang besar bagi memartabatan seni khat terutamanya di negeri Johor.

OBJEKTIF

Untuk memashyurkan Negeri Johor yang mana jawi dan khat merupakan identiti terbaik bagi masyarakatnya.
Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan pengiat seni atau pengkarya bagi menaikkan identiti Negeri Johor.
Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni visual khususnya seni khat dengan idea-idea yang lebih baik dan terbuka dalam menghasilkan karya
Dapat menyumbang kepada kemajuan seni di negeri Johor yang beridentiti tersendiri
Karya terbaik dari pertandingan ini akan dijadikan khazanah Himpunan Tetap Galeri Seni Yayasan Warisan Johor

SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan
ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas mengikut kategori yang dipertandingkan.
Saiz bagi kategori karya siap (kanvas, kayu dan logam), mestilah tidak kurang dari 3 kaki x 4 kaki (91.5 cm x 122 cm)
Karya-karya hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan dalam bentuk karya yang telah siap berbingkai serta sedia untuk dipamerkan.
Karya yang dihasilkan mestilah asli dan baru, dan bukan ditiru atau disalin daripada karya yang pernah pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas penerimaan karya yang lewat, rosak atau hilang dalam perjalanan
Bagi kategori karya siap, penggunaan tulisan khat yang dibenarkan adalah Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Kufi dan Khat Jaly Diwani,
Menggunakan jenis khat yang ditetapkan sahaja. Karya yang tidak mengikut kaedah atau tidak mengikut fakta tidak akan dilayan.
Hasil kerja tangan (freehand) akan diberi keutamaan dalam pemarkahan karya. Peserta adalah digalakkan meminimakan semungkin yang boleh dalam penggunaan mesin dan alat bantu.
Sesuai dengan hukum-hukum Islam mengenai seni dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam sama ada dari aspek akidah atau syariah.
Segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah dibiayai oleh peserta sendiri.
Karya-karya yang menerima hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati akan menjadi hak milik Yayasan Warisan Johor dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan
Karya-karya yang tidak berjaya boleh dituntut dari pihak Yayasan Warisan Johor dalam tempoh dua bulan setelah keputusan diumumkan.
Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai di alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 November 2013.


HADIAH PERTANDINGAN

KARYA SIAP (SeniKhat Kanvas)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil

KARYA SIAP (Seni Khat Kayu)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil

Karya Siap (Seni Khat Logam)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil

Khat Spontan ( TERBUKA )

Pertama:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 700.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 500.00 Cenderamata dan Sijil

3 Hadiah Saguhati:
RM 200.00 Cenderamata dan Sijil

Khat Spontan ( SEKOLAH )

Pertama:
RM 500.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM350.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM200.00 Cenderamata dan Sijil

3 Hadiah Saguhati:
RM100.00 Cenderamata dan Sijil

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh dimuat turun di sini http://www.ywj.gov.my/warisanv2/index.php/muat-turun/category/2-pertandingan

Read more...

29.11.13

Kursus Khat Kufi Murabba' (Kufi Square) di Terengganu 4 Disember 2013

Kursus ini diadakan oleh Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan cawangan Terengganu dan Taman Tamadun Islam. Yuran penyertaan hanya RM 50.00 TERMASUK MAKAN TENGAHARI. Ayuh warga Terengganu dan sekitarnya sertai kursus ini !
Read more...

19.11.13

Kursus Seni Khat di Masjid Putrajaya 25 hingga 27 November 2013




KURSUS PENDEK ASAS SENI KHAT AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA MAKLUMAT BERIKUT :

Buka facebook Persatuan Seni Khat Kebangsaan https://www.facebook.com/pskkm?fref=ts

Tarikh : 25 ~ 27 Nov 2013
Masa : 10.30 pg ~ 4.30 ptg
Tempat : Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), The Souq, Aras Bawah Masjid Putra, Putrajaya
Yuran Penyertaan : RM 150.00

Makanan dan Alatan asas penulisan khat akan disediakan

Sila isi maklumat berikut. Had peserta 18 orang sahaja. Jika lebih akan dibawa ke sesi berikutnya iaitu 28 ~ 30 Nov.

Tentatif Program :

Hari Pertama : Pengenalan Seni Khat, Jenis-jenis alatan, Khat Nasakh & Riq'ah
Hari Kedua : Thuluth & Diwani
Hari Ketiga : Kufi Murabba' (Wajib bawa laptop jika ada)


Sekian dimaklumkan

Borang online di sini...

https://docs.google.com/forms/d/1EaBHu3ikWVMZiE48U34y0v0oq2-eAopXb2DnD7dwM6E/viewform

Read more...