9.11.14

Frame (Kertas Nanas) : Surah al-'Asr in thuluth with Basmalah in Diwani Jali

Kertas nanas? Ada eh? Memang ada, real ni...Cuma agak susah nak tulis atasnya...


posted from Bloggeroid


Read more...

7.11.14

Frame : Ayat Seribu Dinar in Thuluth Jali with Basmalah in Diwani Jali

Ayat 1000 Dinar : Ayat ini sangat baik jika diamalkan dan dihayati maknanya. Jom tengok terjemahan ayat ni, baru kita boleh mengamalkannya.

Terjemahannya:

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang
tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluannya) .Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakinya) nya. Sesungguhnya
ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)





Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Read more...

5.11.14

Artikel Menarik : Presiden PSKK Ust Mohamed Yusof Abu Bakar

Ustaz Muhamed Yusof : Perwira Warisan Islam


Dipetik dari blog:

http://superheroesofislam.wordpress.com/home-1/

Latar Belakang
Tanggal malam selasa 21 jumadil Awwal 1349 H
bersamaan 13 oktober 1930, lahirlah seorang
insan di kg. Anak Temseu (Tembesu), Tawang,
Bachok, Kelantan yang diiberi nama Mohammed
Yusof Bin Abu Bakar.
Bapanya bernama Abu Bakar bin Haji Ismail,
berasal dari kampong Pasir To` Kambing,
Sering, Kota Bharu. Bertugas sebagai Penggawa
Daerah Mentuan (Tawang) Bachok. Sementara
Ibunya bernama Aminah binti Ismail, berasal
dari Kg Tok Belian, Mentuan (Tawang) Bachok.

Mempelajari Seni Khat
Beliau mula meminati bidang seni khat
semenjak di bangku Mahaad Muhammadi lagi.
Pada ketika itu, mata pelajaran seni khat adalah
subjek wajib. Antara guru beliau waktu itu ialah
Ustaz Haji Wan Salleh Fathi Wan Esa, Ustaz
Hashim Ismail dan Ustaz Nik Abdul Rahman Nik
Muhammad.
Di Madrasah al-Falah, Makkah, seni khat
dijadikan mata pelajaran wajib dan gurunya
ialah Ustaz Mahmud Fatani. Manakal di al-
Maahad al-Ilmi as-Saudi, beliau belajar dengan
Ustaz Mohamed Hilmi dan Ustaz Abdul Salam
Silmi. Semasa di Makkah, beliau pernah
mendampingi Muhammad Tahir bin Abdul
Qadir al-Kurdi al-Makki al-Khattat yang terkenal
pada masa itu.
Semasa di Mesir, beliau mendalami minatnya
melalui penelitian dan latihan terhadap conto-
contoh kara yang dihasilkan oleh penulis-penulis
khat yang terkenal pada masa itu di Mesir,
disamping menyalin tajuk-tajuk berita dan
iklan-iklan di akhbar yang ditulis dalam tulisan
khat.
Sekembali ke tanah air, banyan pengalaman dan
kemajuan yang beliau raih dalam bidang seni
khat terutama ketika menjadi pensyarah di Kolej
Islam Malaya, Kelang / Petaling Jaya. Beliau
berkemahiran dalam bidang penulisan seni khat
gaya Nasakh, Riq`ah, Thuluth, Diwani, Kufi,
Ijazah, Jali Diwani dan Nasta`liq.

Sumbangan dalam bidang khat

Pameran :

Kebangsaan -
Pameran Formalisa Tampak dalam seni
khat dan seni tampak Malaysia anjuran
Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Balai
Seni Lukis Negara dan Universiti
Teknologi Mara di Galeri Kris Masn,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
(15-31 Disember 2003)
Pameran Gabungan Kaligrafi dan
Kebudayaan Antarabangsa di Balai Seni
Lukis Negara (4-13 Jun 2005)
Pameran Tulisan Jawi di Jabatan Muzium
dan Antikuiti keKKWA (6 Mac-5 April
2006)
Disamping beberapa pameran lain anjuran
Pusat Islam, Institusi pendidikan, Muzium-
muzim, dan Galeri-galeri.

Antarabangsa –

Mahrajan (festival) Seni Khat dan Ragam
Hias Islam Antarabangsa, Baghdad (1988)
Pameran Seni Kontemporari Islam,
Singapura (1992)
Mahrajan Seni Khat, Tehran (1996)
Mahrajan Kazimah ke 2 (Warisan Islam),
Kuwait (1997)
Berdasarkan kemahiran dan kepakaran
beliau, beliau seing dijemput menjadi hakim
dalam pertandingan seni khat, antaranya :
Pertandingan Seni Khat Antarabangsa
IRCICA ( atas nama Hamid al-Hamidi),
Turki (1986)
Peraduan Menulis Khat ASEAN dwi
tahunan anjuran Kerajaan Brunei
Darussalam (1987-2002)
Pertandingan Seni Khat Seramik
Peringkat Kebangsaan anjuran PKENJ
johor (1995)
Ahli Panel penilai Hadiah Yayasan Kuwait
bagi kemajuan Sains (seni Khat) anjuran
kerajaan Kuwait (1998)
Pengerusi Jemaah Hakim Manifestasi
Perdana Seni Khat (1990, 2001, dan 2003)
Pertandingan Lestari Jawi dan Khat (2005)
Disamping beberapa pertandingan lain.
Beliau juga banyak membentangkan kertas
kertas dan buku-buku yang membincangkan
bidan seni khat di Malaysia, hinggakan beliau
banyak menjawat jawatan dan menjadi panel,
antaranya :
1989-sekarang, Yang dipertua Persatuan Seni
Khat Kebangsaan (P.S.K.K)
1997-1999, Konsultan Bahagian Seni Khat Al-
Quran Mushaf Malaysian, Yayasan Restu
Kompleks Taman Islam Selangor.
Karya-karya Agung beliau
Menyediakan ayat-ayat Al-Qur`an dalam
bentuk khat untuk beberapa buag masjid
ternama di Malaysia :
1. Masjid Taqwa TTDI (1990)
2. Masjid Negara (1990)
3. Masjid as-Syakirin Bintulu
Sarawak (1992)
4. Masjid Wilayah persekutuan,
Kuala Lumpur (1998)
5. Menyelia ukiran khat Masjid
Putra, Putrajaya (2002)
6. Masjid Sultan Miazn, Putrajaya
(2009)

Karya-karya ternama

Penulis Khat di dalam logo `Halal
Malaysia`
Penulis Khat `Univesiti Malaya`
Penulis Khat Dinar Emas
Dan banyak lagi karya-karya beliau
Anugerah
Diatas jasa dan usahanya, beliau telah
dianugerah pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N)
pada tahun 1983.

Harapan

Di samping kerendahan hati yang dimilikinya,
beliau mempunyai cita-cita yang amat tinggi,
iaitu ingin melihat penulisan seni khat di
Malaysia terus maju dan para penulisnya dapat
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan penulis khat tersohor di seluruh dunia.
Karya penulis tempatn stanyding dengan karya
khat yang dihasilkan di peringkat antarabangsa,
semoga permata yang tersembunyi sinarnya ini
akan terus memberi sinar kepada generasi
muda.


posted from Bloggeroid


Read more...

4.11.14

Khat Door Deko: Danita in Thuluth

Hiasan pintu rumah/bilik/pejabat. Tiada cermin.
Saiz 10x20 inch bingkai kayu




posted from Bloggeroid


Read more...

3.11.14

Bookmark: Khat Nama

Bookmark pun ada sekarang...
RM 3 sekeping



posted from Bloggeroid

Read more...

26.10.14

Design: Kufi MRSM Tun Ghafar Baba

Dua deaign susunan kufi yang berlainan siap warna untuk membezakan setiap perkataan.






posted from Bloggeroid

Read more...

Dekomeja: Khat Thuluth atas Jerami Padi

Allah dan Muhammad
Saiz A4 siap frame dan pos RM 60.


posted from Bloggeroid


Read more...

DekoMeja: Khat Basmalah Painting on Canvas

Untuk hiasan meja belajar
saiz 5x7 inch RM25 siap pos.









posted from Bloggeroid

Read more...

17.10.14

Nama Pengantin Bentuk Love

Khat Nama Pengantin

NURUL HUSNA DAN MUHAMMAD HAFIZAN

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.


posted from Bloggeroid

Read more...

28.9.14

Khat Thuluth : " Fawailul lilmusholliin "

Ayat ini daripada surah al-Ma' uun yang ertinya " Maka celakalah untuk orang yang lalai dalam solat mereka, yang membuat kebaikan untuk dilihat orang dan yang enggan membayarkan zakat"....


posted from Bloggeroid


Read more...

20.9.14

Ulasan Karya : Thuluth " Fainna ma' al'usri yusra" karya Mehmed Ozcay

Assalamualaikum semua...pagi ni kita melihat karya hasil tulisan Mehmed Ozcay dari Turki. Beliau adalah antara khattat tersohor pada zaman ini sebaris dengan Adnan Syeikh Osman, mehmed Kurlu, Mumtaz Durdu, Hasan Celebi dan lain- lain. Kelebihan mereka ialah kehalusan penulisan huruf-huruf khat itu walaupun mereka bukan orang Arab. Lagipun tulisan khat di sana dah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu.

Lihat susunan huruf bermula dengan ' nun' pada fainna ditulis bukan nun biasa, diikuti dengan perkataan ' ma'a' huruf 'ain terbuka, 'al'usri yusra' disusun bertindih sebegitu indah ya....dan diulang pulak tu lagi sekali dengan corak yang sama...

Apa lagi nak betah...memang " legend"....


posted from Bloggeroid

Read more...

17.9.14

Frame : Khat Set Hadiah Pengantin

Frame + Sampul + Reben + Kad ucapan + Delivery = RM 50 / A4
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.


posted from Bloggeroid

Read more...

14.9.14

Tile Sandblasting : Masjid Temu Jodoh Segamat

Asmaaul Husna dan Laqad Jaakum ( dalam ruang solat) dan di luar masjid. 2012 dapat design tulisan....




posted from Bloggeroid


Read more...

12.9.14

Ulasan Karya : Nama Ahmad ( karya Adnan Syeikh Osman)

Jenis khat : Thuluth ' Ahmad' ' 'Iraqiah'

Ahmad : maksudnya yang terpuji...telah dibuat satu kajian bahawa nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia ialah Ahmad dan Muhammad selepas itu barulah John dan lainnya.

Dalam karya ini Master Adnan menggayakan huruf 'ha' tipis, dengan memusingkannya ke atas menjadi bujur barulah ditarik ke bawah bersambung dengan 'mim'...memang ' legend' bentuk ni....


posted from Bloggeroid


Read more...

11.9.14

Ulasan Karya : Nama Abdur Rahman ( karya Master Adnan Syeikh Osman)

Jenis khat : Diwani - ar-Rohman
: Farisi - Abdu dan Qadri

Post kali ini membincangkan kreativiti seorang tokoh khat yang tidak asing lagi iaitu Adnan Syeikh Osman ( beliau akan bersama kita di Terengganu November ini) dalam menulis nama ' Abdul Rahman Qadri'....perhatikan " susunan yang begitu indah"...ya...perkataan paling sesuai...asalnya nak letak perkataan " susunan yang begitu dahsyat " tapi tak kena pulak...
Yang menjadikan karya ni bertaraf ' legend', ' rare' dan ' cult' ialah huruf nun dalam khat diwani yang dipusingkan ke atas menjadi bentuk bujur macam kacang soya...pehhh memang meleleh air liur tengok pergerakan dakwatnya....smooth betul lah....dakwat apa agaknya yang Master ni guna ya...takde kesan dakwat terkucil langsung...
Ok lepas ni kita bincang karya yang lain pulak ya...


posted from Bloggeroid


Read more...

9.9.14

Poster : Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir beserta maknanya ( Khat Nasakh)

Poster 2011...dalam khat nasakh...susunan huruf dalam khat nasakh memang susah...kalau salah susun sikit pun nanti hasilnya kurang kemas...



posted from Bloggeroid


Read more...

8.9.14

Poster ; Doa Qunut dalam Khat Nasakh

Poster 2011...khat nasakh adalah khat yang bersifat nampak mudah tapi sebenarnya susah...yang paling utama dalam menulis khat nasakh ialah susunan setiap huruf,bila nak tarik panjang, bila nak buat sambungan huruf yang tepat dan sebagainya. Contohnya perkataan doa qunut (tajuk), huruf 'ain bersambung alif ditarik panjang, boleh juga dibuat pendek tapi hasilnya kurang menarik. posted from Bloggeroid



Read more...