14.3.15

Kanvas Painting : Family Tree 2 Kuntum Tulip

Saiz : 50x60 cm, Acrylic on canvas handpainting
Harga : RM 500.00








posted from Bloggeroid

Read more...

11.3.15

Bengkel Khat 16 Mac 2015 anjuran Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

# InsyaAllah bulan Mei 2015 nanti ada 2 siri bengkel. Nantikan hebahan kami!

Yuran RM 50.00 ( Terhad 40 orang sahaja)
Tarikh : 16 Mac 2015 ( Hari Isnin)
Hari Ahad pun boleh call sebab Johor cuti Jumaat Sabtu.
Sila hubungi 07-2263430

Bengkel Asas Seni Khat 1 ini akan dikelolakan oleh Ustaz Othman bin Sahalan, Ketua Jabatan Pengajian Islam MARSAH yang berpengalaman luas dalam bidang seni khat.
Kursus ini diadakan sehari 8.30 pagi hingga 4.30 petang .


posted from Bloggeroid














Read more...

10.3.15

Khat " Daulat Tuanku" sempena Kemahkotaan Sultan Johor 23 Mac 2015



Hasil karya abang saya, Ustaz Othman bin Sahalan selaku Ketua Jabatan Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam Johor Marsah yang dipamerkan di seluruh negeri Johor.

Penggunaan khat Thuluth dan khat Ijaazah menjadikan karya ni boleh dianggap "rare"...

Warna biru background memang warna rasmi istana untuk iklan2. Dan paling beat ialah...semuanya bertulis Jawi....tahniah pada pihak Istana Johor dan kompeni yang dapat kontrak ni....

Kali terakhir Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diadakan pada 10 Februari 1960 di Istana Besar, Johor Baharu.

JOHOR BAHARU (Bernama) -- Eksklusif, penuh budaya dan gilang gemilang adalah antara elemen istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang bakal diadakan pada 23 Mac ini.Bakal menampilkan tiga jenis kebudayaan iaitu budaya Melayu, Barat dan Islam, acara itu amat dinantikan segenap lapisan rakyat Johor yang mahu melihat tradisi itu, yang sejak kali terakhir dipersembahkan 55 tahun lepas.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim Ramli berkata istiadat kemahkotaan kali ini bertempat di Bilik Singgahsana, Istana Besar, yang bakal dipertontonkan secara langsung kepada rakyat melalui RTM."Kali terakhir istiadat kemahkotaan ini ialah bagi Almarhum Sultan Ismail pada 10 Feb 1960. Saya percaya rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia menunggu untuk menyaksikan satu istiadat yang penuh gilang gemilang dengan budaya warisan Johor bagi kemahkotaan Sultan Ibrahim," kata beliau dalam satu temuramah dipejabatnya, di sini, baru-baru ini.

MENGAPA PENTINGNYA ISTIADAT KEMAHKOTAAN

Abdul Rahim berkata kalau mengikut peraturan undang-undang negeri Johor, Sultan Johor dipilih, dilantik dan dimasyhurkan sebagai raja menggantikan Almarhum raja yang mangkat.Kemudiannya, bakal raja akan mengangkat sumpah dan dimasyhurkan oleh Menteri Besar sebelum keranda diraja diusung untuk dimakamkan, yang mana ia mengesahkan perlantikan raja sebagai Raja Johor."Di Johor tiada pertabalan sebagaimana di negeri lain sebab kita anggapkan dengan pemilihan, perlantikan, mengangkat sumpah dan pemasyhuran itu memadai untuk mengesahkan Sultan Ibrahim sebagai Raja Johor," kata beliau.

Bagaimanapun, mengikut tradisi warisan Johor, istiadat kemahkotaan boleh diadakan pada bila-bila masa yang Sultan kehendakinya selepas baginda naik takhta.Istiadat kemahkotaan, menurut Abdul Rahim, adalah satu tradisi diraja Johor, yang penting kerana ia memperkasakan kedaulatan Raja.

ISTIADAT KEMAHKOTAAN TONJOL BUDAYA MELAYU, BARAT DAN ISLAM

Bagi menyerikan istiadat kemahkotaan itu, terdapat sembilan istiadat yang berlainan tetapi berkaitan yang akan bermula 16 Mac ini, yang menampilkan adunan tiga kebudayaan iaitu budaya Melayu, Islam dan Barat.Misalnya, istiadat Siram Tabal yang akan diadakan pada 21 Mac, mempunyai ciri-ciri adat istiadat Melayu, yang menggunakan air dari ulu sungai dari 10 buah daerah dalam negeri Johor."Adat istiadat yang kita gunakan adalah mengikut warisan iaitu berdoa, bertepung tawar, bersiram dan lain-lain lagi," kata beliau.Sehari sebelum itu, satu majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar dan semua masjid-masjid jamek di daerah, bagi memberi peluang rakyat untuk mendoakan kesejahteraan Sultan Johor serta mendoakan agar istiadat kemahkotaan baginda berjalan dengan lancar.Selain itu, pemakaian mahkota kepada Sultan Ibrahim serta istiadat Menghadap Takzim adalah mengikut budaya barat, kata beliau.

MAHKOTA SEBAGAI LAMBANG KEMODENAN DIRAJA JOHOR
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli

Kredit kesultananjohor.blogspot.com




posted from Bloggeroid



Haaa...yang ni pulak ialah Sate Sahlan Sri Medan, sate kegemaran Sultan Johor. Bapa kami telah menjual sate sejak puluhan tahun lepas. Tapi sejak kunjungan Tuanku ke gerai di Sri Medan Batu Pahat ni, dah semakin ramai pelanggan dan makin famous. Alhamdulillah wassyukru Lillah....













Read more...

Frame : Khat Nama Bersaiz A4 Bentuk Love, Burung dan Bunga

Sesuai dijadikan hadiah perkahwinan, harijadi dan ulangrahun. Urgent...
RM 50.00 /pcs siap pos

Call/whatsapp 0137027770






posted from Bloggeroid




Read more...

3.3.15

Bengkel Khat dan Jawi Siri (2) 27 Februari 2015

Tempat : Sekolah SRI, Johor Bahru
Masa : 8 pagi-12 tengahari
Peserta. : Guru, Ibubapa dan Staf 30 orang
Penceramah : Encik Abdul Rahman Sahalan dan Ustaz Othman Sahalan
Yuran : RM 30 seorang ( dibayar oleh pihak sekolah)
Tentatif :
- Ucapan pengerusi majlis
- Slot 1 : Ustaz Othman Sahalan
( Pengenalan, Sejarah, Peralatan dan Jenis Khat)
- Slot 2 : Encik Abdul Rahman
( Ejaan Jawi dan Kaedah Menukar Perkataan Rumi ke Jawi)
-Slot 3 : Ustaz Othman Sahalan
( Khat Nasakh dan Huruf Tunggal)
- Slot 4 : Encik Abdul Rahman
( Kaedah Penting dalam Jawi Baru)

Pada hari Jumaat 27/2/2015 yang lepas, kami telah dijemput untuk menjalankan bengkel di Sekolah SRI Johor Bahru. Jutaan terima kasih kepada Ustazah Zainon Ab Samad, Guru Besar dan Ustazah Suhaila Arpan atas jemputan dan segalanya.









posted from Bloggeroid


Read more...

1.3.15

PAMERAN DAN DEMONSTRASI KHAT DI MATIC 2-31 MAC 2015



(MALAYSIAN TOURISM INFORMATION CENTER)
JALAN AMPANG

Tarikh : 2 Mac hingga 31 Mac 2015

Tempat : MATIC (MALAYSIAN TOURISM INFORMATION
CENTER) JALAN AMPANG

Masa : 10.30 pagi hingga 5.00 petang

Aktiviti Utama :
Pameran dan demonstrasi seni khat oleh penggiat khat Malaysia

Perasmi :
Tan Sri Dr. Rais bin Yatim
Mantan Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan
posted from Bloggeroid

Hasil karya para penggiat tulisan khat tempatan menarik perhatian ramai dalam Pameran­ Seni Khat Islam bertemakan ‘Rehlaat: Kembara Jawi’ yang diadakan di Pusat Pelancongan­ Malaysia (Matic) di sini, sejak Isnin lalu.

Pameran anjuran Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) itu yang berlangsung selama sebulan boleh dikunjungi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Penolong Setiausaha PSKK, Muhamad Shafiee Abdullah berkata, sebanyak 60 karya seni khat yang dihasilkan oleh 28 pelukis tempatan dipamerkan untuk­ tatapan penggemar seni selain untuk dijual.“Selain itu, pada setiap Sabtu dan Ahad akan diadakan demonstrasi,­ bengkel penulisan dan ceramah berkaitan seni khat.“Kita menjemput pelajar, guru, penggiat seni khususnya pelukis seni kontemporari untuk menghadiri pameran ini bagi menambah pengetahuan mereka.

“Pelbagai jenis tulisan khat dipamerkan termasuk Kufi,Nasah,Diwani dan Sulus yang menampilkan pelbagai tulisan dalam bentuk ayat al-Quran, kata-kata hikmat serta pantun Melayu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.Menurut Muhamad Shafiee, tulisan khat tersebut dijual antara RM1,500 hingga RM5,000.
Katanya, seni khat mempunyai keistimewaan tersendiri kerana boleh menjadi medium dakwah kepada masyarakat.“Saya melihat perkembangan seni khat semakin positif di negaraini. Dahulu orang hanya tahu mengenai tulisan khat biasa, tetapi sekarang pelbagai jenis tulisan telah wujud.“Sebagai contoh, khat tra­di­sional­ menggunakan kertas ahar dan disalut dengan cecair putih telur dan ditulis­ dengan menggunakan dakwat yang diinspirasi dari Turki. Namun tulisan moden kini ditulis di atas kanvas menggunakan bahan-bahan seperti­ arkilik,” ujarnya.

Jelasnya, hiasan seni khat Kufi yang berasal dari Iraq menggunakan kanvas kini mendapat permintaan ramai kerana sejarah dan keunikannya.“Sejak 30 tahun PSKK ditubuhkan, ramai yang telah berjaya dalam dunia seni khat di negara ini selepas mengikuti sesi pembelajaran­ dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam.“Ramai yang menceburi bidang keusahawanan dengan menjual tulisan khat termasuk mengeluarkan produk-produk untuk masjid dan sekolah agama,” jelasnya.











Read more...

Design : Kufi Perkataan Mokh untuk Hadiah Perpisahan

Kufi kalau direka macam ni memang ohsemmmmm.......

.

.

.
posted from Bloggeroid


Read more...