31.8.15

Promosi September : Hadiah Frame Khat Lukisan Kanvas

Sesuai dijadikan hadiah harijadi, ulang tahun, persaraan dan cenderahati. Nama penerima diabadikan dalam khat jenis Diwani Jali lukisan kanvas.
RM 180.00 saiz a3 berframe termasuk pos. (untuk bulan September ni sahaja ya! Lepas ni dah kembali asal RM 350.00 )
Hubungi whatsapp 0137027770 untuk tempahan.









Yang memilih bentuk superbike pun ada...warna background boleh pilih ikut citarasa anda...








Nak lagi besar? Ni pun ada saiz A2 RM 450.00 ( lepas ni kembali harga asal RM 750.00)

Harga ini adalah promosi sehingga akhir September ini.






Read more...

Painting Canvas: Zikir Fatimah 60x60cm Framed

Simple style with red thuluth calligraphy and background white.
Call/whatsapp 0137027770 to place order. Poslaju charge may vary in different location.
RM 1500.00 for 3 frames












Read more...

15.8.15

Khat "Daulat Tuanku" Bentuk Motor Harley


KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 pada tahun ini bertemakan“MUAFAKAT BANGSA JOHOR”. Pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 akan menjelajah di setiap pelusuk bandar dan kampung di seluruh negeri Johor dengan perjalanan sejauh melebihi 850 km; selama 4 hari / 3 malam untuk bertemu rakyat jelata.

Bermula pada 10 hingga 13 Ogos 2015, D.Y.M.M Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan yang DiPertuan Bagi Negeri Johor Darul Ta’zim dan ahli rombongan Kembara Mahkota Johor 2005, akan menemui anda di setiap laluan pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015.Filed Under:KMJ2015

Laluan Kembara Mahkota Johor 2015

10 OGOS 2015 (Isnin/Monday)
DAERAH : PONTIAN, BATU PAHAT & MUAR;
– Laman DiRaja, Pontian (acara pelepasan/flagging-off ceremony)– Simpang Pt. Panjang, Pontian– Taman Rekreasi Tampok Laut, Pontian– Dewan Hj. Hashim, Kg. Pt. Tengah, Batu Pahat– Lorong Haji Sidek, Parit Raja, Batu Pahat– Dewan Orang Ramai Kg. Parit Yaani, Batu Pahat– Parit Sulong, Batu Pahat– Kg. Batu 15, Mukim Ayer Hitam– Pekan Bakri, Muar

11 OGOS 2015 (Selasa/Tuesday)

DAERAH: MUAR, LEDANG, SEGAMAT & KLUANG;
– Tangga Agung Bangunan Sultan Abu Bakar (acara pelepasan/flagging-off ceremony)– SMK Persisiran Perdana, Ledang– Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Serom 3– Kg. Paya Redan, Pagoh, Muar– Padang Awam, Lenga– Dataran Labis, Segamat– Kg. Sri Gajah, Chaah– Kangkar Baru, Batu Pahat– Kg. Melayu Batu 3 1/2, Paloh, Kluang12 OGOS 2015 (Rabu/Wednesday) DAERAH: KLUANG, MERSING & KOTA TINGGI;– Kem Batalion ke-5 RAMD Batu 3, Kluang (acara pelepasan/flagging-off ceremony)– Perumahan Kilang Sawit PPNJ, Bt. 17, Kahang– Sek. Ren. Jenis Keb. Tamil, Kahang– Felda Nitar 1, Mersing– Jeti Penyabong, Mersing– Jemaluang, Mersing– Felda Tenggaroh 3 (Projek Sentuhan Kasih)– Jeti, Sedili Besar, Kota Tinggi– Padang Awam, Tg. Sedili, Kota Tinggi

13 OGOS 2015 (Khamis/ Thursday)

DAERAH: KOTA TINGGI, KULAIJAYA, JOHOR BHARU;
– Tanjung Balau, Kota Tinggi (acara pelepasan/flagging off ceremony)– Felda Semenchu, Kota Tinggi– Menara Jam, Kota Tinggi– Felda Taib Andak, Kulaijaya– SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya– Kampung Sinaran Baru, Kempas– Hutan Bandar MPJBT, Mutiara Rini, Skudai (majlis penutup/closing ceremony)

Read more...

14.8.15

Bentuk Kepala Huruf 'Ain Mengikut Gaya Khat yang Berbeza

Huruf ' ain adalah satu huruf yang susah dibentuk dalam semua gaya khat sama ada nasakh, thuluth, diwani, riq'ah, diwani jali, farisi, dan ijazah. Master khat dari Turki iaitu Adnan Syeikh Osman telah membuat satu nota/ ringkasan yang sangat lengkap dalam membentuk kepala huruf 'ain, walaupun ringkas tapi sangat berkesan. Setiap gaya khat dilengkapi dengan langkah demi langkah , dengan warna yang berbeza dapat memudahkan kita mempelajari seni khat ini.

Read more...

5.8.15

Kelas Khat : Gajir Kaligrafi 5 September 2015

Bengkel Teknik lukisan Kaligrafi Siri 3 ( Terakhir ).
Tarikh : 5 September 2015 (SABTU)
Masa : 9pg-5pm
Tempat : Studio gajirkaligrafi

Yuran penyertaan : RM250 seorang# segala kelengkapan dan peralatan adalah dsediakan.# makan tengahri dsediakan# hasil adalah milik peserta.#

Teknik latarbelakang terkini akan d ajar kpd peserta# berminat boleh daftar skrg@whatsapp 0173669290# terhad kpd 10 orang shj..
Jd sape2 belum pernah menyertai bengkel sebelum ni..inilah peluang anda menyertai.


Post lain berkaitan kelas khat :-





Read more...

Kelas Lukisan : Faisal Alwie 29 Ogos 2015

FaisalAlwie's Art
kelas Lukisan Kaligrafi akan berlangsung pada

Tarikh 29hb Ogos 2015
hari : Sabtu
tempat : alam avenue 2 seksyen 16 shah alam
masa : 8pagi hingga 6 petang
alatan : kelengkapan disediakan

strategik pemasaran lukisan-rahsia namecard-teknik melukis kaligrafi-teknik penggunaan material dlm lukisan
makanan disediakan

yuran : RM250
terhad 20 orang sahaja

sila whatsap 017 2050 789 untuk pendaftaran

Read more...

4.8.15

Pendaftaran Dibuka ; Kelas Khat Ustaz Baki

KELAS ASAS PENULISAN KHAT

Pendaftaran kini dibuka kepada sesiapa yang ingin belajar asas-asas menulis khat dengan cara yang betul di bawah bimbingan guru yang berpengalaman. Terbuka kepada semua peringkat umur (dewasa / kanak-kanak).

DAFTAR SEGERA KERANA TEMPAT TERHAD!!!Sila hubungi 0193932947 / 0199997103 untuk mendaftar.


Post lain berkaitan kelas khat :-
http://seni-khat.blogspot.com/2015/03/kelas-khat-mingguan-2015-di-galeri-seni.html

Read more...

25.7.15

11.7.15

Karya Kanvas Khat Terbaru Jun-Julai 2015


1. Sabarlah Sabah (Gempa 2015)
Acrylic on Canvas 


2. Kasihku Sedalam Lautan
Acrylic on Canvas


3. Kasih Ibu


4. Basmalah


5. Raja Disembah


6. Harapan


7. Segalanya KeranaMu


8. Pujian

Read more...

10.7.15

Demo Khat Ramadhan 2015

Pusat membeli belah seluruh negara. Program kerjasama P&G Malaysia dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan (Pusat).












Read more...

28.6.15

Artikel Harian Metro : Helmi Sobri, Ahmad Rajaie, Ainun Jariah (Terpanggil Martabatkan Seni Khat)




Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz 

azimfitri@mediaprima.com.my




Kuala Lumpur: “Saya terpanggil untuk memartabatkan 
seni penulisan khat di Malaysia selepas 
melihat kurangnya karya sedemikian di tanah air. Seni 
seumpama itu dimartabatkan selaras
 dengan industri seni lain,” kata Ahmad Rajaei Awang.

Ahmad Rajaei yang mempunyai pengalaman luas dalam 
penulisan khat memberitahu, idea itu
 tercetus pada 2003 selepas beliau berhasrat 
mengembangkan bakatnya dalam seni penulisan 
kaligrafi Islam.

Menurut anak jati Kuala Terengganu yang berusia 33
 tahun ini, minatnya yang mendalam 
dalam seni penulisan khat menjadikannya 
bersungguh-sungguh mengembangkan seni warisan
 Islam itu sehingga ia menjadi antara punca pendapatannya.



Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, kurangnya 
pembabitan anak seni di Malaysia 
dalam tulisan khat sehingga peminat tulisan itu yang ingin 
mengumpul koleksi khat terpaksa 
membeli di luar negara menyebabkan dia ingin 
membangunkan seni kaligrafi Islam berkenaan.

“Saya menghasilkan tulisan kaligrafi khat ini menggunakan 
kanvas selain beberapa peralatan lain.
 Ia ada dijual daripada harga serendah RM600 hingga 
RM25,000 bergantung kepada panjang
 tulisan dan kerumitan menghasilkannya.

“Antara karya tulisan khat yang sering saya hasilkan
 ialah tulisan ayat al-Quran, zikir dan sajak,”
 katanya ketika ditemui di pameran 48 karya khat kumpulan
 Qalam Warisan di lobi bangunan 
The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP),
 Jalan Riong, di sini, semalam.

Pameran yang berlangsung sejak 1 Jun dan berakhir pada 
28 Jun ini turut mempamerkan 
karya penulis khat lain seperti Muhammad Zulhelmi Sobri 
dan Ainun Jariah Yaacob.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 11:10 AM






Read more...

27.6.15

Artikel Harian Metro : Firdaus Mahadi (Lonjak Seni Khat)





Oleh Fatin Farhana Japre 

rencana@hmetro.com.my





Kaligrafi ialah sejenis karya seni rupa yang menekan keindahan bentuk huruf yang dimodifikasi atau digayakan sehingga mempunyai nilai estetika.
Perkataan kaligrafi ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu kalios bermaksud indah manakala graphia bererti tulisan atau coretan.
Kaligrafi adalah karya seni ukiran tangan yang artistik selain memiliki nilai seni estetika tinggi.
Di Malaysia, penemuan Batu Bersurat di Terengganu membuktikan khat Arab diguna pakai di alam Melayu sejak ratusan tahun, contohnya tulisan itu diukir di atas kayu keras.
Ini keistimewaan seni khat di Malaysia yang diwarisi turun-temurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam.
Namun, kecintaan terhadap seni khat kini semakin pupus memandangkan ramai generasi muda yang tidak tahu membaca Jawi.
Justeru, Festival Belia Putrajaya 2015 anjuran Kementerian Belia dan Sukan membawa kelainan tahun ini dengan melantik 25 mentor untuk memberi peluang kepada belia berkongsi bakat mereka.
Satu daripada 25 mentor yang dipilih Rakan Muda ialah Mohammad Firdaus Mahadi, 31, yang mahir dalam seni khat.
Katanya, seni khat ini perlu dipelajari kerana kebanyakan belia semakin susah membaca Jawi.
“Saya pernah mengajar bengkel seni khat dan seorang remaja lelaki memberitahu dia tidak tahu Jawi, tetapi bertanya bolehkah dia belajar seni khat.
“Rugi jika belajar khat, tetapi tidak tahu Jawi, justeru inilah peluang saya untuk membantu golongan belia,” katanya.
Menurutnya, belia yang berminat diajar seni khat secara berperingkat dan santai.
“Mereka diberi peralatan asas penulisan seni khat seperti kertas seni yang boleh mengalirkan dakwat, batang kayu seperti resam atau handam dan dakwat khas.
“Saya mengambil masa selama tiga jam mengajar peserta, tetapi satu jam terakhir peserta diberi peluang menghasilkan produk mereka iaitu batik khat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 1:33 PM

Read more...

24.6.15

Pameran Khat : " Tawaf " di Publika Solaris Dutamas

Bersama rakan saya, Firdaus Mahadi,Shah Tumin, Fadil Sulaiman dan Dr Azlin Hamidon.
13 Jun hingga 27 Julai 2015.



Read more...

22.6.15

Design : Proposal Kad Kahwin

Ada pelbagai design boleh dibuat. Gabungan khat thuluth dan nasakh. Terpulang pada anda untuk memilih yang mudah dibaca atau yang susah dibaca tapi penuh berseni ( sebenarnya ia bergantung kepada susunan huruf dalam perkataan itu), keduanya mempunyai peminatnya tersendiri.






Read more...

20.6.15

Design : Thuluth Nama Satu Keluarga Dalam Bulatan

Nama ayah dan ibu dalam sayu bulatan dan setiap anak dalam bulatan berasingan.


Read more...

19.6.15

Design : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Ghani

Madrasah
Tuan Guru Haji Abdul Ghani (thuluth)
Maahad Tahfiz wal Qiraat Addin 16 (nasakh)

Masih dalam proposal : Khat untuk design signboard.


Pilihan kedua dengan menggunakan khat thuluth.


Read more...