28.1.13

Borang Bengkel Seni Khat 2013 Muzium Kesenian Islam Malaysia

Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Muzium Kesenian Islam Malaysia sedang membuka pendaftaran bagi Kursus  Seni Khat secara intensif untuk tahun ini. Kursus ini juga akan meliputi bidang seni khat dan kraf yang boleh dihasilkan dari seni khat. Ada banyak modul dan anda boleh melihatnya di sini :
Kursus ini diadakan secara mingguan dan telah berjalan saban tahun. Atas sebab permintaan yang tinggi ianya diadakan setiap tahun. Kalau nak diikutkan kursus macam ni perlu dibanyakkan lagi, maklumlah penulis kat Malaysia ni ramai. Saya pun kalau ada kursus macam ni kat Johor atau Melaka saya join, tapi nak ke KL tu boleh tahan jugak kosnya. Naik bas ok kot, turun kat Stesen TBs pastu naik Komuter, turun stesen Kuala Lumpur pastu jalan kaki naik bukit kat Masjid Negara tu, peh jauh jugak...but better far than never!

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.