Memaparkan catatan dengan label seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seni. Papar semua catatan

27.8.21

Seni Khat Part 2






 SENI KHAT Part 2

Jenis-jenis tulisan khat adalah berupa tulisan mushaf-mushaf al-Quran, sama ada tertulis di atas papirus, kulit-kulit binatang, kertas, naskah, inskripsi, buku, surat, mahupun manuskrip dan sebagainya.
Ibnu al-Nadim menghuraikan lagi bahawa corak lain dari khat Kufi dan Nasakh terdapat lagi bentuk lain berupa tulisan “setengah” (nisf), disebut juga corak Thuluthain (dua-pertiga) atau “sepertiga” (Thuluth). Selain itu, semenjak Ibnu Muqlah telah mengklasifikasi enam jenis tulisan seni khat yang berkembang dalam Islam selanjutnya dikenali dengan al-Aqlām al-Sittah الأقلام الستة (enam skrip yang asal) iaitu Thuluth, Nasakh, Muhaqqaq, Rayhān, Riq’ah dan Tawqi’ kemudian berevolusi menjadi Thuluth (خط الثلث), Nasakh ( خط النسخ), Diwani (خط الديواني), Kufi (خط الكوفي), Farisi (خط الفارسي) dan Riq‘ah (خط الرقعة).
Seterusnya tulisan tersebut dikembangkan oleh umat Islam menjadi tulisan seni khat/Jawi di Alam Melayu.
Khat Kufi, iaitu jenis khat tertua. Seni tulisan ini banyak memiliki sudut dan siku-siku serta bersegi, mengandungi garis-garis vertikal pendek dan garis mendatar yang memanjang. Khat kufi sering disebut juga dengan istilah Jazm, jenis khat ini sudah banyak menghiasi bangunan-bangunan utama di Alam Melayu kerana agak sukar untuk dilakarkan, juga agak susah dibaca oleh umat Islam di walaupun ramai juga peminatnya.
Khat Nasakh, iaitu jenis tulisan tangan berbentuk cursif, yakni tulisan bergerak berpusing (rounded) dan sifatnya mudah serta jelas untuk ditulis dan dibaca. Menurut Didin Sirojuddin, “Kata Nasakh diambil dari akar kata Nuskhah atau Naskhah.” Jenis khat ini sangat mendominasi penggunaan tulisan kaligrafi yang ada di Alam Melayu kerana digunakan dalam pelbagai tulisan mushaf al-Quran dan bahkan digunakan juga dalam penulisan pelbagai buku teks pelajaran umum, agama Islam, dan sebagainya.
Khat Thuluth, iaitu tulisan yang banyak digunakan untuk hiasan di pelbagai manuskrip, khususnya dalam tajuk-tajuk buku atau sub-subbab dan nama-nama kitab ataupun kitab. Jenis ini juga digunakan sebagai tulisan hiasan pada dinding-dinding binaan dan hiasan dalaman. Selain itu, jenis khat ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Islam di Alam Melayu kerana selalu dijadikan sebagai hiasan tulisan dalam bangunan-bangunan utama seperti masjid, istana, pejabat, sekolah, dan lain-lain.
Khat Farisi, iaitu jenis khat Ta`liq atau Farisi yang banyak berkembang di negara Parsi (Iran), Pakistan, India, dan Turki. Perkembangan khat ini bermula dari Parsi pada masa pemerintahan Dinasti Safavi (1500-1800 M).
Menurut sejarahnya, khat Ta`liq berasal daripada tulisan Kufi yang dibawa oleh penguasa-penguasa Arab zaman penaklukan Parsi. Jenis khat ini tidak terlalu banyak digunakan sebagai hiasan dalaman di Nusantara kecuali untuk tulisan-tulisan tertentu seperti tajuk-tajuk buku yang tersimpan rapi di perpustakaan dan sekolah.
Khat Riq`ah, iaitu yang disebut juga khat Riq`ie atau Riqa`. Khat ini merupakan jenis tulisan cepat dan hampir sama dengan cara penulisan stenografi. Penggunaan jenis tulisan khat ini di Alam Melayu tidak terlalu meluas dalam kalangan masyarakat umum kecuali di kalangan mahasiswa dan pelajar pondok yang menggunakannya sebagai catatan-catatan penting nota kuliah ataupun pelajaran mereka.
Khat Diwani, iaitu khat berbentuk melingkar-lingkar, condong bersusun-susun, hurufnya tumpang tindih, lentur dan bebas. Khat Diwani merupakan suatu corak tulisan Uthmani yang sejajar perkembangannya dengan tulisan Syikasteh Farisi. Jenis khat ini masih banyak ditemui di Alam Melayu sebagai hiasan-hiasan tambahan, tetapi tidak sebanyak penggunaan jenis khat Nasakh ataupun Thuluth.
Kesemua khat di atas, para pakar khat berpendapat bahawa “induk” daripada seni khat/Jawi adalah khat Thuluth dan Nasakh. Sementara orang-orang Parsi terutama kalangan seniman, mengembangkan sebuah corak lain disebut Ta’līq (menggantung) yang sebenarnya merupakan perkembangan lanjut daripada corak Riq’ah dan Tawqī’ setelah diubahsuai lalu dibuat secara teliti dan sungguh-sungguh. Induk tulisan ini berkembang menjadi pelbagai macam jenis aliran dan corak.
Walaupun khat-khat tersebut memiliki perbezaan dan teknik penulisan berbeza-beza, tetapi masih ada hubungkait antara satu dengan lainnya. Contoh khat kufi banyak berpengaruh kepada jenis-jenis khat lainnya seperti Riq’ah dan Diwani bahkan menjadi penyempurna corak ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info menarik mengenai warisan di seluruh nusantara, sila follow dan subscribe Tetuang TV di:

Read more...

24.11.11

Surah al-Fatihah dalam 7 jenis khat




Follow kami www.instagram.com/rahmansahlan

Surah al-Fatihah adalah surah pertama di dalam al-Quran. Terlalu banyak kelebihan surah ini antaranya ialah :
- sekiranya anda berhajat kepada sesuatu benda atau perkara, bacalah surah ini 20 kali selepas solat fardhu. Amalkan selama mana anda mampu dan mohonlah hajat anda selepas bacaan ke 20 dan minta dengan sepenuh hati. InsyaAllah akan dikabulkan oleh Allah SWT
(saya tulis yang ini sebab saya pernah mengamalkannya dan berkesan)..tapi benda yang baik-baik je ok..

Ini adalah surah al-Fatihah yang saya tulis dalam 7 jenis Khat :

*Maflah ini koleksi lama jadi tulisan agak kurang menepati kaedah....



Penulisan ini menggunakan pena resam dan dakwat Calligraphy. Kalau anda perasan dalam setiap tulisan nampak pergerakan dakwat daripada gelap ke terang..itu yang membuatkan saya 'ketagih' nak menulis guna resam. Lagipun bila kita gerakkan mata pen tu..ada bunyi 'kreeeeeeeet'..membuatkan bulu roma meremang..itu yang best giler tu..

Silakan copy dan manfaatkanlah sebaiknya...

Yang koleksi ini ditulis dengan dakwat buatan sendiri berwarna coklat dan ungu...
KHAT RIQ'AH

KHAT DIWANI

KHAT FARISI


KHAT NASAKH



Post lain berkaitan kelas khat :-


Di sini saya sertakan link bagi sesiapa yang ingin membeli pen resam dan buku khat nasakh :

klik di sini:


Bengkel ulangan bagi asas akan saya buat sekali lagi pada minggu hadapan hari Isnin 6/9/2021 bagi sesiapa yang terlepas sesi semalam.

Semoga Allah memberkati anda semua. Ameen





Read more...

15.11.11

Logo Khat Sempena Ulangtahun Pertama Stesen TV al-Hijrah


KUALA LUMPUR Isnin 14/11/2011 - Stesen televisyen Islamik terbaik di Malaysia, TV al-Hijrah akan berusia setahun pada bulan ini. Sepanjang perjalanan stesen ini pelbagai program dan rancangan telah diadakan yang mana kesemuanya berasaskan pembelajaran dan kebaikan. Seiring dengan ini TV al-Hijrah juga banyak berusaha dalam memartabatkan Islam di Malaysia dengan pelbagai teknologi tinggi seperti siaran high definition (HD), penggunaan peralatan canggih, rancangan yang mesra orang muda dan banyak lagi.

Ini adalah petikan daripada web www.tvalhijrah.com


Latar Belakang TV AlHijrah

TV AlHijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai  platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Tujuan Penubuhan TV AlHijrah

  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.
Bagi pelanggan ASTRO bolehlah membuka TV alHijrah dan bagi yang tidak mempunyai ASTRO ini adalah frekuensi yang boleh anda cari :


LiputanSaluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah KlangCH 55743.25
TerengganuCH 41631.25
Kuantan,PahangCH 22479.25
Mersing,JohorCH 40623.25
Kuching,SarawakCH 37599.25
Kota Kinabalu,Sabah


CH 37599.25
Seni Khat Solution telah menyumbangkan ciptaan logo bagi Sambutan Ulangtahun Pertama TV ALHIJRAH yang bertemakan Hijrah Bersama. Logo ini akan dipublishkan dalam beberapa hari lagi. 


Terdapat beberapa logo lagi yang kami sumbangkan iaitu :


Read more...

Lawatan Kraftangan Johor Bahru ke Bengkel Seni Khat Solution



Pada minggu lepas Kraftangan Johor Bahru telah mengadakan lawatan ke bengkel kami di Sri Medan, Batu Pahat. En Khairul dan En Zulkifli telah meluangkan masa melihat bengkel dan kami sempat memberikan cenderahati kepada pihak Kraftangan JB berupa ayat al-Quran tulisan tangan..
Read more...