28.5.15

Pameran : Qalam 4 bersama Yusof Ghani

Legend beb pameran ni!
Tumpang bangga dengan Gajir dan Faisal yang berpeluang mempamerkan karya bersama otai-otai dunia painting tanahair.
Tapak

Read more...

26.5.15

Kain Rentang Hari Guru Sek. Agama Sri Medan

Sambutan Hari Guru dan Israk Mi'raj
Sekolah Agama Sri Medan

Kain cotton 4 meter RM 200.00




Read more...

24.5.15

Bengkel Khat di KIAS Kelantan

Dipetik dari laman rasmi www.kias.edu.my
# ini adalah perkongsian info sahaja. Sebarang urusan sila hubungi KIAS.

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu Kelantan.
Tel: 609-7129386 / 609-7129387 Faks. 609-7129444

MUQADDIMAH

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:" Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan "- Riwayat Muslim & Ahmad

Antara kesenian yang masih lagi diwarisi dan menjadi kebanggaan umat Islam sehingga kini ialah Seni Kaligrafi Islam. Seni ini pada mulanya dapat dilihat pada penulisan mushaf di dalam bentuk tulisan khat Kufi, tetapi kemudiannya semakin meluas sehingga dapat dilihat pada binaan masjid, kraftangan dan hiasan rumah dengan pelbagai bentuk tulisan khat yang begitu indah dan memukau pandangan.

Keindahan Seni Kaligrafi ini dapat mencetuskan penghayatan yang tinggi terhadap rasa cinta kepada agama dan ia membuktikan agama Islam sebagai agama yang sempurna dari semua aspek kehidupan manusia. Di samping itu juga, ia dapat meneruskan tradisi kecemerlangan umat Islam masa lampau di dalam bidang kesenian.

OBJEKTIF

*.Menimbulkan kesedaran tentang pentingnya tulisan khat dan jawi dalam tamadun Islam dan kemajuan bangsa Melayu.
*.Mengetahui perkembangan tulisan khat dan jawi serta hubungannya dengan Al-Quran dan Islam.
*.Latihan menghasilkan kraftangan bersepadudengan seni khat dalam berbagai media.
*.Menyediakan kemahiran menulis khat yang pelbagai dan latihan keusahawanan serta profesional.

KANDUNGAN KURSUS
Kursus Seni Kaligrafi Islam ini terdiri daripada:

MODUL 1:
Subjek 1 : KPIK 101 Penulisan Khat Nasakh & Thuluth(Sejarah khat Nasakh & Thuluth ,menulis huruf tunggal, huruf sambung & petikan Ayat-ayat al-Quran dan Hadith)Subjek 2 : KPIK 102 Kemahiran Kraftangan (1) ( Poster, Potongan, Sepanduk, Tulisan Latar [ Backdrop] )
MODUL 2 :Subjek 1 : KPIK 201 Penulisan Khat Riq‘ah dan Diwani(Sejarah khat Ruq’ah dan Dewani ,Menulis huruf tunggal, huruf sambung & petikan (Ayat al-Quran dan Hadith)Subjek 2 : KPIK 202 Kemahiran Kraftangan (II)(Plastik plate, Sulaman & Tenunan, Labuci & Perada)
MODUL 3 :Subjek 1 : KPIK 301 Penulisan Khat Farisi dan Kufi(Sejarah khat Farisi & Kufi, Menulis khat huruf tunggal, huruf sambung, & petikan ayat–ayat al-Quran & Hadith )Subjek 2 : KPIK 302 : Kemahiran Kraftangan ( III)(Cooper tooling, Brass tooling, Cermin, Silk Screen)

MODUL 4 :Subjek 1 : KPIK 401 Awanlarat & Hiasan (Zukhrafah) (Aplikasi keenam-enam jenis penulisan khat &Melukis zukhrafah (Awanlarat ) Subjek 2: KPIK 402 Kemahiran Kraftangan ( IV )(Ukiran Kayu, Papan Tanda, Potongan logam, Tulisan Batik)

TEMPOH KURSUS

Tempoh pengajian adalah selama empat bulan bagi setiap modul. Jumlah jam bagi setiap modul ialah 30 jam.

WAKTU KULIAH

Kuliah akan diadakan sepertimana berikut :
Hari : JumaatMasa : 3.00-5.00 ptg

YURAN
Bayaran yuran yang dikenakan bagi setiap peserta ialah RM250.00 bagi satu modul termasuk yuran pendaftaran dan nota kursus. Bayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan.Bayaran ansuran pertama RM 100.00 perlu dibayar semasa hari pendaftaran.

Jumlah bayaran pendaftaran ialah :Pendaftaran RM50.00
Pengajian : RM200.00
Jumlah :RM 250.0

SIJIL

Sijil akan diberikan kepada mana-mana peserta yang mengikuti kesemua subjek / modul. Bagi peserta yang mengikuti satu modul dari mana-mana modul, surat pengakuan penyertaan dikeluarkan jika perlu.

.TENAGA PENGAJAR

1. Ustaz Mahmood Awang
( MA. Fiqh Perbandingan, Al-Azhar ), (Diploma Seni Khat, Sekolah Seni Khat, Kaherah ).*.Pengalaman *.Menyediakan backdrop, astaka, ujian tilawah Al- Quran Peringkat kebangsaan & antarabangsa dari tahun 1984-1990*.Pensyarah sambilan seni khat Universiti Malaya.*.Pensyarah seni khat & ejaan jawi MPI Bangi*.Pensyarah seni khat Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur *.AJK Seni Khat Kebangsaan

2. Ustaz Nik Abd. Rahman Zaki Nik Abd Kadir
( B.A. Bahasa Arab, Al-Azhar ), ( Diploma Seni Khat, Kaherah ), ( Diploma Lanjutan Seni Khat, Kaherah ).*.Pengalaman*.Johan Peringkat MASSAK 3 tahun berturut-turut ( 1989 – 1991 )*.Johan Peringkat ASEAN di Brunei Darussalam ( 1991,1993,1995,1997 ).*.Tempat Kedua daripada sepuluh terbaik seluruh Mesir Diploma Seni Khat tahun 2001.

Read more...

Pertandingan Khat di Madrasah Taufiqiah 26 Mei 2015

Poster ni saya dapat di Facebook jadi anda boleh hubungi nombor yang tertera ya.


Read more...

Bengkel Khat bersama Ustaz Zuhud Ulya di Kedah 30 Mei 2015

Sila hubungi nombor yang tertera di dalam poster ya... ustaz Zuhud ni antara tokoh usahawan khat yang berjaya di Malaysia. Beliau baru selesai pameran di Pulau Pinang dan Melaka.


Read more...

21.5.15

Mural Khat di Pusat Pengajian AlQuran Darul Hikmah Sri Medan Batu Pahat

Ni antara design yang terbaru.
Boleh request lukisan pemandangan,kartun, dan lain2 juga.
Harga bermula RM 10 sekaki.












Read more...

20.5.15

Koleksi Khat untuk TV Alhijrah 2011-2014

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah...
Terima kasih TV Alhijrah kerana memberi peluang kami menyumbangkan tulisan khat untuk siaran di tv. Mudah-mudahan team Alhijrah Media Corporation terus konsisten dalam menyiarkan program yang mesra penonton sama ada Muslim atau bukan.

Nantika logo Ramadhan dan Syawal 2015 pula ya....




Read more...

19.5.15

Design : Khat Thuluth Nama Masjid Taman Dato' Onn JB

Khat thuluth digunakan kerana ianya adalah sangat gah dan sesuai dijadikan tajuk, nama tempat dan keutamaannya. Ditulis lebih tebal untuk disesuaikan dengan ruangan.

Biasanya kami akan memberikan kontraktor yang membuat signboard ini nama masjid dalam 2 design yang berlainan. Contohnya tulisan yang atas pennya lebih tebal. Yang bawah pula lebih nipis dan alifnya lebih tinggi. Terpulang kepada customer untuk menggunakan design yang diminati sebab kami bagi dua-dua !!




Read more...

17.5.15

Selamat Hari Guru 2015

Guru oh guru,
Sempurnakanlah akhlakmu,
Akhlak ahli keluargamu,
Dan akhlak anak muridmu....




Read more...

10.5.15

Frame : A4 Hadiah Hari Guru

Hadiah lain dari yang lain....untuk guru- guru di sekolah anda. Set frame nama family tree setiap orang guru.

1-10 pcs RM 40/pcs
11-20 pcs RM 35/pcs
21-40 pcs RM 30/pcs
40 pcs ke atas RM 25/pcs














Read more...

Bengkel Khat bersama Firdaus Mahadi

Jom sertai bengkel percuma di tempat berikut. Percuma beb! Kementerian Belia dan Sukan anjurkan. Terhad 30 orang je tau!




Read more...

1.5.15

Design : Thuluth Nama Masjid Zaid bin Thabit

Setiap design nama masjid atau surau kosnya ialah RM 150.00.
Kami akan memberikan 2 pilihan dan mengikut saiz yang anda kehendaki. Anda perlu memberikan saiz yang tepat contohnya 1x8 kaki atau 100x600mm.
Jenis khat yang biasa digunakan ialah :
1. Khat thuluth
2. Khat nasakh




Read more...

28.4.15

Kelas dan Bengkel Khat di Kota Bharu Kelantan

Alhamdulillah kini ada kelas dan bengkel khat di Kota Bharu, sila hubungi nombor dalam gambar ya, terima kasih.


Read more...

Kelas dan Bengkel Khat di Kuantan Pahang

Alhamdulillah, setelah ada beberapa pertanyaan tentang kelas khat di Kuantan, akhirnya saya terjumpa satu tempat iaitu Akademi Khat Kuantan. Sila hubungi beliau ya, nombor telefon ada dalam gambar.

Read more...

22.4.15

Kursus Khat : Kelas Mingguan di Seksyen 15 Shah Alam

Bersama rakan saya Helmi Sobri


Read more...

Pameran Khat Sempena Majlis Tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan 2015

Bersama rakan-rakan saya dari Seni Khat Warisan Islam






Read more...

Pameran Khat : Festival 207 Lebuh Acheh Pulau Pinang

Bersama rakan saya, Ali Gaban, Zuhud Ulya dan Hafizan Halim.












Read more...

Pameran Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka 2015

Bersama rakan saya, Gajir dan Faisal Alwie.

Seni khat gabungan lima pelukis pamer karya
07 April 2015 12:16 AM

MELAKA 6 April – Lima pelukis seni khat atau kaligrafi moden tanah air bergabung mempamerkan karya kaligrafi Islam menerusi Pameran Ekspressi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka, di sini, dari 21 Mac hingga 3 Mei depan.Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Datuk Khamis Abas berkata, pameran yang julung kali diadakan itu menggabungkan hasil karya Nurgajir Noor, Muhammad Faisal Alwie, Ahmad Raja'ei Awang, Zuhud'Ulya Iberahim dan Ainun Jariah Yaacob.“Seni kaligrafi Islam atau khat adalah satu khazanah tertua dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam, kini diadaptasi dengan karya yang lebihmoden tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.

“Bagi pameran kali ini, 86 karya seni khat kontemporari dipamerkan memberi peluang kepada peminat seni ini menghayati sendiri keunikan karya khat yang dihasilkan lima pelukis ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pameran Ekspressi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis, Jalan Laksamana di sini, baru-baru ini.Majlis itu dirasmikan oleh Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Mohadis Yasin dan hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Hamdin Abdollah.Sementara itu,Nurgajir Noor,33, berasal dari Sabahberkata, ini adalah pameran keduanya di Me­laka selepas tujuh tahun menceburi bidang tersebut.“Sebelum ini, saya pernah mengadakan pameran solo di Melaka dan kali ini Perzim memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan mempamerkan karya kami untuk tatapan mereka yang mencintai seni khat.

“Menerusi pameran ini, mereka boleh melihat sendiri jenis-jenis khat yang kami hasilkan antaranya khat thuluth yang banyak digunakan di negara Arab, khat nasakh yang lebih sinonim dengan tulisan al-Quran, khat khufi serta khat dhiwani serta dhiwani jali yang dahulunya digunakan oleh pembesar atau raja-raja sebagai kod rahsia ketika menulis surat,” katanya.

BagiZuhud'Ulya Iberahim, 37, yang berasal dari Kedah berkata, seni khat kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini.“Tidak mudah untuk kami menghasilkannya kerana memerlukan idea serta masa yang mencukupi supaya karya yang dihasilkan adalah yang terbaik. Ada diantara karya yang kami hasilkan ini mengambil masa beberapa hari malah, berbulan untuk disiapkan.“Alhamdulilah, setakat ini pe­nerimaan masyarakat terhadap hasil seni ini amat memberansangkan kerana ada antara peminat seni khat ini menjadikannya sebagai hiasan rumah mahupun pejabat,” katanya yang berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang tersebut.

MELAKA 9 April - Seni khat atau kaligrafi sangat sinonim dengan masyarakat Arab Muslim, apabila kedatangan lima ayat al-Quran surah al-Falaq yang diturunkan menerusi Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW menjadikan penulisan khat mempunyai kepen- tingan dan masih utuh sehinggakini.

Menyingkap seni halus penulisan yang telah menjadi lambang keagungan masyarakat Islam ini, khat boleh dibahagikan kepada tujuh jenis antara yang mendapat perhatian ramai iaitu khat riqiah, thulukh, khufi, diwani dan nasakh.Setiap daripada jenis khat mempunyai cara tulisan berbeza yang pastinya unik dan memukau pandangan peminat seni tulisan itu.Bagi meneruskan ke- gemilangan seni tersebut, lima pelukis seni khat atau kaligrafi moden tanah air bergabung mempamerkan karya kaligrafi Islam menerusi Pameran Eks-presi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka di sini bermula pada 21 Mac lalu hingga 3 Mei depan.Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, pameran yang julung kali diadakan itu dijayakan hasil karya Nurgajir Noor, Muhammad Faisal Alwie, Ahmad Raja'ei Awang, Zuhud'Ulya Iberahim dan Ainun Jariah Yaacob.

“Seni kaligrafi Islam atau khat adalah satu khazanah tertua dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan kini diadaptasi dengan karya lebih moden tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.“Bagi pameran kali ini, sebanyak 86 karya seni khat kontemporari dipamerkan bagi memberi peluang kepada peminat seni ini menghayati sendiri keunikan karya khat yang dihasilkan lima pelukis tersebut,” katanya kepadaUtusan Malaysia ketika ditemui semasa pameran itu di sini baru-baru ini.Sementara itu penulis kaligrafi,Nurgajir Noor, 33, berkata, ini adalah pameran keduanya di Melaka selepas tujuh tahun menceburi bidang itu.“Sebelum ini saya pernah me­ngadakan pameran solo di Melaka dan kali ini Perzim memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan mempamerkan karya kami untuk tatapan mereka yang mencintai seni khat.

“Menerusi pameran ini, mereka boleh melihat sendiri jenis-jenis khat yang kami hasilkan antaranya khat thuluth yang banyak digunakan di negara Arab, khat nasakh yang lebih sinonim dengan tulisan al-Quran, khat khufi serta khat Dhiwani serta Dhiwani Jali yang dahulunya digunakan oleh pembesar atau raja-raja sebagai kod rahsia ketika menulis surat,” jelasnya yang berasal dari Sabah.Menurut Nurgajir, ibu bapa seharusnya membantu anak-anak mendalami penulisan jawi seperti menyediakan buku-buku tulisan, memperkenalkan huruf-huruf jawi dan sebagainya.“Tidak dinafikan tulisan khat dilihat agak susah bagikanak-kanak memandangkan ia memerlukan tumpuan dan tahapnya terlalu tinggi. Tetapi paling elok jika ia bertindak selari,” katanya.

Selepas tujuh tahun melibatkan diri dalam seni kaligrafi, bapa kepada tiga cahaya mata itu mampumenarik nafas lega kerana berjaya membuka galeribersama adik-beradik lain diberi nama GajirArt Resources di Kajang, Selangor.BagiZuhud'Ulya Iberahim, 37, pelukis seni khat danjuga seorang guru, seni khat kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini.Anak jati Kedah itu turut memberitahu dahulunya dia menjadikan tulisan khat sebagai hobi tetapi kini mampu memiliki sebuah galeri yang diberi nama Ahnaf-Khat di Pulau Pinang.

“Saya mahu berkongsi dengan masyarakat yang berminat dengan seni khat. Sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini, ramai bertanyakan bagaimana cara untuk mempelajarinya.“Dari situ timbul idea menubuhkan galeri ini. Pada saya masyarakat perlu ditunjuk dengan karya-karyakhat supaya mereka dapat mengenali secara mendalam mengenai seni yang terdapat dalam Islam,” katanya.Menurut Zuhud'Ulya, tidak mudah untuk penulis khat menghasilkan sesuatu karya kerana memerlukan idea serta masa mencukupi agar menjadi karya yang terbaik.Katanya, malah ada di antara karya yang dihasilkanini mengambil masa beberapa hari malahan berbulan untuk disiapkan.

“Alhamdulilah, setakat ini penerimaan masyarakat terhadap hasil seni ini amat memberangsangkan kerana peminat seni khat menjadikannya sebagai hiasan rumah mahupun pejabat,” katanya yang berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang ini.Katanya, seni lukisan khat tetap menjadi pilihan anak muda meskipun penghasilannya memerlukan cara dan teknik betul bagi memperoleh hasil yang baik.











Read more...