12.12.11

Dakwat untuk penulisan khat



Dakwat adalah bahan yang sangat penting dalam penulisan khat. Dakwat yang baik akan mempengaruhi penulisan menjadi cantik dan lancar. Begitu juga sebaliknya, dakwat yang kurang baik akan menjejaskan kelancaran pena khat tidak kiralah ianya pena logam, tumbuhan atau marker.

Terdapat banyak jenama khat di luar sana. Tahukah anda apakah dakwat yang terbaik untuk menulis khat? Pastinya dakwat yang dibancuh sendiri boleh memberikan kepuasan dalam penulisan khat. Andainya tiada, nak guna dakwat apa ye?

Bukan hanya kulit buah delima dan buah manjakani boleh dijadikan dakwat, malah beras, bunga lawang dan cengkih turut mampu dijadikan dakwat.
Walaupun hanya terhad kepada warna-warna tertentu sahaja , tetapi dakwat tradisional ini mampu divariasikan warnanya dengan menggunakan bahan semulajadi lain, contohnya daun pandan untuk mendapatkan warna hijau.
Selain itu, penggunaan halia, kunyit dan kulit kayu manis untuk dijadikan dakwat juga mampu mengeluarkan bau wangi pada dakwat.
"Faktor pelbagai jenis dakwat yang ada di pasaran sekarang lebih mudah didapati menjadikan dakwat tradisional tidak relevan untuk digunakan dalam menulis khat," katanya.
"Dakwat tradisional untuk menulis seni khat ini kebiasaannya disimpan di dalam bekas khas dengan dimasukkan benang sutera kasar atau span ke dalamnya.
"Ia bertujuan untuk mengelakkan mata pen daripada cepat rosak dan juga mengelak dakwat tersebut melekat terlalu banyak ketika menulis," katanya.
+ petikan KOSMO!

Di sini saya tunjukkan beberapa jenama dakwat yang boleh digunakan.


 Dakwat kaligrafi Cina (sesuai untuk asas sahaja kerana
teksturnya kurang halus, menyukarkan penulisan)

Dakwat terbaik di pasaran (kalis air, hitamnya pekat dan penulisan akan jadi halus dan nampak pergerakan dakwat)

Dakwat Parker (tekstur halus tetapi kurang pekat, lebih tepat lagi, cair)

Dakwat Manuscript Calligraphy ( tekstur halus, tidak kalis air)

Dakwat Calli (sangat sukar didapati, hitamnya sangat pekat, tekstur halus, kalis air)

Dakwat Sheaffer (halus tetapi dakwatnya jernih, tidak kalis air, sesuai untuk pena logam)

Bekas dakwat (diletakkan span di dalamnya barulah tuang dakwat)


Read more...

2.12.11

Interview Seni Khat Dalam New Straits Times oleh Rizalman Hammim


Diterjemahkan ke Bahasa Melayu menggunakan Google Translate :


MUDA DAN MAHIR DALAM SENI KHAT


Cinta SAYA dan kepentingan dalam seni Khat, yang kaligrafi Islam atau Bahasa Arab, bermula ketika saya masih sangat muda - 11 tahun, lebih tepat.Saya kemudian belajar di Sekolah Agama Seri Pasir di Seri Medan, Batu Pahat.
  
Guru besar sekolah, Cikgu Yusof Othman, guru pertama saya seni itu, yang mengajar saya asas Khat dan yang dipupuk semangat saya untuk ia.

  
Pada tahun 1996, ketika saya berusia 12 dan di bawah bimbingan Cikgu Yusof, saya memenangi pertandingan Khat Johor untuk sekolah agama, yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

  
Seperti yang saya membesar, semangat saya untuk seni yang berkembang lebih kuat dan saya terus untuk mengetahui lebih lanjut tentang seni dari tiga guru-guru lain yang mengajar saya segala-galanya yang saya perlu tahu.Sepanjang pengajian saya, saya mendapat tahu kewujudan kira-kira 80 gaya Khat, ada yang sudah jarang berlaku manakala yang lain telah menjadi pupus sama sekali.

  
Pada masa ini, terdapat tujuh gaya Khat yang diamalkan. Ini adalah, iaitu, Thuluth, Nasakh, Riq'ah, Diwani, Farisi, Diwani Jali dan Kufi.


Syukurlah, dengan bimbingan Cikgu Yusof dan guru-guru saya yang lain, saya mahir dalam kesemua tujuh gaya Khat dan saya dapat menulis dengan menggunakan mana-mana gaya betul dan tanpa masalah.

  
Selepas saya tamat sekolah menengah, saya pergi untuk melanjutkan pelajaran saya di Universiti Al-Azhar yang terkenal di Mesir. Namun begitu, kasih sayang dan semangat saya untuk Khat tidak pernah meninggalkan saya.

  
Selepas saya tamat pengajian dari Universiti Al-Azhar, saya adalah seorang guru selama kira-kira dua tahun sebelum saya membuat keputusan untuk menumpukan masa saya kepada seni Khat.

  
Baru-baru ini, pada bulan September, saya telah menubuhkan Seni Khat Solution yang bukan hanya menawarkan kepingan seni Khat untuk dijual tetapi juga mengadakan kursus dan bengkel di atas artform ini untuk sekolah-sekolah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan.

  
Setakat ini, saya telah dijemput untuk mengadakan demonstrasi dan bengkel di sekolah-sekolah dan ekspo di sekitar Batu Pahat, Muar, Pontian, Johor Baru dan Melaka.

 
Kerana ia jarang berlaku bagi seseorang sebagai muda sebagai diri saya sendiri untuk menjadi mahir dalam seni, orang tertarik dan sebagainya, menjadi lebih berminat ingin mengetahui lebih lanjut.

  
Saya juga telah mendapati bahawa, sebagai seorang anak muda diri saya, ia adalah lebih mudah bagi saya untuk mendekati golongan muda yang lain untuk menarik minat mereka dalam seni, dan pada masa yang sama, anak-anak muda kurang teragak-agak dalam usaha mendekati saya untuk bertanya soalan.



Salah satu sebab-sebab yang saya rasa Khat pembelajaran adalah penting kerana tulisan jawi adalah perlahan-lahan dilupakan, dan semakin kurang orang yang dapat membaca.

  
Pada pendapat saya, jika seseorang itu mahir dalam seni Khat, dia tidak mempunyai masalah dalam membaca tulisan jawi, yang seterusnya, akan membantu mereka dalam membaca Al-Quran.

  
Selain menjalankan demonstrasi dan bengkel, saya juga membuat peralatan alat tulis yang digunakan untuk membuat KhatIni adalah dibuat dari buluh dan jenis kayu yang dipanggil kayu resam.People, pelajar-pelajar terutama muda, sentiasa hairan apabila saya memberitahu mereka bahawa saya menggunakan buluh dan kayu untuk membuat Khat.

Read more...

1.12.11

1400 Followers Dalam 2 Minggu? Biar Betul..



Sekali tengok macam tak percaya..3,484 hits dalam masa 4 hari? 1400 rakan followers dalam seminggu? Saya pun terkedu tengok blog mr. AVI. Kalau ikutkan ilmu internet biasa memang tak dapat macam ni. Ilmu apakah yang dia pakai? Adakah dia telah menggunakan ilmu INTERNETnya untuk menguasai trafik blog? Memang handal..rasa-rasa dia pandai tulis khat tak?
Tengok blog MR AVI ni http://facebookviral.blogspot.com

Read more...

30.11.11

Laman Web KhatSolution.Com.My telah dilancarkan

Screenshot website kami

BATU PAHAT 30 Nov - Alhamdulillah, Seni Khat Solution kini telah mempunyai laman web profesional yang mempunyai domain .com.my. Website ini telah dilancarkan pada hari ini 30 November 2011. Telah terpahat lagi satu ukirah sejarah bagi kami.

Dengan laman web ini anda boleh melihat katalog dan profile kami serta pelbagai maklumat menarik dengan penyampaian yang lebih kemas. Kami juga ada memasukkan katalog perkhidmatan dan barangan di dalamnya. Setakat ini kami belum memasukkan banyak perkara. InsyaAllah kami akan sentiasa update. Sila layari www.khatsolution.com.my untuk maklumat lanjut.
Read more...

26.11.11

Logo Hijrah Bersama TV ALHIJRAH dalam Khat Diwani


BATU PAHAT 26 November - Stesen televisyen ALHIJRAH telah mula menyiarkan promo untuk sambutan ulangtahun yang pertama. Tema bagi sambutan ini ialah "Hijrah Bersama" : yang membawa pengertian yang sangat mendalam dalam kehidupan kita. apakah kerana kita harus berhijrah bersama rakan-rakan atau saudara ke bandar besar?Ataupun hijrah bersama ke arah yang lebih baik? Sama-sama lah kita renungkan..


Sebuah kisah yang sangat menarik untuk ditonton


Seni khat merupakan satu cabang seni yang sangat indah. Apabila seseorang penulis khat itu sudah mahir, pelbagai jenis khat mampu dibuat dalam masa yang singkat. Khat Diwani adalah jenis khat yang menarik jika kita mampu menggayakannya. Dalam logo ulangtahun pertama stesen TV ALHIJRAH terdapat tulisan khat Diwani yang dibentuk dengan begitu kreatif. Ramai peminat sebenarnya khat ini, mungkin kerana sifatnya yang lembut dan fleksibel. Lagipun logo rasmi TV ALHIJRAH sendiri menggunakan khat diwani. Untuk itu Seni Khat Solution dengan penuh rasa teruja menyumbangkan logo tersebut. www.tvalhijrah.com

Read more...

24.11.11

Surah al-Fatihah dalam 7 jenis khat




Follow kami www.instagram.com/rahmansahlan

Surah al-Fatihah adalah surah pertama di dalam al-Quran. Terlalu banyak kelebihan surah ini antaranya ialah :
- sekiranya anda berhajat kepada sesuatu benda atau perkara, bacalah surah ini 20 kali selepas solat fardhu. Amalkan selama mana anda mampu dan mohonlah hajat anda selepas bacaan ke 20 dan minta dengan sepenuh hati. InsyaAllah akan dikabulkan oleh Allah SWT
(saya tulis yang ini sebab saya pernah mengamalkannya dan berkesan)..tapi benda yang baik-baik je ok..

Ini adalah surah al-Fatihah yang saya tulis dalam 7 jenis Khat :

*Maflah ini koleksi lama jadi tulisan agak kurang menepati kaedah....



Penulisan ini menggunakan pena resam dan dakwat Calligraphy. Kalau anda perasan dalam setiap tulisan nampak pergerakan dakwat daripada gelap ke terang..itu yang membuatkan saya 'ketagih' nak menulis guna resam. Lagipun bila kita gerakkan mata pen tu..ada bunyi 'kreeeeeeeet'..membuatkan bulu roma meremang..itu yang best giler tu..

Silakan copy dan manfaatkanlah sebaiknya...

Yang koleksi ini ditulis dengan dakwat buatan sendiri berwarna coklat dan ungu...
KHAT RIQ'AH

KHAT DIWANI

KHAT FARISI


KHAT NASAKH



Post lain berkaitan kelas khat :-


Di sini saya sertakan link bagi sesiapa yang ingin membeli pen resam dan buku khat nasakh :

klik di sini:


Bengkel ulangan bagi asas akan saya buat sekali lagi pada minggu hadapan hari Isnin 6/9/2021 bagi sesiapa yang terlepas sesi semalam.

Semoga Allah memberkati anda semua. Ameen





Read more...

15.11.11

Logo Khat Sempena Ulangtahun Pertama Stesen TV al-Hijrah


KUALA LUMPUR Isnin 14/11/2011 - Stesen televisyen Islamik terbaik di Malaysia, TV al-Hijrah akan berusia setahun pada bulan ini. Sepanjang perjalanan stesen ini pelbagai program dan rancangan telah diadakan yang mana kesemuanya berasaskan pembelajaran dan kebaikan. Seiring dengan ini TV al-Hijrah juga banyak berusaha dalam memartabatkan Islam di Malaysia dengan pelbagai teknologi tinggi seperti siaran high definition (HD), penggunaan peralatan canggih, rancangan yang mesra orang muda dan banyak lagi.

Ini adalah petikan daripada web www.tvalhijrah.com


Latar Belakang TV AlHijrah

TV AlHijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai  platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Tujuan Penubuhan TV AlHijrah

  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.
Bagi pelanggan ASTRO bolehlah membuka TV alHijrah dan bagi yang tidak mempunyai ASTRO ini adalah frekuensi yang boleh anda cari :


LiputanSaluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah KlangCH 55743.25
TerengganuCH 41631.25
Kuantan,PahangCH 22479.25
Mersing,JohorCH 40623.25
Kuching,SarawakCH 37599.25
Kota Kinabalu,Sabah


CH 37599.25
Seni Khat Solution telah menyumbangkan ciptaan logo bagi Sambutan Ulangtahun Pertama TV ALHIJRAH yang bertemakan Hijrah Bersama. Logo ini akan dipublishkan dalam beberapa hari lagi. 


Terdapat beberapa logo lagi yang kami sumbangkan iaitu :


Read more...