17.6.13

Pameran dan Bengkel di Masjid Kampung Siglap, Singapura

Alhamdulillah pada 14-16 Jun 2013 yang lepas, kami telah berjaya menjalankan program yang julung kali diadakan di Singapura iaitu "Penulisan Al-quran dan Seni Khat: Warisan Terbilang". Pihak kami bekerjasama dengan Nadi Furqan Services yang berpusat di Tampines dan juga Masjid Kampung Siglap, Singapura. Oh, rupa-rupanya di sinilah agaknya asal-usul kumpulan kugiran 60an kita, The Siglap 5. Masjid ini merupakan Pusat Pengembangan al-Quran dan Tahfiz di Singapura.

Berbekalkan keberanian dan keyakinan, kami telah berjaya mengumpulkan seramai 60 peserta terdiri dari kanak-kanak dan dewasa. Yuran yang dikenakan ialah SGD60 bagi kursus asas dan SGD 120 bagi kursus asas dan lanjutan. Kami juga mengadakan ceramah "Seni Khat: Warisan Terbilang" yang dihadiri lebih 50 orang (berbayar). Mudah-mudahan program ini akan menjadi pembuka jalan bagi kelangsungan seni khat khususnya di Singapura. Terima kasih diucapkan kepada Puan Sulizah dan kakitangan Nadi Furqan Services dan pihak Masjid Siglap yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.



Iklan di Berita Harian Singapura.
























Read more...

4.6.13

Pameran Kraftangan Mei 2013


Read more...

Pertandingan Seni Khat Yayasan Restu Jun/Julai 2013

Pertandingan yang dinanti dah kembali. Kali ni ada syarat baru iaitu pemenang tempat pertama 2010 dan 2011 tidak dibenarkan masuk. Penyertaan terhad kepada 100 orang sahaja ,50 lelaki dan 50 wanita.
Pertandingan untuk kategori terbuka akan diadakan pada 7 Julai 2013.
Borang boleh diisi online di blog http://restukhat.blogspot.com dan yuran penyertaan ialah RM10.00 sahaja. Tarikh tutup penyertaan pada 22 Jun ini.



Read more...

Pameran dan Bengkel Khat di UTM Skudai Jb 7-12 Mei 2013

Pameran ini berjaya dijalankan dengan kerjasama antara Kelab Usahawan Utm dan Seni Khat Warisan Islam. Terima kasih kepada saudara Firdaus Mahadi dan saudari Rashidah atas jemputan.

Read more...

Pameran Seni Khat di UTHM Batu Pahat 15-17 Mei 2013

Pameran ini telah berjaya dijalankan di Dewan al-Farabi Masjid UTHM dengan kerjasama Perpustakaan dan Pusat Islam UTHM.Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam program ini.

Read more...

Khat Kufi Nama Colorful

Kufi sentiasa mendapat sambutan..... walau di mana pun berada...
Harga : Design softcopy JPEG RM 50 untuk nama pasangan. Nama seterusnya RM 25 setiap nama.
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.









Read more...