27.8.21

Program : Bengkel Pengenalan Seni Khat percuma



Program : Bengkel Pengenalan Seni Khat percuma

Penceramah ; Rahman Sahlan

Tarikh : 1/9/2021 Hari Rabu

Tempat : Google Meet secara online

Masa : 10 pagi

Terhad 100 orang sahaja


Untuk penyertaan sila isi borang berikut ya

https://bit.ly/3jn7hdj


InsyaAllah kita sama-sama mengenal seni khat warisan kita ni, biar tahu jangan keliru ☺️


Read more...

Sejarah Perkembangan Seni Khat dan Pengaruhnya Terhadap Tulisan Jawi di Nusantara




 MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

Sejarah Perkembangan Seni Khat dan Pengaruhnya

Terhadap Tulisan Jawi di Nusantara

(The Developmental History of the Khat and its Influence towards the Jawi Writing System in the Malay Archipelago)

NIK YUSRI MUSA ILHAM CHE DAUD @ ZAKARIA Universiti Malaysia Kelantan

NAZRI MUSLIM

JAMSARI ALIAS

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Seni khat atau kaligrafi Arab merupakan satu seni penulisan yang mempuyai sejarahnya yang tersendiri. Seni khat sebagai satu seni tulisan dalam aksara Arab berkembang maju sejajar dengan perkembangan Tamadun Islam itu sendiri. Tulisan Arab dipengaruhi daripada tulisan Mesir Kuno Heroglif berdasarkan penemuan manuskrip yang dijumpai di Syria dan Palestin adalah lebih mirip serta hampir kepada tulisan Arab. Seni khat secara tidak formal telah timbul sebagai gaya tulisan Arab sebelum kedatangan Islam dan disebut sebagai Khat Musnad atau Khat gaya bebas. Namun seni khat semakin berevolusi menjadi lebih cantik selepas kedatangan Islam sehingga lahir seni dan gaya disebut sebagai aqlam al-Sittah iaitu merangkumi gaya seni Khat Nasakh, Khat Thulus, Khat Riq’ah, Khat Farisi atau Khat Nesta’liq, Khat Kufi, dan Khat Diwani. Alam Nusantara juga mendapat tempias daripada seni khat ini apabila tulisan Jawi menjadi tulisan utama masyarakat Nusantara sebelum kedatangan penjajah. Kitab-kitab pengajian di pondok-pondok ditulis dalam tulisan Arab dan Jawi serta menjadi tulisan utama masyarakat, sehinggalah tulisan rumi mengambil tempatnya sebagai tulisan utama. Justeru, artikel ini menganalisis aspek-aspek yang berkaitan dengan perkembangan seni khat, pembahagianya dan juga pengaruhnya terhadap tulisan Jawi di Nusantara.

Kata Kunci: Sejarah Seni Khat, Aksara Arab, Tulisan Jawi, Nusantara. ABSTRACT

Khat or Arabic calligraphy comes with its own history and forms. Khat as a medium from Arabic characters develops along the advancement of civilization. These Arabic characters are influenced from the Ancient Egyptian heroglif based on manuscripts found in Syria and Palestine. Originally, informal khat emerged as a way of writing Arabic before the emerging of Islam as in the khat of musnad and free-style khat. Later on, khat has developed and evolved into six face along with the spread of Islam, into among others; Nasakh, ThulusRiq’ah, Farisi or Nesta’liq, Kufi, and Diwani. In our part of history, khat writing was the sole medium of writings in language, way before the arrivals of “westerners”. These can be found in the materials from “pondoks” where one can clearly noticed the Arabic characters and Jawi writings. Thus, this article analyse the situation by understanding the development of khat, its parts and influences to Jawi in Nusantara.

Keywords: History of Khat, Arabic characters, Jawi writings, Nusantara

  ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

  

MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

PENDAHULUAN

Perkembangan tamadun sesuatu bangsa itu bermula dengan seni tulisan. Tulisan Arab telah bermula sebelum kedatangan Islam kira-kira kurun yang ke-17 sebelum masihi. Tulisan Arab terpengaruh daripada tulisan Mesir Kuno Heroglif. Flinders Petrie menyatakan bahawa penemuan manuskrip yang dijumpai di Syria dan Palestin adalah lebih mirip serta hampir kepada tulisan Arab dan disokong oleh Albright iaitu penulisan abjad serta aksara yang lebih baik ditemui sekitar 1450 sehingga 1550 sebelum Masihi (Zamri Ba’labka 1981). Tulisan Arab berkembang maju dan diserikan lagi dengan seni Khat yang mengindahkan serta melembutkan tulisannya. Pada asalnya huruf-hurufnya berbentuk simbol sebagaimana di dalam tulisan Nabati, yang mirip kepada tulisan Arab Kuno dan daripada situlah timbulnya gaya tulisan Kufi, Naskhi, dan Maghribiy (Zamri Ba’labka 1981).

Seni Khat secara tidak formal telah timbul sebagai gaya tulisan Arab sebelum kedatangan Islam dan disebut sebagai Khat Musnad atau khat gaya bebas. Namun seni khat semakin berevolusi menjadi lebih cantik selepas kedatangan Islam sehingga lahir seni dan gaya disebut yang dikenali sebagai aqlam al-Sittah iaitu merangkumi gaya seni Khat Nasakh, Khat Thulus, Khat Riq’ah, Khat Farisi atau Khat Nesta’liq, Khat Kufi dan Khat Diwani (Afif Bahnasiy 1979).

Seni khat telah memberi kesan yang sangat besar dalam evolusi tulisan Arab di mana faktor kedatangan Islam telah menjadi pencetus perubahan besar dalam tulisan Arab. Buktinya adalah penulisan Mushaf al-Quran yang pada asalnya ditulis dengan gaya Arab Kuno tanpa titik dan baris. Tulisan Melayu atau Jawi juga telah meminjam aksara-aksara Arab dan cara penulisan juga berdasarkan Khat Arab. Selain itu, masyarakat Jawa juga menggunakan tulisan Khat Arab melalui dialek bahasa serta penulisan mereka (Abd. al-Fattah Ubadah, t.t). Seni Khat menjadi penghias kepada dinding binaan seperti masjid, pejabat pentadbiran kerajaan, penulisan kitab-kitab dan penghias kepada rumah kediaman (Mustafa Hj Daud 1987).

Salah satu pelengkap kepada ketamadunan Islam melalui seni khat adalah kerana khat menjadi sumber penulisan utama dalam mushaf al-Quran semenjak zaman perkembangan Islam sehingga kini. Tambahan pula, bahasa Arab, tulisan Arab dan khat seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu Islam serta tersebar ke hampir seluruh pelusuk dunia (Mujahid Taufiq al-Jundi, 1993).

SEJARAH TULISAN ARAB

Tulisan Arab berkembang bersama-sama dengan bahasa dan gaya penulisan mereka. Sebab itulah bangsa Quraisy merupakan kabilah Arab yang tersusun cara penulisan serta gaya bahasa mereka. Sebagaimana yang diketahui umum, bahasa al-Quran merupakan bahasa Arab yang terbaik serta mempunyai kaedah dan Imla’ penulisan yang cukup sistematik.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar timbulnya tulisan serta huruf Arabiyah. Hal ini demikian kerana timbulnya penulisan huruf-huruf seperti al-Nabati sebagaimana yang tercatat pada batu nisan yang ditemui pada kubur Aidu Bin Kahilu dan ada menyatakan bahawa tulisan Arab mula ditulis oleh Maramarah Bin Marrah dan Aslam Bin Sadrah. Pendapat yang lain menjelaskan bahawa penulisan aksara Arab telah dibawa masuk ke Makkah oleh Bashar Bin Abd al-Malak yang menulis dengan huruf al-Nabati (Ahmad Sabri Zai’d 1999).

  ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

  31


MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

Menurut Ahmad Sabri Zai’d (2002), Mesir di era keIslamannya merupakan pencetus ketamadunan serta sejarah Islam. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Mesir masih menggunakan tulisan Heroglif sebagai tulisan harian mereka. Pengaruh kemasukan Islam telah menjadikan masyarakat Mesir ketika itu yang berbangsa Qibti telah terpengaruh dengan bahasa Arab sama ada dari percakapan sehinggalah mempengaruhi gaya penulisan orang Mesir.

PERMULAAN TULISAN ARAB

Tidak ada satu catatan khusus menjelaskan bila dan siapakah yang telah membuat atau mereka tulisan Arab. Namun tulisan Arab merupakan tulisan wahyu dan orang pertama menulisnya adalah Nabi Adam a.s. Tulisan Arab telah ditulis dalam berbagai-bagai buku. Namun setelah banjir besar surut, setiap bangsa telah menerima buku masing-masing dan Nabi Ismail a.s telah menerima buku bertulisan Arab dan menjadi bahasa pertuturan Nabi Ismail a.s sekaligus merupakan bahasa pertuturan asal bapanya iaitu Nabi Ibrahim a.s. (M. Ugur Derman 2000).

Jika diteliti, tulisan Nabati adalah asal-usul tulisan Arab kerana mempunyai huruf-huruf yang hampir sama dengan tulisan Arab yang digunakan sekarang. Ini berdasarkan helaian mushaf al-Quran yang ditulis pada zaman Khalifah Saiyidina Usman r.a telah ditulis dengan tulisan Khat Kufi Mushafiy yang tidak mempunyai titik ataupun baris. Perkara ini membuktikan perkembangan awal tulisan Arab adalah daripada pengaruh tulisan Nabati.

Satu penemuan oleh ahli arkeologi bertempat di padang pasir Lubnan iaitu di Gua Magharah wadi Surah, tulisan bangsa Arab purba berbentuk abjad seolah-olah tangan. Ahli sejarah menjelaskan, tulisan yang dijumpai berdasarkan tangan menunjukkan pada suatu ketika dahulu bangsa Arab yang berada di timur tengah telah melalui zaman yang bertamadun, sekaligus menyokong sejarah tulisan Arab telah wujud sekitar 1400 sebelum Masihi (Abu al-Abbas Ahmad al-Qalqashandy 1913).

Menurut Mahmood Hilmi (1991), masyarakat Arab terbahagi kepada dua iaitu bangsa Arab yang berada di timur serta selatan seperti bangsa Saba dan angsa Arab utara seperti bangsa Assyuriyah atau bangsa Babylon sebagaimana disebut di dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah 2:102 menyatakan mengenai bangsa Babylon yang telah bertamadun pada tahun1007 sebelum Masihi.

Maksudnya :

...Dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat : Harut dan Marut, di negeri

Babil (Babylon)... (al-Baqarah 2:102).

Selain itu, bangsa Assyuria juga dikenali sebagai bangsa Siryani dan juga Hirah telah mempelajari tulisan bangsa Hamir dari Yaman disebabkan berlakunya kehidupan berpindah- randah daripada kerajaan selatan ke utara. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Hamiriyah yang terletak di Yaman dan dikenali juga sebagai kerajaan Saba’ adalah sebahagian daripada bangsa Arab serta mempunyai pengaruh dalam penulisan dan percakapan bahasa Arab. Di dalam catatan Ibn Khaldun menyatakan bahawa bangsa Hamirah berkemungkinan adalah pencetus wujudnya tamadun Arab. Bahkan Ibn Khaldun menyatakan tulisan yang dapat dikesan sebagai jenis Khat

  ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

  32


MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

Musnad telah sampai kepada kaum Quraisy dan digunakan sewaktu era kebangkitan Islam adalah daripada Hirah iaitu sebuah kerajaan utara tanah Arab yang asalnya telah berpindah daripada Yaman ke kerajaan utara. Daripada bangsa tersebutlah maka lahir tulisan Nabati seterusnya diajarkan kepada penduduk Hijjaz dengan gaya Daumah al-Jundal dan aliran Iraq. Dalam catatan arkeologi, telah dijumpai tulisan Nabati sekitar tahun 328 Masihi dan tulisan Nabati yang hampir sama dengan tulisan Khat Kufi Mushafiy sekitar kurun 6 Masihi. Maka disebabkan itulah juga dikenali Khat Kufi iaitu sandaran kepada kerajaan utara bertempat di Kufah, Iraq (Ibrahim Jum’ah .)1981

TULISAN DI ZAMAN SEBELUM DAN SELEPAS ISLAM

Gaya serta bentuk khat samada Khat Musnad dengan tulisan Nabati atau dengan tulisan Khat Kufiy Mushafiy sangat berkait rapat dengan tulisan surat Rasulullah SAW kepada Raja Cycrus untuk mengajaknya kepada Islam (Ibrahim Jum’ah 1981).

Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab menulis tanpa menggunakan seni khat yang rapi dan cantik sebagaimana pada hari ini. Namun begitu, tulisan-tulisan mereka adalah asas kepada kelahiran pelbagai jenis khat yang cantik dan berseni. Tulisan yang timbul dan mempengaruhi gaya Khat Arab adalah seperti beberapa jenis tulisan iaitu Khat al-Hiiriy, Khat al-Anbaariy, Khat Makki dan Madaniy, Khat Kufi serta Khat Basriy. Kesemua tulisan tersebut telah digunakan untuk catatan sebelum dan pada awal kebangkitan Islam dan gaya serta lengguk tulisan kesemuanya adalah sangat berbeza.

Tulisan Arab sebelum zaman Perdana Menteri Hajjaj Yusuf al-Saqafiy di era empayar Muawiyyah iaitu Khalifah Marwan Bin Hakam, adalah tidak berbaris serta tidak bertitik, bahkan mushaf al-Quran yang digunakan oleh masyarakat Arab ketika itu masih Khat Kufi Mushaf. Secara umumnya, khat tersebut sukar dibaca oleh masyarakat selain Arab, bahkan memerlukan penelitian dan pemahaman yang benar-benar tentang kaedahnya (Afif Bahnasiy 1979).

Setelah kerajaan Islam semakin berkembang luas di luar tanah Arab, Islam bukan sahaja menjadi agama kepada bangsa Arab bahkan menjadi ikutan kepada kawasan-kawasan takluk kerajaan Islam pada ketika itu. Timbul masalah dari segi pembacaan al-Quran disebabkan wilayah- wilayah baru Islam bukanlah berbangsa Arab dan mereka bercakap dalam bahasa serta dialek masing-masing. Pembacaan al-Quran dengan menggunakan Khat Kufi Mushaf agar sukar difahami seperti pada kalimah فاقتلوا . Di dalam Khat Kufi Mushaf yang menjadi tulisan utama al-Quran saat itu, titik pada kesemua kalimah tersebut tidak ada, bahkan menjadi pertikaian bagi masyarakat Islam yang bukan berbangsa Arab membacanya dengan dua keadaan seperti فاقبلوا atau seperti di atas.

Maka Hajjaj Yusuf al-Thaqafiy telah mengarahkan seorang penulis iaitu Abi Aswad al- Du’ali untuk mencipta kaedah serta penulisan yang memudahkan kepada semua orang memahami bahasa al-Quran. Mushaf al-Quran yang digunakan sebelum itu adalah mushaf al-Quran sebagaimana di zaman pemerintahan Khalifah Othman. Bermula saat itulah al-Quran telah berkembang dengan baik iaitu mempunyai titik serta baris sehingga kini. Maka perkembangan tersebut juga turut menarik kepada perubahan seni khat dengan tujuan untuk mengindahkan lagi al-Quran dengan gaya tulisan yang cantik. Abi Aswad telah memutuskan huruf-huruf yang bersambung daripada kalimah yang asalnya bersambung, manakala huruf-huruf yang tidak dapat

ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

33

MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

bersambung dinamakan sebagai huruf Muqatta’ah, yang bermaksud huruf yang ditulis berasingan dan huruf tersebut satu sahaja iaitu huruf (ء) bermakna huruf tersebut tidak dapat direka oleh orang Arab moden (Mohd Bakhir Hj. Abdullah 2006).

Jelas menunjukkan bahawa keindahan seni khat itu belum lagi bermula semasa awal pemerintahan kerajaan Islam Bani Umayyah, namun tulisan khat bermula semasa akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah dan di awal pemerintahan Bani Abbasiyyah. Khat Kufi telah digunakan sebelum Islam dan pada zaman Rasulullah SAW sehinggalah berlakunya pembaharuan di dalam penulisan khat. Manakala tulisan Khat yang lebih cantik dan berseni telah berkembang semasa empayar kerajaan Umayyah (Ahmad Syuhan 2001).

PERKEMBANGAN SENI KHAT

Setelah pembaharuan serta evolusi berlaku dalam tulisan Arab, seni khat turut melalui zaman perubahan sehingga terhasilnya pelbagai gaya dan jenis tulisan khat. Perkembangan Islam ke seluruh rantau Arab, Eropah, Afrika, Hindi, China dan Asia Tenggara, telah membawa agama Islam bersama-sama seni khat untuk disebarkan kepada masyarakat. Pada asalnya tulisan Arab dan seni khat menjadi tulisan utama bangsa Arab, namun setelah wilayah Islam berkembang luas, aksara dan perkataan Arab turut mempengaruhi penulisan dan pertuturan warga setempat.

Sebagai contoh apabila Islam berkembang ke wilayah utara Afrika seperti Maghribi, Islam tidak sekadar menjadi agama bagi masyarakat di sana, tetapi turut berlaku migrasi budaya melalui perkahwinan, bahasa, adat budaya dan gaya penulisan. Bangsa Maghribi telah memperkenalkan sejenis gaya khat iaitu Khat Kufi Maghribiy berbentuk mirip Khat Kufi. Bahkan tulisan tersebut menjadi salah satu daripada tulisan khat yang diiktiraf. Selain itu, pengaruh Islam ke atas Turki, Parsi dan Hindi juga telah memberi kesan yang sangat mendalam terutama dari segi penulisan dan bahasa. Contohnya, bangsa Turki telah menggunakan aksara Arab sebagai penulisan bahasa Turki, begitu juga bangsa Parsi dan bangsa Hindi. Maka, kesan pengaruh tersebut membawa kepada timbulnya seni Khat Parsi atau Nasta’liq.

Asas seni Khat yang timbul pada awalnya hanya seni Khat Kufi, namun setelah perkembangan tulisan Arab yang begitu hebat, maka lahirlah pelbagai gaya khat bertujuan untuk mengindahkan lagi seni khat (Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy al-Khattat, 1939). Tujuan utama seni khat tidak sekadar menjadi tulisan pada dokumentasi rasmi kerajaan, bahkan sebagai penghias kepada dinding-dinding masjid, bangunan kerajaan, rumah persendirian dan pelbagai lagi. Bahkan seni khat menjadi tulisan rahsia kerajaan Turki Othmaniah bagi menyampaikan maklumat rahsia kerajaan (Mohd Bakhir Hj. Abdullah 2006).

Manakala di Nusantara, kedatangan Islam adalah seiring dengan percambahan ilmu di dalam Islam sama ada dari segi Fiqh, Tauhid, Tasawwuf dan Nahu. Tidak terkecuali seni khat turut menjadi pengajian utama masyarakat Islam di Nusantara yang mengandungi kerajaan Melayu Kelantan, Melaka, Pattani, Sulu, Jawa, Sunda dan Acheh. Kesan daripada pengaruh seni khat telah mempengaruhi gaya tulisan seni manuskrip di dalam kitab-kitab Jawi silam. Ini dapat dilihat di dalam Nazham Syair Shufi yang dikarang oleh Syeikh Ahmad al-Fathani sekitar tahun 1323 Hijrah yang ditujukan kepada Raja Kelantan telah menggunakan pelbagai jenis khat dan juga gaya tulisan tangan yang biasa. Contohnya, syair Syeikh Ahmad al-Fathani di Maqam ibn Abbas, gaya seni khat yang digunakan sangat mirip kepada gaya Khat Nasakh (Wan Mohd Shagir Abdullah, 1993).

ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

34

MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

Perkembangan seni khat telah membawa sebuah tamadun Islam yang hebat bukan setakat di timur tengah bahkan sehingga di Nusantara. Hal ini demikian kerana sesuatu bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang telah mempunyai sistem tulisan yang mantap dan daya pemikiran yang maju. Kesan kemasukan Islam bersama dengan ilmu-ilmunya telah mendidik manusia untuk lebih berakhlak serta berintegriti dalam ilmu serta pekerjaannya. Justeru, perkembangan seni khat tidak terhenti sekadar seni hiasan semata-mata, bahkan menjadi perkara penting dalam pengdokumentasian pengajian Islam dan salasilah sesebuah kesultanan.

JENIS JENIS KHAT AQLAM AL-SITTAH

Seni khat mempunyai pelbagai gaya yang cantik serta aliran pandangannya. Seni khat yang utama disebut sebagai A’qlam al-Sittah, bermaksud enam jenis khat. Jenis khat tersebut adalah Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Riq’ah, Khat Diwani, Khat Kufi dan Khat Farisy atau disebut juga sebagai Khat Nasta’liq (Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy al-Khattat 1939). Walaupun ada pecahan seni khat kepada beberapa jenis seperti Khat Ijazah, Khat Kufi Maghribi, Khat Muhaqqaq, Khat Syikastesh, Khat Kufi Andalusi, Khat Thuluth Jali, Khat Thuluth A’diy, Khat Diwani Jali, dan banyak lagi tetapi kebanyakannya telah pupus penggunaannya seperti Khat Riqa’.

KHAT KUFI

Khat Kufi merupakan sejenis khat yang tertua dan mempunyai banyak pecahan. Sesetengah penulis khat menyatakan bahawa Khat Kufi adalah berasal dari tulisan Nabati, Hirah dan Anbari. Dinamakan sebagai Khat Kufi disebabkan khat tersebut terkenal di daerah Kufah, Iraq. Pada zaman awal kebangkitan Islam, para sahabat telah menggunakan khat ini untuk menyalin mushaf, menulis surat untuk dihantar kepada kerajaan-kerajaan besar seperti Kisra di Parsi, Hercules di Rom dan raja Mesir. Khat ini tersebar sehingga pelusuk Arab bahkan telah lahir gaya setempat seperti Khat Kufi Maghribi atau Khat Kufi Andalusi (Yahya Wahhab al-Jabburi 1994).

Sebelum wilayah Islam belum tersebar luas, Khat Kufi adalah tulisan yang tidak mempunyai titik ataupun baris, bahkan tulisan Kufi ini mempunyai dua cabang pecahannya iaitu ditulis secara bebas yang disebut sebagai gaya Tahrir ataupun secara menggunakan geometri iaitu menggunakan ukuran berserta darjah kesesuaian.

Namun, pada zaman sekarang, khat ini bukan sahaja sebagai tulisan berseni, tetapi khat ini juga menjadi perhiasan untuk rumah-rumah kediaman, masjid dan logo perniagaan. Khat Kufi yang dimaksudkan adalah Khat Kufi Murabba’. Di Malaysia, gaya Khat Kufi Murabba’ semakin mendapat tempat untuk masyarakat terutama mereka yang meminati seni kontemporari.

KHAT NASAKH

Khat Nasakh merupakan seni khat yang sangat halus bahkan menjadi gaya yang paling mudah untuk dibaca serta difahami. Hal ini demikian kerana Khat Nasakh merupakan tulisan utama untuk mushaf al-Quran memandangkan gaya khat yang lain agak sukar untuk difahami melainkan jika seseorang itu mendalaminya.

  ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

  35


MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

Sesetengah ulama menyatakan bahawa Khat Nasakh merupakan perubahan daripada Khat Kufi, namun dari segi permulaannya serta siapakah yang mula-mula mengubah Khat Kufi yang dikenali juga sebagai Umm al-Khat kepada Khat Nasakh masih lagi dalam perbahasan. Penulis yang pertama mencetuskan perubahan tersebut adalah Abu Ali Muhammad Bin Ali Bin Muqlah atau dikenali sebagai Ibn Muqlah (228 H), kemudian penulis khat pada zaman selepas Ibn Muqlah adalah Ali Bin Hilal atau dikenali sebagai Ibn al-Bawwab (413 H) merupakan individu bertanggungjawab menjelaskan lagi gaya Khat Nasakh yang diubah oleh Ibn Muqlah dari Khat Kufi kepada Khat Nasakh atau ketika itu masih dikenali sebagai Khat Badi’.

Namun ada sesetengah ulama telah menolak pandangan bahawa Ibn Muqlah merupakan orang yang mencetuskan perubahan gaya Kufi kepada Nasakh. Hal ini kerana Khat Nasakh telah lama digunakan sebelum zaman Ibn Muqlah lagi iaitu berdasarkan penemuan surat Imam al- Syafi’e yang telah ditulis pada tahun 265 Hijrah lagi. Ulama Hijjaz menolak pandangan bahawa Khat Nasakh adalah perubahan daripada Khat Kufi, bahkan ulama yang berpandangan sedemikian juga menjelaskan bahawa Khat Nasakh adalah sejenis Khat Kufi yang dipecahkan dan ditulis daripada Khat Nabati (Mujahid Taufiq al-Jundi 1990).

Sesetengah ulama menjelaskan bahawa penulisan khat yang hampir mirip kepada Khat Nasakh mula ditulis oleh Zaid Bin Thabit seorang penulis wahyu dan juga sahabat Rasulullah SAW. Dikatakan bahawa Khat Nasakh merupakan aliran beliau dan merupakan sejenis Khat yang telah lama wujud seiring dengan Khat Kufi ((Mujahid Taufiq al-Jundi 1990).

KHAT THULUTH

Khat Thuluth merupakan gaya khat yang cukup indah, bahkan kecantikan gaya khat ini bukan setakat tujuan dokumentasi, bahkan menjadi hiasan kepada dinding masjid, kelambu Ka’abah dan bangunan-bangunan kerajaan. Khat Thuluth adalah pecahan daripada cabang Khat Kufi. Khat Kufi yang hampir sama dengan Khat Thuluth adalah Khat Tumar. Orang yang telah melakukan pembaharuan sehingga melahirkan seni Khat Thuluth adalah Ishaq Bin Ibrahim dan sebelum daripada beliau adalah Ibn Muqlah. Kemudian Khat Thuluth makin diindahkan lagi oleh Yazidi (922 H), Ibn Sa’ad (410 H), dan Ibn Bawwab (Afif al-Bahnasiy 1979).

Apabila memasuki empayar kerajaan Turki Othmaniah, gaya Khat Thuluth telah dipecahkan kepada dua jenis, iaitu gaya A’diy iaitu gaya Thuluth biasa, kemudian gaya Jaliy. Maksud gaya Jaliy adalah tulisan Thuluth telah diperbesarkan penulisan asalnya oleh Mustafa Raqim, kemudian tulisan Thuluth telah dikemaskan dengan kaedah Masyaq oleh Muhammad Syauqi Afendi (1304 H). Seni Khat Thuluth ditulis dengan perlahan berbanding dengan seni Khat yang lain menyebabkan Khat Thuluth lebih utama penggunaannya dalam penghasilan karya seni berbanding khat yang lain (Mustafa Ughur Darman, 1999).

KHAT RIQA’AH

Khat Riqa’ah adalah tulisan pantas serta ditulis di atas daripada garisan lurus melainkan beberapa )ج, ح, aksara huruf sahaja yang ditulis daripada atas garisan ke bawah daripada garisan iaitu huruf Khat ini mula diperkenalkan semasa era kerajaan Turki Othmaniah semasa pemerintahan .خ, ع,غ,م( Sultan Abd al-Majid Khan (1280 H). Penulis Khat yang telah mula menulis gaya Khat Riqa’ah

adalah Mumtaz Bik berbangsa Turki (Mohd Bakhir Hj. Abdullah 2006). 36

ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.



MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

Khat Riqa’ah dan Khat Diwani adalah dua jenis khat yang lahir pada zaman kerajaan Turki Othmaniah dan kedua-dua jenis khat tersebut mempunyai kaedah yang saling bercampur. Khat Riqa’ah ditulis dengan pantas dan matanya agak tebal. Walaupun setiap loh hurufnya tebal, namun Khat Riqa’ah mempunyai kesenian yang tersendiri. Tulisan ini boleh didapati dalam penulisan dokumentasi serta manuskript. Khat Riqa’ah juga terkenal di Mesir dan negara utara Afrika.

KHAT DIWANI

Khat Diwani atau dikenali juga sebagai Khat al-Sultan disebabkan khat ini turut dipelajari oleh sultan-sultan zaman kerajaan Turki Othmaniah. Tulisan tersebut menjadi tulisan rahsia kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada gabenor-gabenor mereka demi mengelakkan rahsia kerajaan bocor ke tangan musuh yang berkemungkinan berniat jahat kepada kerajaan Islam. Khat Diwani terbahagi kepada dua jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Jaliy.

Khat Diwani mula diperkenalkan oleh Ibrahim Munif seorang penulis khat selepas pembukaan kota Istanbul (Constantinople), kemudian disusun kaedah penulisannya oleh Mumtaz Bik (1280 H) sehingga menjadi tulisan yang senang dibaca. Bangsa Turki amat berbangga dengan tulisan Khat Diwani dan tulisan ini telah tersebar ke seluruh wilayah taklukan kerajaan Turki Othmaniah (Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy al-Khattat 1939).

KHAT TA’LIQ FARISI

Khat Ta’liq atau dikenali juga sebagai Khat Farisi merupakan gaya khat yang agak berbeza gaya penulisan dan kecondongannya berbanding khat yang lain. Khat Farisi kecondongannya lebih ke kiri daripada atas menjadikan seni tersebut agak unik (Mahdi Syed Mahmud 2005).

Mengikut Afif al-Bahnasiy (1979), Khat Ta’liq mula ditulis oleh Hasan al-Farisi sekitar abad ke-4 Hijrah dan menjadi tulisan utama bagi mereka yang berbangsa Farsi dan juga mempengaruhi bangsa Hindi. Sesetengah pendapat menyatakan Khat Farisi juga dikenali sebagai Khat Urdhu. Jika dilihat kepada pertandingan Khat Antarabangsa yang dianjurkan IRCICA bertempat di Turki, kebiasaannya pemenang kategori Khat Farisi ini akan didominasikan oleh peserta daripada Iran dan Turki. Hal ini disebabkan Khat ini menjadi tulisan utama bangsa Iran dan menjadi tulisan utama untuk rakyat Turki bersama-sama Khat Diwani dan Khat Ta’liq.

Tulisan ini masyhur di Pakistan, India, Afghanistan dan di Turki. Sultan Ali al-Mashudi telah mengindahkan lagi Khat Farisi dan antara tokoh yang memperbaharui khat ini adalah Mir Imad al-Husni di Iran serta Muhammad al-Yasari di Turki (Ahmad al-Dzahabi 1989).

PENGARUH TULISAN ARAB DAN SENI KHAT DI NUSANTARA

Setelah Islam tersebar ke seluruh wilayah Semenanjung Tanah Arab, para pedagang Arab turut memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di seluruh rantau Asia. Bahkan kesan daripada kemasukan Islam ke sesuatu wilayah turut mempengaruhi cara hidup, bahasa dan budaya hidup masyarakat setempat. Sebagai contoh, kemasukan Islam ke negara Mesir, telah mengArabkan kehidupan masyarakat Mesir berbangsa Qibti ketika itu. begitu juga dengan masyarakat Melayu, sebelum kemasukan Islam adalah bangsa yang menganut kefahaman

  ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

  37


MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

Anamisma dan beragama Hindu. Pengaruh daripada agama Hindu telah membentuk sosio kehidupan masyarakat sama ada dari segi kebudayaan, tulisan serta pegangan adat.

Masyarakat Melayu pada ketika itu berada dalam wilayah jajahan Srivijaya, iaitu sebuah kerajaan Hindu yang berpusat di Sumatera. Keseluruhan wilayah jajahan Srivijaya seperti Tanah Melayu, Kepulauan Borneo, Selatan Pattani dan beberapa kepulauan Nusantara menggunakan bahasa Sanskrit dan penulisan ketika itu menggunakan tulisan Pallava dan tulisan Kawi (Asmah Haji Omar 2005).

Selain bangsa Melayu, orang Bugis juga mempunyai gaya penulisan tersendiri yang dikenali sebagai tulisan Lontara iaitu tulisan yang ditulis di atas daun lontar. Kebanyakan masyarakat Nusantara ketika itu mempunyai struktur tulisan masing-masing. Contohnya tulisan Pallava adalah tulisan yang ditulis di dalam kitab epik kuno agama Hindu dan tulisan tersebut dibawa dari India (Asmah Haji Omar 2005). Di dalam beberapa catatan sejarah telah menjelaskan tulisan Melayu berbentuk tulisan Pallava telah ditemui di kepulauan Bangka sekitar abad ke-7 Masihi.

Kemasukan Islam di Tanah Melayu telah dicatatkan oleh beberapa sumber dan penemuan artifak. Salah satu sumber kemasukan Islam ke Tanah Melayu adalah berdasarkan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 22 Februari 1303 Masihi. Mengikut Syed Naquib al-Attas (1990), dengan penemuan batu bersurat tersebut adalah menjadi bukti bahawa Islam telah bertapak di Tanah Melayu sebelum abad ke-14 dan kerajaan Islam telah berkembang pesat sekitar kurun ke-13 Masihi. Manakala pandangan Hamka, Fatimi dan Arnold berpendapat Islam telah bertapak di alam Melayu seawal-awal kurun ke-7 Masihi berdasarkan penemuan syiling dari pemerintahan kerajaan Abbasiyah bertarikh 848 Masihi di Kedah, batu bersurat bertulisan Arab bertarikh 1035 Masihi dan batu nisan bertarikh 1039 Masihi di Phan Rang Champa atau Kemboja pada hari ini (Badrane Benlahcene 2005).

PENGARUH ASKARA ARAB TERHADAP PENULISAN BAHASA MELAYU

Menurut pandangan Stamford Raffles (1982), masyarakat Melayu sebelum kemasukan Islam telah menggunakan aksara Jawa dalam penulisan mereka, kesan daripada pertembungan dua peradaban iaitu Jawa dan India, telah menghasilkan tulisan Jawa iaitu aksara yang dipinjam dari perkataan Sanskrit ataupun tulisan Pegon, sebelum itu bangsa Jawa tidak mempunyai aksara huruf mereka tersendiri.

Pengaruh Jawa telah meresap dalam masyarakat Melayu sehinggalah kedatangan Islam telah merubah ketamadunan Melayu dan terbentuk sebuah kerajaan Melayu Islam yang kuat seperti kerajaan Islam Pasai, kerajaan Islam Melaka dan kerajaan Islam Acheh. Sebelum kedatangan Islam, bahasa Melayu kuno dan tulisan Melayu lama hanya digunakan oleh orang- orang kaya dan pembesar setempat sahaja. Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah aqidah, bahkan merakyatkan bahasa Melayu, tulisan Melayu dan sosio kehidupan bermasyarakat.

Penyerapan aksara tulisan Arab kedalam bahasa Melayu dan tulisan Melayu merupakan tanda Islam telah menjadi adat dan budaya terhadap masyarakat. Menurut Abd al-Fattah Ubadah (t.t), masyarakat Melayu sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Islam di Melaka telah menggunakan tulisan Arab sebagai tulisan kepada bahasa Melayu bahkan bahasa Melayu ketika

  ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

  38


MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

itu telah pun menerima beberapa kalimah Arab dalam bahasa pertuturan perdagangan dan beberapa pandangan menjelaskan bahawa tulisan Melayu adalah sama dengan tulisan masyarakat di Sumatera, manakala di Jawa adalah sangat berbeza. Hal ini memandangkan bangsa Jawa tidak mengubah bahasa mereka melainkan menggunakan aksara Arab sebagai penulisan bahasa Jawa, begitu juga bangsa Sunda yang menggunakan aksara Arab dalam penulisan bahasa mereka.

Selain itu, sebelum kedatangan Islam, bahasa Melayu menggunakan bahasa Sanskrit dan selepas Islam memasuki Tanah Melayu dan Melaka, pengaruh Islam telah merubah bahasa dan juga penulisan bangsa Melayu. Bangsa Melayu telah menambah beberapa aksara huruf Arab untuk disesuaikan dengan bahasa mereka iaitu seperti huruf ج tetapi diletakkan tiga titik maka bunyinya sebagai Cha’ , huruf غ diletakkan tiga titik maka bunyi Nga, huruf ف diletakkan tiga titik maka bunyinya Pa, dan huruf ن diletakkan tiga titik maka bunyinya Nya. Manakala bangsa Jawa telah menggunakan istilah tulisan Arab sebagai Arab Gundul kerana mereka tidak mengubah bahasa mereka semasa menulis menggunakan aksara Arab.

Menurut Wan Ahmad Shaghir Abdullah (1997) di dalam penulisan beliau iaitu iaitu “Tulisan Melayu/ Jawi Dalam Manuskrip Dan Kitab Bercetak: Suatu Analisis Perbandingan” telah menyatakan bahawa Syeikh Ahmad turut menyokong istilah tulisan Melayu berbanding tulisan Jawi dan pandangan ini sama seperti Abd. al-Fattah Ubadah seorang pengkaji daripada al-Azhar.

PENGARUH SENI KHAT DALAM TINGGALAN MANUSKRIP DI NUSANTARA

Penemuan batu bersurat di Terengganu contohnya, menggunakan campuran seni Khat Kufi Mushaf dan Khat Nasakh kerana ditulis dengan resam huruf yang tidak mempunyai titik ataupun baris. Ini menguatkan lagi pandangan bahawa seni khat telah memasuki alam Melayu seiring dengan kemasukan Islam dan berkemungkinan besar adalah pada zaman kerajaan Bani Umayyah iaitu sebelum Bani Abbasiyyah.

Seterusnya pada manuskrip lama Melayu yang menulis berkaitan Hukum Kanun Pahang, ditulis dengan seni Khat Nasakh. Menurut Peter Riddell, manuskrip lama Melayu yang ditulis sekitar abad ke-14 dan 15 tidak mampu untuk bertahan lama adalah disebabkan iklim alam Melayu yang panas dan lembap. Justeru, penghasilan manuskrip mula dipelihara sekitar abad ke-16 disebabkan sebelum itu belum ada sistem penjagaan manuskrip (Arba’iyah Mohd Nor 2013).

Seni khat yang kebiasaan digunakan dalam penulisan di alam Melayu seperti Hukum Kanun Pahang yang pada zaman Sultan Abdul Ghafur Mahaiyuddin Shah (1592-1616 Masihi) adalah gaya Khat Nasakh serta mempunyai gaya iluminasi pada zaman kerajaan Turki Othmaniah. Manakala manuskrip lain seperti Taj al-Salatin yang mempunyai 24 fasal yang menjelaskan kejadian manusia, konsep ketuhanan, keadilan raja, akhlak serta hari qiamat, gaya penulisan yang digunakan mirip kepada Khat Nasakh dan campuran Khat Ta’liq dan Khat Nasakh.

Manakala mushaf al-Quran tulisan tangan yang ditemui di alam Melayu sekitar tahun 1288 Hijrah kepunyaan Sultan Zainal Abidin Terengganu menyerlahkan lagi keindahan seni khat yang digunakan untuk menyalin mushaf al-Quran tersebut adalah Khat Nasakh.

Bukti pengaruh khat telah menjadi medium utama dalam penyalinan surat, ataupun bahan- bahan bercetak tercatat pada penulisan Nazam Syair Syeikh Ahmad al-Fathani iaitu Risalah Fi Ta’rif Hudud al-Ulum menunjukkan penulisan khat pada kitab tersebut adalah Khat Nasakh dan ada sedikit tulisan Khat Ta’liq dan juga Khat Riqa’ah (Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fathani,

ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

39

MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

1292). Penemuan manuskrip serta kitab cetakan Melayu lama menjelaskan bahawa seni khat sangat penting sebagai medium utama dalam penyampaian ilmu di kalangan masyarakat. Justeru tidak hairanlah masyarakat Melayu dahulu kala adalah bangsa yang sangat berpegang teguh dengan keIslaman mereka disebabkan kehidupan bangsa Melayu sentiasa bersama al-Quran dan juga ilmu-ilmu Islam.

KESIMPULAN

Seni Khat dalam penulisan Jawi adalah sangat rapat dengan masyarakat Islam di Tanah Melayu, begitu juga dalam dunia Islam. Seni khat mempamerkan imej ketamadunan sesebuah tamadun Islam daripada permulaannya sehinggalah kepada saat kegemilangannya. Namun kini, pemahaman serta penghayatan seni khat semakin berkurangan adalah disebabkan penghapusan tulisan Jawi melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

Selain itu, pembudayaan Jawi dan Khat, contohnya di Kelantan tidak terbatas kepada fizikal semata-mata, tulisan khat juga telah dijadikan kepala surat dalam urusan rasmi kerajaan seperti minit mesyuarat kerajaan negeri, surat menyurat, teks ucapan, serta beberapa dokumen penting kerajaan adalah ditulis dengan tulisan Jawi (Nik Abdul Aziz Nik Mat, 2005). Pelbagai aktiviti, pembudayaan serta peranan kerajaan negeri dalam menghidupkan Jawi dan khat telah dijalankan yang akhirnya menyebabkan seni khat dan tulisan Jawi disemarakkan semula.

Justeru, kewujudan program J-Qaf di sekolah-sekolah dan peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat sangat penting menjadi pihak yang bertanggungjawab mengadakan program serta penstrukturan kembali tulisan Jawi agar kembali menjadi penulisan rasmi masyarakat dan urusan rasmi negara

RUJUKAN

Abd. al-Fattah Ubadah, t.t. Intisyar al-Khat al-Arabiy, Kaherah: Maktabah al-Kulliyyah al- Azhariyyah.

Abdul Rahman al-Ahmadi, 2003. Perluasan Penggunaan Tulisan Khat (Jawi) Sebagai Lambang Dan Hiasan, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Dan Warisan Malaysia.

Abu al-Abbas Ahmad al-Qalqashandy, 1913. Subhu al-A’sya Fi Sina’ah al-Insya, Kaherah: Dar al-Kutub al-Khadawiyyah.

Afif Bahnasiy, 1979. Jamaliyah Fan al-A’rabiy, Kuwait: Salsilah Kutub al-Thaqafiah Syahriyah Yasdiruha al-Majlis al-Watoniy Li al-Athaqafah wa al-Funnu wa al-Adab.

Ahmad al-Dzahabi, 1989. al-Khat al-A’rabiy Arqa al-Funnun wa Anbaliha, Lubnan: Dar al- Syimal.

Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fathani, 1292 H. Risalah Fi Ta’rif Hudud al-Ulum, Makkah: Matba’ah al-Miriyah al-Kainah.

Ahmad Sabri Zai’d 1999. “Tarikh al-Khat al-A’rabiy Wa A’lami al-Khattatin”, Kaherah: Dar al- Fadhilah.

Ahmad Sabri Zai’d, 2002. “Fann Kitabah A’anawiin al-Kutub Li Riwwad al-Khat al-A’rabiy”, Kaherah: Dar al-Fadhilah.

  ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

  40


MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

Ahmad Syuhan, 2001. Rihlat al-Khat al-A’rabiy Min al-Musnad Ila al-Hadith, Dimasyq: Ittihad al-Kitab al-A’rabiy.

Arba’iyah Mohd Nor, 2013. Menelusuri Manuskrip Jawi, Kuala Lumpur: Kota Buku.

Asmah Haji Omar, 2005. Alam Dan Penyebaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Badrane Benlahcene, 2005. The Massage in Malay World, The Arrival Of Islam In Southeast Asia,

Kuala Lumpur: IAMM.

Hj. Wan Mohd Shagir Abdullah, 1993. Penjelasan Nazham Syair Shufi Syeikh Ahmad al-Fathani

Jawapan Surat Raja Kelantan Thariqah Ahmadiyah Analisis Perbandingan Karya

Beberapa Tokoh, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Hukum Kanun Pahang, 1592. Kuantan: Koleksi Muzium Negeri Pahang.Ibrahim Jum’ah, 1981.

Qissah al-Kitabah al-A’arabiyah, Kaherah: Dar al-Makrifah.

Jalal al-Din al-Mahilli, Jalal al-Din al-Sayutie, t.t. Tafsir al-Jalalain, Madinah al-Munawwarah:

Saudi Arabiyya.

Kateloj al-Liwahat al-Faizah Fi Musabaqah al-Dauliah al-Sabi’ah Li Fan al-Khat Bi Ismi Hasyim Muhammad al-Baghdadi, Istanbul: Ircica.

Kementerian Dalam Negeri, 1996. Tajwid al-Quran, Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri. M. Ugur Derman, 2000. Fann al-Khat, Istanbul: The Research Centre For Islamic History Art And

Culture.

Mahdi Syed Mahmud, 2005. Aalim Nafsak al-Khuttut al-A’rabiah, Kaherah: Maktabah ibn Sina. Mahmood Hilmi, 1991. Tatouwwur al-Khatti al-A’arabiy Min al-Jahiliyyah Hatta Dzuhuri al-

Islam, Iskandariyyah: Bafiran Jirafiks.

Mohd Bakhir Hj. Abdullah, 2006. Artikel yang diperbentangkan dalam Seminar Serantau Dakwah

dan Kesenian, Sumbangan Kaligrafi Arab Dalam Kesenian Islam Satu Kajian Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pengajian Islam Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan.

Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy al-Khattat, 1939. Tarikh Khat al-A’rabiy Wa Adabihi, Hijjaz: Mathba’ah al-Tijariyah al-Hadithiyah.

Mohd Yusof Bin Bakar, 2013. Temuramah Bersama Beliau Di Kediamannya Di Petaling Jaya, Pada 20 April 2013 (Temuramah).

Mujahid Taufiq al-Jundi, 1990. al-Khat al-A’rabiy Wa Adawat al-Kitabah, Kaherah: Mausu’ah al- Funun al-Islamiah.

Mujahid Taufiq al-Jundi, 1993. Mausu’ah al-Funnun al-Islamiyyah al-Khat al-A’rabiy wa Adawat al-Kitabah, Kaherah : al-Azhar.

Mushaf al-Quran Tulisan Tangan, Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Negara.

Mustafa Hj Daud, 1987. Pengantar Tamadun Islam, Kuala Lumpur : Media Indah SDN. BHD. Mustafa Ughur Darman, 1999. Amsyaq al-Khattat Muhammad Syauqi fi al-Thuluth wa al-Nasakh,

Istanbul: International Commission For The Preservation Of Islamic Cultural Heritage. Nik Abdul Aziz Nik Mat, 2005. Teks Ucapan YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan Di Majlis Seminar Bio TeknologiDan Bio-Diversiti Negeri Kelantan, Kota Bharu: Setiausaha

Kerajaan Negeri Kelantan.

Raffles, Thomas Stamford, 1982. The History Of Java, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

  ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

  41


MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 18: 30-42 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim

Rais Yatim, 2006. Pembudayaan Tulisan Jawi, Kuala Lumpur: Menteri Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia.

Raja Muda Jambu, 1898. Manuskrip Asal Surat Raja Muda Jambu Kepada Syed Wan Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fathani, Kota Bharu: Muzium Negeri Kelantan.

Rogayah A. Hamid, 2006. Kesultanan Melayu Kelantan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Surat Sultan Kelantan kepada Syeikh Wan Ahmad bin Haji Wan Din al-Fathani Mengenai Thariqat Yang Masuk Ke Kelantan, tarikh 14 Ramadhan 1323 Hijrah.

Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1990. Islam Dalam Kebudayaan Dan Sejarah Melayu, Petaling Jaya: ABIM.

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, edisi kesepuluh, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, 2000)

Taj al-Salatin, t.t, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Wan Mohd Saghir Abdullah, 1997. Tulisan Melayu/Jawi Dalam Manuskrip Dan Kitab Bercetak:

Satu Analisis Perbandingan, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara.

Wan Mohd Shagir Abdullah, 1993. Penjelasan Nazham Syair Shufi Syeikh Ahmad al-Fathani Jawapan Surat Raja Kelantan Thariqah Ahmadiyah Analisis Perbandingan Karya

Beberapa Tokoh, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Yahya Wahhab al-Jabburi, 1994. al-Khat wa al-Kitabah fi al-Hadharah al-A’rabiyyah, Beirut:

Dar al-Gharb al-Islamiy.

Zamri Ba’labka, 1981. al-Kitabah al-A’rabiyyah wa al-Samiyyah, Beirut: Dar al-Ilmi Lilmalayyin.

  ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

© Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE.

  42



Read more...

Kaligrafi sebagai Media Dakwah Islam




Kaligrafi sebagai Media Dakwah Islam 

Muhammad Syakir NF Senin 5 Oktober 2020 13:30 WIB BAGIKAN: Islam tersebar ke berbagai penjuru dunia melalui beragam media, salah satunya seni. Kesenian memiliki macam-macam jenis, seperti sastra, lagu, lukis, hingga kaligrafi. Kesenian terakhir ini menjadi salah satu yang diperlombakan dalam ajang Musabaqah Tilawatil Qur’an (MTQ). Perlombaan ini juga terus mengalami perkembangan.

Karenanya, peran serta kaligrafi dalam dakwah Islam tidak bisa dinafikan. Untuk mengetahui lebih dalam mengenai hal itu, Pewarta NU Online Muhammad Syakir NF menemui H Didin Sirojuddin AR, Sang Maestro Kaligrafi Indonesia, saat menjadi dewan hakim pada MTQ Jawa Barat di Subang. Ia aktif menjadi juri pada ajang MTQ cabang kaligrafi di tingkat wilayah, nasional, hingga internasional. Dosen UIN Syarif Hidayatullah Jakarta ini juga merupakan pendiri pesantren kaligrafi pertama di Indonesia, yakni Pesantren Lembaga Kaligrafi Al-Qur’an (Lemka) yang terletak di Sukabumi, Jawa Barat. Kenapa kaligrafi ini diperlombakan? Apa ada tujuan khusus sehingga lomba kaligrafi perlu dilakukan? Kaligrafi dikompetisikan dilombakan dan dipamerkan itu dalam rangka lebih meningkatkan posisi tawar dan kenal terhadap seni Islam sendiri. Kaligrafi disebut seninya seni Islam.Puncak dari seni Islam itu adalah kaligrafi. Kenalkita kepada kaligrafi itu apabila ada usaha-usaha mengenalkan dan cara cara mengenalkan kaligrafi itu antara lain dengan kompetisi yang sekarang itu sangat aktif di dunia.

Sumber: https://www.nu.or.id/post/read/123646/kaligrafi-sebagai-media-dakwah-islam

Sumber: https://www.nu.or.id/post/read/123646/kaligrafi-sebagai-media-dakwah-islam

 Ketika Islam masuk, masyarakat muslim yang belajar dikasih pelajaran membaca Al-Qur’an dan pelajaran membaca Al-Qur’an dalam forum thalabul ilmi itu diiringi dengan menulisnya, bahkan kitab-kitab yang dipelajari oleh para santri terdahulu itu selalu diberi syarah, uraian dari kalimat-kalimat yang ada di dalamnya dengan kaligrafi yang indah menurut ukuran pada waktu itu. Kaligrafi sudah dikenal di negeri ini sejak Islam dikenal.Tentu saja belum seperti jenis-jenis yang dikenal saat ini. Adapun kaligrafi yang kita ketahui dari abad 16 itu hanyalah dalam naskah-naskah Al-Qur’an. Kemudian ada surat-surat perjanjian atau yang disebut qaulul haq bagi baik perjanjian dagang maupun politis. Yang ditulis di situ biasanya menggunakan jenis tertentu.Yang paling banyak digunakan itu naskhi, tsulus, dan peranakannya. Itu berarti jenis kaligrafi yang indah itu sudah dikenalkan dalam scope (cakupan) yang terbatas, tetapi belum menular kepada seluruh komunitas Muslim.

 Apakah ada periodisasi dalam proses pengenalan kaligrafi kepada Muslim Indonesia itu? Ada empat periode. Periode perintis di awal-awal Islam masuk sampai pesantren tua.Di masa ini, kita tidak mengenal tokoh kaligrafi, tetapi ada. Terbukti dengan adanya naskah-naskah tua itu tadi, berarti ada khattat (kaligrafer) itu, tetapi tidak populer seperti zaman sekarang karena perguruan kaligrafi belum ada pada waktu itu. Periode kedua itu periode angkatan orang-orang pesantren. Nah, sejak itu kemudian lahirlah pesantren-pesantren yang diantaranya mengajarkan kaligrafi secara resmi gitu, tetapi yang diajarkan waktu itu baru terbatas.   Umumnya pada sekitar naskhi karena naskah itu merupakan kaligrafi pokok untuk di tanah air kita.Ya ditambah lagi riq’ah karena riq’ah diperlukan untuk menulis cepat. Berarti hanya dua yang paling banyak digunakan dan itu pula yang dikenal luas di mana-mana. Kemudian pada periode kedua ini,di pesantren itu mulai muncullah usaha-usaha untuk menjadikan kaligrafi sebagai tujuan estetis gitu. Artinya tidak semata bersifat fungsional. Dengan adanya tulisan-tulisan kaligrafi pada masjid, misalnya, dengan bentuknya yang sederhana tentu. Sampai abad awal 19 itu, masjid belum dikenal dengan kaligrafinya, tetapi memang ada masjid-masjid tua seperti Jogja sudah ada tulisan kaligrafi diukir, ada juga di bedug-bedug, bahkan ada aliran kaligrafi yang disebut kaligrafi macan Ali. 

  Nah, macan Ali itu kaligrafi dalam bentuk macan baik wajahnya maupun tubuhnya, isinya ungkapan tentang kesaktian Ali bin Abi Thalib Ali dan keluarganya Fatimah, Hasan, Husein.Itu masuk ke lingkup kaligrafi macan Ali. Karena itulah, yang banyak ditulis terutama di wilayah Cirebon karena orang-orang Cirebon itu, waktu itu dan mungkin sekitarnya serta orang berguru ke Cirebon itu,mengagungkan Ali sebagai manusia yang punya kehebatan dan kesaktian sehingga kaligrafinya juga kaligrafi macan Ali waktu itu. Dari kalangan Pesantren ini pula, nanti akan lahir mushaf-mushaf yang terus ditulis, terutama sejak abad 17-18 itu mulailah banyak mushaf ditulis di berbagai tempat yang lokasinya itu bisa diurut dari wilayah Ternate, Tidore terus-terus sampai ke wilayah barat itu Aceh, Cirebon termasuk disebut ada juga Makassar. Mulailah mushaf itu ditulis di alat-alat yang mulai bermunculan di kertas daluang. Itu periode di ruang itu periode sesudah kertas lontar, daun lontar, warnanya agak kekuning-kuningan itu tapi kualitasnya itu itu jangan-jangan lebih bagus dari zaman kiwari. Alat-alat lain seperti tinta pada waktu itu banyak diproduksi dari berbagai bahan di lingkungan, misalnya kalau dia warna kehijauan tentulah diambil dari daun yang warnanya hijau, yang coklat, yang kuning kan ada bunga-bunga itu. Ya ada Za’faron, itu istilah bahasa Arab untuk tinta, ada juga beras yang dibakar hitam terus digunakan untuk tinta. Arang lampu. Lampu kepeng (teplok) itu kan kalau dibesarkan itu kan memunculkan serbuk hitam di atas itu ditampung, kemudian dijadikanlah tinta serbuk-serbuknya itu. Mulailah produksi tinta yang dibuat nafsi-nafsi waktu itu ya. Itu sampai 1970-an itu berkembang yang namanya aktivitas menulis Al-Qur’an, terutama karena Al-Qur’an jadi sasaran ekspresi para seniman apapun. Bikin kaligrafi untuk Al-Qur’an menghias untuk Al-Qur’an juga. Kemudian muncul angkatan pendobrak dan pelukis.Nah,ini titimangsanya bisa dilihat dari tahun 1970-an akhir. Ketika tahun 1979 itu ada pameran seni Islam pertama di Semarang, pada waktu lomba MTQ Nasional yang ke-9 di Semarang itu ada pameran seni Islami di situ.Muncullah kalangan pelukis karya-karya kaligrafi, tetapi karya-karyanya itu bertampang bebas gitu ya. Nah, itu pada waktu sekarang itu kaligrafi ekspresionis figural, kaligrafi kontemporer. 

Pelukis dan pendobrak ini datang satu rombongan dengan istilah melukis kaligrafi Indonesia sehingga lahirlah apa yang dinamakan seni lukis Islam Indonesia, seni lukis kaligrafi Islami. Pada waktu itu, belum ada istilah itu seni lukis kaligrafi Islam di Indonesia. Kemudian muncul lagi angkatan terakhir itu angkatan kader MTQ. MTQ ini merupakan suatu gerbong dan rombongan besar yang datang dan pola-polanya tersendiri. Sekarang, ada empat golongan, naskah, hiasan mushaf, dekorasi, dan kontemporer.Ya nanti akan saya akan terus usul kaligrafi digital. Angkatan terakhir ini, angkatan yang lebih dahsyat, karena komunitas khattat-nya itu kan ribuan sehingga seluruh gagasan dengan perkembangan kaligrafi itu bisa diadaptasi seluruh khattat. Mereka sanggup menampilkan karya-karya seperti ini sehingga pola-pola itu lahir yang dahsyat. Apa beda MTQ kaligrafi di Indonesia dan dunia sehingga lahir kaligrafer yang hebat? Ada keistimewaannya lomba MTQ di kita itu, dibanding lomba MTQ Nasional, antara lain soal waktu yang digunakan itu delapan jam untuk lomba itu. Di luar, itu tidak ada lomba-lomba serupa. Umumnya berbentuk sayembara dan dibuat empat bulan sampai satu tahun setengah.Nah, ini untuk satu karya ini biasanya hiasan mushaf itu biasa satu lembar itu dibuat dalam delapan jam . 

Menurut pelukis mushaf kaligrafi Iran yang datang bertamu di Pesantren Kaligrafi Al-Qur’an Lemka, namanya Selena dan Zahra Abasi. Kata mereka, itu delapan jam kok bisa cepat begitu ya. Kami itu sengaja membuat karya yang halus itu sampai dua bulan gitu. Untuk pembelajaran kaligrafi sendiri, bagaimana gaya belajar mengajar kaligrafi di Indonesia? Tradisi belajar kaligrafi di Indonesia juga dengan cara cepat.Misalnya di Lemka itu kan belajarnya setahun. Pada saat ada kompetisi kaligrafi ASEAN di Terengganu, saya berjumpa dengan orang Turki. Dia bilang apa yang dipelajari di Lemka? Saya jawab di Lemka diajarkan tujuh gaya khot tradisional dan lima gaya kaligrafi kontemporer dalam waktu satu tahun. Dia bilang tidak boleh, itu melanggar tata tertib yang sudah konsensus di kami di Timur Tengah karena untuk satu mazhab huruf, misalnya tsuluts, itu butuh waktu sampai 3 tahun. Misalnya kemudian diwani sampai 2 tahun gitu. Sehingga tujuh gaya itu bisa 10 tahun. Saya bilang gak bisa kalau di sini.Anak-anaknya itu terdesak untuk segera maju ke lomba dan itu hanya bisa kalau menguasai seluruhnya. Ternyata kami bisa memaksa mereka untuk bisa dalam waktu satu tahun. Saya perlihatkan album MTQ, naskah ini, hiasan mushaf yang ini, dekorasi yang ini, kontemporer bagus-bagus ya ini. Berapa lama ini? Tujuh jam. Waktu tujuh jam yang lainnya delapan jam. 

Loh kok bisa katanya. Terus, saya berseloroh, jangankan ini, tuh Borobudur itu dibikin semalam kok. Bisa bantuan jin, setan, memedi, kuntilanak, segala macam di sini. Banyak produk yang jadinya waktu subuh seperti Tangkuban perahu saya bilang. Dia geleng-geleng kepala. Ada santri Lemka dari Oman. Nasir al-Zuhri namanya.Dia betah sekali belajar di Lemka. Pernah belajar di Irak, Mesir, Yordania.Kok di sini di Lemka lebih enak ya, karena guru ngajar. Kemudian ketika ngajar itu seperti murid saja, seperti kawannya, dialog, minum bersama, dan lain sebagainya.   Itu di sana itu guru itu tidak sederajat dengan murid katanya. Ada jarak bahkan untuk ngajar satu huruf misalnya, satu huruf sekarang nggak selesai, besok dilanjutkan. Nggak bisa gegabah mah harus menyelesaikan sekarang. Di Lemka itu kok semua pertanyaan dijawab. 

Seharusnya tidak dijawab langsung katanya, ditangguhkan berapa hari dulu tapi di Lemka kok langsung menjawab. Ya kan kata Rasulullah juga kita tidak boleh tidak menjawab pertanyaan itu nanti akan diproses ke neraka. Di sini, guru murid itu sederajat, tetapi tentu ada perbedaannya pada saat-saat seperti ini, tidak ada kasta di sini. Akhirnya dia betah belajar di sini, enak gurunya juga, kok lebih ramah gitu, lebih murah hati. Kemudian guru dengan murid bisa bertarung di lomba, besok jadi murid dan guru lagi.Itu hal yang unik dia bilang itu. Mungkin di wilayah timur begini. Berarti perkembangan kaligrafi sudah sedemikian pesat. Kalau begitu, apakah ada gaya kaligrafi khas Indonesia? Indonesia itu saya nyatakan berkali-kali tidak punya gaya khas Indonesia.Yang ada, Indonesia itu menorehkan seluruh gaya-gaya dunia yang akhirnya sebagian dimodifikasi menjadi bentuk gaya-gaya masa kini atau kontemporer. Itu yang kayak itu menyesuaikan diri dengan alam lingkungan Indonesia, tetapi kalau disebut gaya khas Indonesia itu tidak ada. Yang ada itu gaya individual, misalnya Saiful Adnan.Itu punya gaya sendiri gaya Saifuli saya sebut itu. Dia senang disebut gaya Saifuli. Terus Said Akram itu punya gaya sendiri buah-buahan, daun-daunan, pohon-pohonan, disebut gaya Akromi. Dia mau menerima. Terus Pak Amang Rahman, itu punya gaya Amani, karena hanya dia yang menulis begitu. AD Pirous juga begitu. Kalau adapun adanya gaya individual Indonesia, tidak ada khas gaya Indonesia. Ini berbeda dengan khat-khat besar dunia, misalnya gaya Kufi, itu kan dari Kufah. Ada tsuluts dari kata sepertiga, yang waktu itu jadi ukuran standar huruf gaya Madani dan Makki. Kenapa kita nggak ada? Karena kaligrafi ini kan sudah ready for use di sini, datang sudah jadi, tinggal dipraktikkan. Sehingga, tanpa banyak usaha untuk mencari identitas baru pun sudah cukup dengan yang ada. Kalau pun nanti ada misalnya modifikasi seperti tadi modifikasi untuk kaligrafi kontemporer. (*) TAGS: Wawancara Kaligrafi 


Sumber: https://www.nu.or.id/post/read/123646/kaligrafi-sebagai-media-dakwah-islam

Read more...

Ikatan Seni Kaligrafi Islam dan Iran

 https://parstoday.com/id/radio/other-i82751-ikatan_seni_kaligrafi_islam_dan_iran

Jun 29, 2020 14:54 Asia/Jakarta
  • Tulisan tangan Mir Emad Qazvini.
    Tulisan tangan Mir Emad Qazvini.

Sejarah mencatat bahwa tidak ada penemuan yang lebih penting daripada tulisan dan bahasa. Jika tulisan (rangkaian huruf-huruf) tidak ditemukan, ide-ide para pemikir tidak akan sampai ke generasi sekarang dan peradaban tidak bergerak ke arah kesempurnaan.

Kaligrafi adalah salah satu pilar seni dan budaya Iran yang telah berevolusi selama berabad-abad dan pihak yang memperkenalkan seni ini ke negara lain. Artikel ini akan berbicara tentang Mir Emad Qazvini, kaligrafer besar Persia dan seni kaligrafi Iran.

Mir Emad dilahirkan di kota Qazvin, Iran pada tahun 1554 Masehi. Setelah menamatkan pendidikan dasar, ia hijrah ke kota Tabriz untuk berguru kepada Mohammad Hossein Tabrizi dan belajar rumus-rumus khat Nasta'liq darinya. Kemudian dia pergi ke kota Isfahan untuk mendirikan dan memperkenalkan sekolah seninya.

Meskipun kaligrafi Nasta'liq sudah dibakukan oleh Mir Ali Tabrizi, namun puncak kesempurnaan kaligrafi ini ditemukan dalam karya-karya Mir Emad. Banyak dari kekurangan khat ini termasuk kaidah-kaidah penulisannya disempurnakan berkat kejeniusan seniman terkemuka ini.

Selama menetap di Isfahan, Mir Emad mendidik banyak siswa, dan aliran seninya juga sangat diminati di India dan Dinasti Ottoman sehingga model kaligrafi Mir Emad dikenal sebagai model yang paling sempurna dari khat Nasta'liq.

Para seniman Dinasti Ottoman seperti, Veliyyuddin Efendi, Mohammad Asad Elisari, dan Sayid Mohammad Dadashzadeh, termasuk di antara murid jauh Mir Emad dan penerus aliran seninya. Puisi-puisi yang ditinggalkan oleh Mir Emad, memperlihatkan jiwanya yang lembut dan seleranya yang bagus.

Di samping karya-karya yang fenomenal, Mir Emad juga menggunakan khat Nasta'liq-nya untuk menulis buku-buku besar seperti Golestan dan Bustan Saadi, buku doa Khajeh Abdullah Ansari, serta puisi-puisi yang indah.

Mir Emad meninggal dunia pada tahun 1615 karena dibunuh oleh salah satu pegawai kerajaan Shah Abbas I dan makamnya sekarang terletak di Masjid Maqsudbeyk, Isfahan.

Mir Emad Hassani Qazvini dianggap sebagai kaligrafer Iran terbesar dalam naskah Nasta'liq. Karya-karyanya ditukar dengan emas dan ketika dia meninggal dunia, dia sangat kaya sehingga menteri pada masa itu tidak mampu membeli rumah Mir Emad. Karyanya merupakan antara spesimen kaligrafi Nasta'liq yang terbaik dan kebanyakannya disimpan di beberapa museum terkenal dunia sebagai bahan artifak sejarah dan warisan.

Seni kaligrafi adalah seni menulis dengan indah dengan pena sebagai hiasan. Orang yang melakukan proses ini disebut kaligrafer, terutama ketika kaligrafi telah menjadi profesi seseorang.

Meskipun seni kaligrafi berkembang di Timur, namun model-model kaligrafi dapat ditemukan di semua budaya. Kata calligraphy mulai diadopsi dalam bahasa Latin pada abad ke-15 dan baru dikenal sebagai sebuah istilah pasca abad ke-19. Tetapi sejak zaman kuno terutama di negara-negara Timur Jauh dan negara-negara Muslim termasuk Iran, kaligrafi dipandang sebagai seni tinggi.

Sebelum Islam, berbagai aksara seperti tulisan paku, Pahlavi, dan Avesta sudah dikenal luas di Iran, tetapi dengan kedatangan Islam, nenek moyang orang Persia mengadopsi abjad dan aksara Islam.

Sejarah lahirnya khat Arab dan gaya penulisannya muncul hampir bersamaan dengan penyebaran Islam. Seni kaligrafi selalu menjadi perhatian besar kaum Muslim, karena ia dianggap sebagai seni untuk menulis wahyu Ilahi. Mereka menggunakan kaligrafi tidak hanya untuk penulisan al-Quran, tetapi juga diaplikasikan untuk seni-seni lain.

Pada 6 Juni 2020, Kementerian Warisan Budaya dan Pariwisata Iran berencana mendaftarkan kaligrafi Iran sebagai Warisan Budaya Takbenda UNESCO. Semua dokumen untuk keperluan ini telah dikirim ke UNESCO. Komite UNESCO untuk Perlindungan Warisan Budaya Takbenda akan mengumumkan keputusannya tentang kaligrafi Iran pada sidang tahun 2022.

Namun, media-media Turki menyatakan bahwa pemerintah Ankara juga telah mengirimkan dokumen seni kaligrafi Islam untuk didaftarkan sebagai Warisan Budaya Takbenda UNESCO.

Jika melihat sejarah seni kaligrafi, Turki tidak mengenal seni ini sebelum berkuasanya Dinasti Ottoman. Tetapi, seni kaligrafi dan penulisan al-Quran di Iran sudah mencapai puncaknya sebelum periode itu. Kasus pemalsuan juga sudah dilakukan sebelum ini oleh Turki. Sebagai contoh, kaligrafer besar Iran, Mir Emad Qazvini di sebagian buku ditulis sebagai seorang kaligrafer Istanbul.

Distorsi sejarah dapat dilihat dari motto yang dipilih oleh pemerintah Turki dalam mendaftarkan kaligrafi Islam ke UNESCO. Situs Kementerian Budaya dan Pariwisata Turki memilih motto, "Al-Quran turun di Makkah, dibaca di Mesir, dan ditulis di Istanbul" (The Quran was revealed in Mecca, recited in Egypt and written in Istanbul). Ini adalah bentuk distorsi sejarah yang paling nyata dengan melihat sejarah kaligrafi dan penulisan al-Quran.

Seorang kaligrafer Iran dan peneliti bidang seni, Hamidreza Qelichkhani mengatakan, "Negara-negara seperti Iran, Turki, dan Irak dapat mengajukan permohonan pendaftaran kaligrafi ke UNESCO, karena ini merupakan budaya bersama antara negara-negara ini."

Berkenaan dengan motto yang dipilih Turki, dia menegaskan, "Ini adalah sebuah motto yang menipu, karena Dinasti Ottoman belum berdiri sebelum abad kesembilan Hijriyah dan ini sudah dibuktikan. Sebelum ini, beberapa penerbit Lebanon juga membuat motto serupa tentang percetakan al-Quran, yang tidak sesuai dengan fakta."

Qelichkhani lebih lanjut menuturkan, "Bagian ketiga dari motto yang dipakai Turki, tidak sesuai dengan fakta, karena al-Quran tertua yang dipegang Dinasti Ottoman adalah milik abad kesepuluh Hijriyah. Pada dasarnya, Turki ingin menghubungkan 500 tahun aktivitasnya di bidang kaligrafi dengan seluruh sejarah kaligrafi Islam. Seperti yang terjadi dengan Maulana, dengan slogan dan promosi besar-besaran berusaha menyembunyikan sebagian fakta dan memperkenalkannya sebagai bukan orang Iran."

"Turki telah mengubah nama khat Nasta'liq menjadi khat Ta'liq, padahal literatur kuno mereka sendiri menggunakan nama Nasta'liq. Ini adalah sebuah kepastian sejarah bahwa kaligrafi Turki merupakan salah satu bagian dari seni kaligrafi Iran," ungkapnya.

Dalam menanggapi keputusan Turki itu, Dirjen Kantor Pencatatan Warisan Sejarah dan Budaya Iran mengatakan, "Perlu kami tekankan bahwa pendaftaran sebuah peninggalan warisan budaya tak benda dalam Daftar Warisan UNESCO, bukan sebuah masalah monopoli. Konvensi tentang Warisan Budaya Tak Benda 2003 telah menjelaskan persoalan ini dengan baik yaitu, jika masalah seni kaligrafi ditemukan di banyak negara, semua negara itu dapat mendaftarkan seni itu atas namanya. Namun harus didukung oleh dokumen sejarah yang kuat dan tanpa cacat."

"Daftar Warisan Budaya Takbenda UNESCO memiliki tiga kategori yaitu daftar yang membutuhkan pelindungan mendesak, daftar perwakilan, dan daftar langkah pelindungan terbaik. Sejauh ini Iran dan banyak negara lain belum mendaftarkan warisan apapun dalam daftar langkah perlindungan terbaik. Pendaftaran untuk kategori ketiga lebih sulit karena melihat esensi dan langkah-langkah perlindungan. Kami berharap seni kaligrafi akan tercatat dalam daftar tersebut," imbuhnya.

Perlu dicatat bahwa meskipun Iran dan Turki terlibat kompetisi di bidang kaligrafi dalam berbagai periode, tetapi siapa pun tidak bisa menyangkal kebangkitan dan pertumbuhan seni ini di Iran. Masalah estetika seni kaligrafi dapat ditemukan di berbagai aliran seni Iran dan ada dokumen sejarah yang memperkuat hal ini.

Meski demikian, Turki pada tahun 2015 ingin mendaftarkan seni khat Nasta'liq – yang dikenal di seluruh dunia sebagai khat Iran dan pengantin khat Islam – sebagai warisan budayanya. Waktu itu, Ketua Dewan Tinggi Lembaga Kaligrafi Iran, Javad Bakhtiyari menunjukkan reaksi atas keputusan Turki dan mengatakan pihaknya sedang bekerja sama dengan UNESCO untuk mendaftarkan khat Nasta'liq Iran.

"Khat Nasta'liq adalah identitas seni kita. Khat Nasta'liq dan Shekasteh Nasta'liq adalah cermin yang memperlihatkan seluruh selera Iran dan kami akan berusaha mendaftarkannya atas nama Iran," tegasnya. (RM)

Tags


Read more...

Penulisan jawi, seni kaligrafi Islam diperkasa





 https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20160511/281530815236969

Penulisan jawi, seni kaligrafi Islam diperkasa

Berikutan penulisannya yang semakin pupus dalam kalangan generasi muda

KOTA KINABALU: Seminar Khat Islami Nusantara akan diperluaskan ke daerah lain sebagai usaha mengangkat martabat seni kaligrafi Islam dan memperkasakan penulisan jawi dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata memandangkan kemahiran penulisan jawi semakin pupus maka, usaha menganjurkan seni khat Islam itu diperkenalkan.

Beliau berkata langkah berkenaan diambil bagi memastikan anak-anak muda hari ini dapat menguasai penulisan jawi dengan baik mengikut kaedah yang betul.

“Tulisan jawi milik semua orang. Malah, orang bukan Islam juga pandai menulis jawi. Kita ada tokoh yang mahir dalam penulisan jawi yang berasal dari Korea. Beliau (Pensyarah Universiti Busan, Prof Kang Kyoung Seok) mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dalam penulisan jawi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Seminar Khat Islami Nusantara Membakut, di Dewan Sa’adah, Wisma Muis, di sini kelmarin.

Seminar berkenaan dianjurkan sempena Mahrajan Persuratan Kesenian Islam Nusantara kelima, Membakut.

Arifin yang juga menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam negeri berkata walaupun ada antara generasi muda meminati seni khat namun, pendekatan perlu diambil bagi mendekatkan mereka dengan seni kaligrafi Islam mengikut kaedah sebenar.

Atas sebab itu, tokoh seni khat Nusantara seperti dari Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia dijemput bagi memberi tunjuk ajar penulisan seni khat yang betul.

Beliau berkata ia seiring dengan usaha memartabatkan seni kaligrafi Islam, Galeri Seni Khat Sabah akan diwujud dan ditempatkan dalam Perpustakaan Islam Negeri Sabah. Perpustakaan itu akan dibina dalam kawasan perkarangan Masjid Negeri Sabah tidak lama lagi.

“Pembinaan perpustakaan ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM5 juta dan majlis pecah tanah akan diadakan dalam masa terdekat. Pembinaannya pula dijangka akan dimulakan pada awal tahun depan.

“Galeri ini nanti akan bertindak sebagai pusat kegiatan seni khat. Dalam masa yang sama, di bazar masjid negeri juga akan disediakan ruang untuk penggiat seni khat mempamerkan dan menjual karya seni khat mereka,” katanya yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) cawangan Sabah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) JabatanHalEhwalAgamaIslam Negeri Sabah (Jheains) Mohd Sidek Ag Adi berkata bertema ‘ Memaknakan Seni Khat Warisan Islam’, seminar itu diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan seni khat dalam kehidupan.

Seminar berkenaan juga bertujuan memberi makna sebenar seni khat dalam menelusuri sejarah kesenian khat.


Read more...