27.8.21

GARIS PANDUAN KALIGRAFI AL-QURAN KPDN HEP

GARIS PANDUAN KALIGRAFI AL-QURAN

 LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN PENCETAKAN

AL-QUR’AN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

0

1. TUJUAN

Tujuan dokumen ini disediakan adalah sebagai panduan bagi pembuatan dan penulisan kaligrafi Al-Quran bagi memastikan kesahihan tulisan Al-Quran pada kaligrafi dan menjaga kehormatan ayat-ayat suci Al-Quran dan kesuciannya.

Garis panduan perlu menjadi rujukan kepada:

a. Para pengusaha, pengilang, pencetak, penerbit, penjual, pekerja, orang awam dan pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan pembuatan dan penulisan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran dan;

b. Agensi-agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab melulus dan mengawal aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perkara di atas.

Garis panduan ini hendaklah digunakan dan dibaca bersama dengan Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan Dan Pelupusan Bahan Penerbitan yang Mengandungi Ayat-Ayat Suci Al-Quran (JAKIM).

2. PENDAHULUAN

2.1 Penulisan kaligrafi Al-Quran merupakan satu daripada cabang kesenian Islam yang indah dan menarik. Selain hiasan di masjid-masjid seni kaligrafi Al-Quran juga dihiasi di bangunan, bahan-bahan iklan, pelekat pada kenderaan, bahan cenderamata, bahan perhiasan dan sebagainya. Bingkai-bingkai kaligrafi Al-Quran juga sering dilihat di rumah-rumah dan di kedai-kedai makan orang Islam.

 1

2.2 Bagi menjaga kesucian ayat suci Al-Quran pembuatan, penulisan, pengendalian serta pelupusan kaligrafi Al-Quran hendaklah mengikut peraturan yang tertentu sebagai mana naskhah Al-Quran.

2.3 Kaligrafi Al-Quran pada bahan-bahan di atas adalah termasuk dalam kategori “Bahan Al-Quran” yang dikawal di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986. Sebarang kesilapan dalam penulisan ayat-ayat Al- Quran atau tidak mematuhi Garis Panduan yang ditetapkan adalah merupakan kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah APTQ 1986.

3. TAKRIFAN

Dalam garis panduan ini terdapat beberapa istilah yang patut difahami antaranya;

 3.1 Kaligrafi

3.2 Al-Quran

: Bermaksud seni menulis dengan indah; atau seni khat tulisan tangan yang menghasilkan huruf atau tulisan yang indah sebagai suatu seni khat (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka).

: Bermaksud kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab sebagai mukjizat yang dinaqalkan secara mutawatir, ditulis dalam mushaf bermula dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An- Nas membacanya adalah ibadah. (Mengenal al-Quran dan Asas-asas al-Quran, Dr. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris).

2

3.3 Bahan Al-Quran

: Sesuatu dokumen yang mengandungi mana- mana ayat Al-Quran selain daripada teks Al- Quran sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen ini. (Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986).

: Perihal (kegiatan, usaha dsb) membuat;

Ia termasuklah menulis, mencetak, menerbit, mengukir dan menempa yang bertujuan menghasilkan sesuatu bahan penerbitan atau barangan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran.

: Ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol- simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat.

: Dhabt al-Quran ialah ilmu yang membicarakan mengenai 'alamah (tanda) yang diletakkan pada huruf-huruf yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu harakah (baris), sukun (mati), tasydid (sabdu), mad (tanda panjang) dan sebagainya.

: Ialah huruf Hamzah yang terletak sama ada di awal kalimah, tengah kalimah, dan akhir kalimah dan ia tetap dibaca mengikut baris sama ada semasa memulakan bacaan atau ketika dibaca sambung.

 3.4 Pembuatan

 3.5 Penulisan

3.6 Dhabt al-Quran

   3.7 Hamzah Al-Qat’ie

3

3.8 Syaddah

)شدة( atau yang disebut syaddah )تشديد( Tasydid : adalah harakat yang bentuk hurufnya (w) yang )س( ”diberi atau seperti kepala dari huruf “sin yang diletakkan di atas huruf Arab (ّ ) yang berulang.

: Hiasan huruf yang mengikut kaedah setiap jenis khat. (Lampiran 1)

: Adalah apa-apa bahan dalam bentuk khat yang melibatkan kalimah dan ayat-ayat Al-Quran.

: Lafaz yang dituturkan oleh manusia.

3.9 Tazyin

3.10 Kaligrafi Al-Quran

3.11 Kalimah

.4

PANDUAN PEMBUATAN KALIGRAFI AL-QURAN

Semua aktiviti berkaitan dengan pembuatan bahan-bahan yang mengandungi tulisan kaligrafi Al-Quran hendaklah;

a. Orang yang terlibat dalam pembuatan kaligrafi Al-Quran seperti menulis, mengukir, mereka bentuk, mencetak dan sebagainya hendaklah orang Islam;

b. Sebarang aktiviti berkaitan dengan kaligrafi Al-Quran hendaklah dilakukan di tempat yang bersih dan terkawal daripada pencemaran najis;

c. Proses pembuatan hendaklah menggunakan bahan-bahan serta alat-alat yang bersih dan suci mengikut hukum syarak;

4

d. Kaligrafi Al-Quran pada kulit binatang adalah dibolehkan asalkan ianya mengikut syariat dan haram menggunakan kulit binatang ‘babi’ dan ‘anjing’.

e. Dilarang menulis kaligrafi Al-Quran di akhbar-akhbar, key chain, kasut, selipar, pakaian, kad ucapan, lantai, mangkuk piuter, pedang, rantai leher dan seumpamanya.

f. Dilarang menulis atau melukis kaligrafi al-Quran pada badan manusia atau haiwan; (Contoh-contoh pembuatan Khat Al-Quran yang tidak di benarkan adalah seperti di Lampiran 2)

g. Bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan kaligrafi al-Quran, mestilah bahan yang berkualiti, sesuai ketahanan, tidak mudah rosak supaya tidak mudah hilang atau tertanggal huruf, baris atau titiknya;

h. Penulisan kaligrafi Al-Quran pada dinding bangunan, papan iklan, kain rentang dan lain-lain hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan.

(Contoh-contoh pembuatan Khat Al-Quran yang tidak di benarkan adalah seperti di Lampiran 3)

 5

5. PANDUAN PENULISAN KALIGRAFI AL-QURAN

5.1

a. b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

Panduan penulisan kaligrafi al-Quran hendaklah menepati panduan berikut:

Dilakukan oleh orang yang beragama Islam;

Tulisan ayat-ayat Al-Quran pada kaligrafi Al-Quran hendaklah mengutamakan tulisan Rasm Uthmani;

Tulisan hendaklah mengikut kaedah khat yang betul, jelas dan boleh dibaca;

Dilarang menulis kalimah dan ayat-ayat Al-Quran dengan tulisan selain daripada bahasa Arab;

Dilarang menulis kaligrafi Al-Quran berbentuk makhluk bernyawa atau sebarang bentuk yang boleh menjatuhkan kesucian Al-Quran;

Latar belakang kaligrafi tidak boleh mengandungi sebarang unsur makhluk bernyawa atau yang tidak sesuai dengan kemuliaan al-Quran.

Kaligrafi Al-Quran hendaklah ditulis dengan jelas dan disertakan dengan nama surah, bilangan ayat yang betul dan teratur;

Setiap penulisan mestilah sempurna dan mengikut kaedah penulisan kaligrafi Al-Quran;

Khat yang susah dibaca seperti Khat Kufi Murabba’ dan Khat Diwani Jaliyy hendaklah menyertakan sekali Khat Nasakh bersaiz kecil di bahagian bawah karya tersebut bagi memudahkan pengecaman masyarakat untuk membaca kaligrafi Al-Quran;

 j. Setiap penulisan mestilah sempurna dari segi maksud ayat dan tidak tergantung dari aspek maksud ayat;

k. Setiap surah yang lengkap mesti didahului dengan Basmalah kecuali surah Al-Taubah.

l. Setiap penulisan kaligrafi Al-Quran tidak boleh disambungkan atau dicampur adukkan dalam satu susunan dengan apa-apa tulisan lain termasuk hadith, kata-kata ulama dan sebagainya; (kecuali dengan

6

membezakan jenis khat atau warna dan saiz tulisan adalah dibenarkan.)

(Lihat Lampiran 4)

m. Hamzah Al-Qat’ie, syaddah dan tanda mad perlu diletakkan di dalam setiap

 5.2

penulisan kaligrafi Al-Quran

Penulisan Mengikut Jenis-Jenis Khat

Jenis-jenis khat yang digunapakai dalam penulisan kaligrafi Al-Quran adalah seperti berikut:

a. Khat Nasakh;

b. Khat Kufi;

c. Khat Ruq’ah/Riq’ah;

d. Khat Farisi;

e. Khat Thuluth;

f. Khat Diwani; dan Diwani Jali g. Lain-lain khat yang muktabar.

5.2.1 Khat Nasakh

Ciri-ciri Penulisan

- Bentuk huruf lebih kecil daripada Khat Thuluth

- Ketepatan bentuk huruf mengikut kaedah Khat Nasakh.

- Mudah dibaca dan sesuai untuk penulisan mushaf.

- Disertakan Rasm dan Dhabt yang mengikut kaedah

Contoh Khat di Lampiran A

7

5.2.2 Khat Kufi

Ciri-ciri Penulisan

- Ketepatan bentuk huruf mengikut kaedah Khat Kufi.

- Bentuk huruf bersegi dan kaku.

- Rasm tanpa Dhabt Al-Quran.

- Perlu disertakan dengan penulisan Khat Nasakh.

Contoh Khat di Lampiran B

5.2.3 Khat Ruq’ah / Riq’ah

Ciri-ciri Penulisan

- Ketepatan bentuk huruf mengikut kaedah Khat Ruq’ah/Riq’ah .

- Mudah dibaca mengikut pandangan ahli khat.

- Hurufnya ringkas dan lebih keras berbanding Khat Diwani.

- Tidak mempunyai baris dan hiasan (Tazyin).

- Rasm tanpa Dhabt Al-Quran.

Contoh Khat di Lampiran C

5.2.4 Khat Farisi

Ciri-ciri Penulisan

- Ketepatan bentuk huruf mengikut kaedah Khat Farisi.

- Hurufnya condong ke kanan.

- Tidak mempunyai baris dan hiasan (Tazyin)

- Rasm tanpa Dhabt Al-Quran.

Contoh Khat di Lampiran D

5.2.5 Khat Thuluth

Ciri-ciri Penulisan

- Ketepatan bentuk huruf dan susunan kalimah hendaklah mengikut kaedah Khat Thuluth.

- Huruf-hurufnya lebih besar dan panjang berbanding khat naskh.

 8

- Merupakan khat yang paling cantik dan paling sukar untuk ditulis.

- Mempunyai Tazyin yang khusus bagi mengimbangi susunan tulisan.

- Rasm dan Tazyin (hiasan huruf yang mengikut kaedah). Contoh Khat di Lampiran E

5.2.6 Khat Diwani

Ciri-ciri Penulisan

- Ketepatan bentuk huruf mengikut kaedah Khat Diwani.

- BerasaldaripadaKhatRiq’ah.

- Ditulis dengan lebih lembut dan banyak mempunyai

lengkungan berbanding dengan Khat Riq’ah.

Contoh Khat di Lampiran F

5.2.7 Khat Diwani Jaliyy

Ciri-ciri Penulisan

- Ketepatan bentuk huruf mengikut kaedah Khat Diwani

Jaliyy dan Tazyin (hiasan huruf yang mengikut kaedah).

- Bentuk huruf menyerupai khat Diwani.

- Tulisan dipenuhi dengan Tazyin dan titik-titik kecil.

- Kebiasaannya ditulis dalam bentuk pedang atau bahtera.

Contoh Khat di Lampiran G

 9

PENUTUP

Rakyat Malaysia begitu berminat untuk mendapatkan bahan-bahan perhiasan yang mengandungi kaligrafi ayat-ayat Al-Quran, tanpa mengetahui bahawa kadangkala terdapat kesalahan penulisan kaligrafi Al Quran pada bahan-bahan berkenaan. Justeru itu garis panduan ini diharapkan dapat membantu masyarakat mengesan kesilapan-kesilapan tersebut supaya kesucian dan keutuhan Al-Quran tetap terpelihara. Dengan adanya garis panduan ini juga diharap pengguna khususnya dan pengusaha juga akan lebih prihatin dalam menjaga kesucian Al Quran pada bahan-bahan perhiasan.

RUJUKAN

i. Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986, Kementerian Dalam Negeri.

ii. Peraturan Pencetakan Teks Al-Quran, APTQ 1986.

iii. Garis Panduan Pengendalian, Penjualan dan Pelupusan Bahan-bahan Penerbitan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran (JAKIM).

iv. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakkan Ke Empat.

v. Mengenal al-Quran dan Asas-asas al-Quran, Dr. Abdul Ghani Azmi bin

v. Mengenal al-Quran dan Asas-asas al-Quran, Dr. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris.

 10

TAZYIN KHAT THULUTH DAN NASKH

LAMPIRAN 1

CONTOH-CONTOH PENULISAN KHAT DALAM BENTUK MAKHLUK BERNYAWA DAN BENTUK YANG MENJATUHKAN KESUCIAN AL-QURAN

LAMPIRAN 2

MENCETAK KALIGRAFI AL-QURAN DI ATAS SELUAR

LAMPIRAN 2

 MENCETAK KALIGRAFI AL-QURAN DI ATAS KASUT

KALIGRAFI DITEMPA DI ATAS TUBUH MANUSIA

LAMPIRAN 2

SALAH SAMBUNGAN HURUF SEHINGGA TERTUKAR HURUF DZAL KEPADA HURUF ZAI

TERDAPAT HURUF YANG BERSAMBUNG DAN TERPUTUS SEHINGGA MEROSAKKAN PERKATAAN. SEPERTI HURUF RA’ MENYERUPAI HURUF DAL DAN KESALAHAN SAMBUNGAN HURUF HA’ DAN HURUF DAL PADA KALIMAH AHAD

LAMPIRAN 3

HURUF KAF TERPUTUS PADA KALIMAH AKBAR

LAMPIRAN 3

KALIGRAFI AL-QURAN TIDAK MENGIKUT DISPLIN DAN KAEDAH KHAT

LAMPIRAN 3

KEDUDUKAN TITIK HURUF TIDAK DI TEMPAT BETUL

LAMPIRAN 3

  RUMAH HURUF YA’ TIADA

TITIK HURUF NUN TIADA TITIK

HURUF ALIF TIADA

LAMPIRAN 3

  HURUF HA’ BERTUKAR

CONTOH PENULISAN KALIGRAFI AL-QURAN YANG DIBENARKAN KETIKA BERSAMBUNG ATAU BERCAMPUR DENGAN APA-APA TULISAN LAIN TERMASUK HADITH, KATA-KATA ULAMA DAN SEBAGAINYA

LAMPIRAN 4

KHAT NASKH

LAMPIRAN A

KHAT KUFI

LAMPIRAN B

LAMPIRAN B

KHAT RIQ’AH / RUQ’AH

LAMPIRAN C

KHAT FARISI / NASTA’LIQ

LAMPIRAN D

KHAT THULUTH A’ADI

LAMPIRAN E

KHAT DIWANI

LAMPIRAN F

KHAT DIWANI JALIYY

LAMPIRAN G