2.8.21

Laman Web Persatuan Seni Khat Kebangsaan Malaysia

 https://www.pskk.org/


PERJALANAN AWAL
PERJALANAN AWAL

Pada tahun 1975, Mohammed Yusof Abu Bakar (Penolong Pengarah, 

Kementerian Pendidikan Malaysia) bersama-sama rakannya Syed Ahmad 

Jamal, Ketua Unit Pusat Kebudayaan Universiti Malaya (UM) telah menyelaras 

satu Pameran Seni Khat di Universiti Malaya. Pameran tersebut mempamerkan

 pelbagai jenis media dan gaya karya seni khat Islam dari dalam dan luar negara.

 Mohammed Yusof Abu Bakar, Haji Omar Basaree, Syed Abdul Rahman Al Attas 

dan Ahmad Khalid adalah antara pelukis tempatan yang menyertai pameran tersebut.

Pameran tersebut telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan membuka mata peminat seni khat tanah air. Ramai orang awam Muslim yang masih tidak kenal dengan jenis-jenis seni khat, apatah lagi untuk menulis dan menghasilkan karya khat berkualiti. Atas permintaan pelbagai pihak, pameran tersebut telah dikembangkan hingga ke Kelantan, Terengganu, Johor, Pulau Pinang dan Perlis.

Mohammed Yusuf Abu Bakar dan rakan-rakannya sependapat bahawa persatuan seni khat perlu ditubuhkan bagi mengatasi masalah dan persoalan berkaitan seni khat. Pada tahun 1980, Mohammed Yusof membantu Syed Ahmad Jamal menyelaras Pertandingan dan Pameran Seni Khat anjuran Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Penglibatan Mohamed Yusof telah merangsangnya untuk menubuh Persatuan Penulis-Penulis Seni Khat. Lebih-lebih lagi, Suruhanjaya Antarabangsa Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Islam (ICPICH) telah di tubuh pada tahun 1982 (Unknown, 2000). ICPICH adalah cabang OIC dan telah menjalankan beberapa siri pertandingan seni khat atas kesedaran pemeliharaan warisan budaya Islam. Maka terbentuk satu kumpulan ingin menubuhkan persatuan seni khat kebangsaan Malaysia.

Malaysia adalah ahli ICPCH dan terlibat dengan serious pemeliharaan Kesenian dan Kebudayaan Islam. Kerajaan melalui Pusat Islam menggalakkan ahli PSKK mengambil bahagian dalam pertandingan seni khat Islam antarabangsa anjuran ICPICH. Sebelum PSKK didaftar, ia dikenali sebagai Persatuan Penulis-Penulis Seni Khat Malaysia (PPPSKM). Persatuan Penulis-Penulis Seni Khat Malaysia (PPPSKM) Kebangkitan Islam dan permintaan terhadap seni khat Islam telah menghimpunkan artisartis Islam untuk menubuh persatuan seni khat Islam.

MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN KHAT

Mohammed Yusof Abu Bakar, Omar Basaree, Syed Mahthar Al-Shahab, Mahmood Awang, Idris Salam dan beberapa orang lagi telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan berkenaan penubuhan Persatuan Penulis-Penulis Seni Khat Malaysia. Pada 18 Ogos 1985, mereka telah adakan mesyuarat yang pertama. Mesyuarat ini telah diadakan pada jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor. Antara mereka yang hadir ialah: Mohammed Yusof Abu Bakar, Hj. Idris Salam, Wan Mohd Yusof Wan Ali, Hj. Bachok Hj. Sayuti, Syed Mohthar Al-Shahab, Mahmood Hj. Awang, Mohammad Abd. Ghani, Hussin Sulong, Zalika Khuzaimah Ngah, Azamah Denan, Ismail Hj. Ishak, Mohamed Nawai Yacob dan Margilan HARP. Dalam pertemuan dan perbincangan mesyuarat tersebut, mereka bersetuju menubuh Persatuan Penulis-Penulis Seni Khat Malaysia (PPPSKM) dan sebulat suara bersetuju melantik Mohammed Yusof Abu Bakar sebagai Yang Dipertua PPSKM dan Idris Salam sebagai Setiausaha PPPSKM.

Dalam ucapan perasmian pertemuan itu, Mohammed Yusof Abu Bakar mengalu-alukan ahli-ahlinya dan menghargai kehadiran mereka. Beliau berharap agar ahli-ahli tersebut akan menyokong dalam menyatukan penulis-penulis seni khat Islam Malaysia. Dalam pertemuan tersebut, mereka merangka objektif PPPSKM bagi memudahkan pendaftaran PPPSKM sebagai 5 persatuan yang sah dari segi undang-undang. Mereka bersetuju menggariskan lapan objektif PPPSKM.

OBJEKTIF PPPSKM

Terdapat beberapa objektif penting yang mendorong usaha mewujudkan Persatuan Seni Khat antaranya:

  1. Menyatukan seni khat Islam Malaysia menjadi kumpulan yang kuat.
  2. Melahirkan seni khat Islam yang mahir dan kreatif.
  3. Memulih dan mempromosikan kualiti Seni Khat Islam.
  4. Menyokong dasar kerajaan dalam menggalakkan penggunaan tulisan Jawi.
  5. Meningkatkan akidah Islam melalui Seni Khat Islam.
  6. Mengembalikan kegemilangan seni khat Islam.
  7. Meluaskan penggunaan seni khat Islam dan tulisan Jawi dalam semua peringkat.
  8. Mendidik dan mendedahkan signifikan tulisan Jawi dan seni khat Islam kepada orang ramai.

Jawatankuasa penaja tersebut telah bersetuju untuk mengutip sejumlah wang bagi penyediaan Mesyuarat Agung Tahunan yang Pertama. Mereka berjaya mengumpul sejumlah wang sebanyak RM 610.00. Antara mereka yang menderma untuk tujuan tersebut ialah:

  1. Tuan Syed Mohthar bin Sedak @Al-Shahab RM150.00
  2. En. Mahmood Awang RM20.00
  3. Pustaka Margillah RM100.00
  4. Tuan Haji Bacok Haji Sayuti RM50.00
  5. Tuan Haji Idris Salam RM100.00
  6. En. Mohamed Nawai Yacob RM20.00
  7. En. Wan Mohd Yusof Wan Ali RM20.00
  8. En. Ismail Hj. Ishak RM50.00
  9. En. Mohammed Yusof Abu Bakar RM100.00Jumlah RM 610.00

Selepas itu, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa telah diadakan pada 3 November, 1985, jam 3:00 petang di Madrasah Manaril-Islam, No. 2 Jalan SS1/35, di Kg. Tunku, Petaling Jaya, Selangor. Mesyuarat itu diadakan bagi mencadangkan peraturan dan undang-undang persatuan (PPPSKM), dan tujuh anggota PPPSKM menghadiri mesyuarat tersebut. Mereka ialah:

  1. Mohammed Yusof Abu Bakar
  2. Sheikh Omar Bassaree
  3. Syed Mahdar Al-Shahab
  4. Hj. Idris Salam
  5. Mohamed Nawai Yacob
  6. A. Mutalib Yaakob
  7. Mahmood Awang
PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN (PSKK)

Satu mesyuarat tergempar telah diadakan pada 10 September, 1988, di Bilik Mesyuarat Tingkat Kesembilan, Kompleks Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Di mesyuarat tersebut ahli jawatankuasa menerima usul mencadangkan peraturan dan undangundang persatuan yang telah susun serta bersetuju untuk disertakan dalam permohonan pendaftaran persatuan. Pada hari yang sama permohonan tersebut telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), Pejabat Pendaftaran Pertubuhan, Tingkat 12, Bangunan Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Tujuh bulan kemudian, Mesyuarat Agong Khas PPPSKM (Mesyuarat Agung Khas PPPSKM) telah diadakan pada tahun 1989 di Bilik Dewan Pameran Islam (Bilik Pameran Islam) Pusat Islam Malaysia di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Mesyuarat itu bagi membincangkan peraturan dan undang-undang persatuan yang dipinda oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ahli jawatankuasa bersetuju dengan pindaan tersebut dan PPPSKM ditukar kepada Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK). Peraturan dan undang-undang yang dipinda dikembalikan kepada ROS, Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Tingkat 12, Bangunan Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, bersama logo PSKK untuk kelulusan pendaftaran.

LOGO PERSATUAN

Rasional dan konsep logo dilampirkan bersama permohonan pendaftaran di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada masa yang sama, 10 September, 1988, PSKK telah menulis surat kepada pejabat ROS untuk mendapatkan kebenaran sementara untuk menjalankan aktiviti PSKK termasuk menjalankan kelas seni khat Islam hujung minggu di Pusat Islam, Kuala Lumpur dan aktivi yang berkaitan.

Konsep Logo yang mengandungi Surah Al-Qalam dengan sendirinya menerangkan peranan Persatuan yang menjunjung peranan pena dalam penulisan khat. “Nun”, berada di bahagian paling atas dalam kandungan setitik dakwat mencerminkan ketinggian Seni Khat dari asas ilmu dan penulisan, sekaligus ianya digambar olih bentuk lima batang pena. Menara masjid menunjukan ciri-ciri keislaman dalam sebarang kerja atau hasil keria yang berkaitan dengan Khat, dimana konsep Persatuan tidak lari dari konsep keislaman. Dua jeins Khat iaitu Kufi dan Thuluth mewakili beberapa jenis Khat. Warna kuning emas melambangkan ketinggian nilai Seni Khat, sementara warna biru membawa arti keharmonian. Logo tersebut adalah hasil karya Syed Mohthar Al Shahab.

PERINTIS PSKK

Pada 25 Oktober, 1989 PSKK telah berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966: 335. Pendaftaran ini adalah untuk menyelaras aktiviti seni visual Islam dengan jabatan kerajaan, agensi kerajaan, ICPICH dan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PSKK, 25 Februari, 1990 diadakan di Pusat Islam, Yang diPertua Persatuan telah menyampaikan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat sehinggalah Pesatuan Seni Khat dapat dilahirkan.

Ahli jawatankuasa PSKK terawal terdiri daripada golongan profesional, ahli akademik dan pegawai kerajaan. Antaranya Mohammed Yusof Abu Bakar, Mohammed Nordin, Syed Mohthar Al Shahab, Idris Salam dan Mahmood Awang.

OBJEKTIF PENUBUHAN PSKK
  1. Mengumpul dan menyatukan penulis-penulis Seni Khat dan peminat-peminat di seluruh Malaysia.
  2. Mengembang dan menggunakan tulisan jawi sebagai asas penulisan Seni Khat Kebangsaan.
  3. Mengutamakan Seni Khat yang berkeperibadian Islam sebagai teras Seni Khat Kebangsaan.
  4. Memelihara dan mengembangkan Seni Khat Kebangsaan sebagai warisan budaya bangsa.
  5. Bekerjasama sengan Pertubuhan-Pertubuhan Seni Khat Antarabangsa dalam apa jua aktiviti-aktiviti Seni Khat yang boleh memberi faedah kepada kemajuan Seni Khat Kebangsaan.
  6. Mengerakan kerjasama dengan Persatuan-Persatuan yang lain yang mempunyai matlamat yang sama dalam menganjurkan seminar, pameran pertandingan, kursuskursus dan penyelidikan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
  7. Mengumpulkan wang melalui projek dan aktiviti-aktiviti mengutip derma dan menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana badan kerajaan dan swasta yang sah, dengan kebenaran pihak berkuasa, jika berkenaan dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
  8. Mengembang dan menubuhkan cawangan-cawangan.
PENUTUP

Kesungguhan dan Pengorbanan perintis PSKK tahun 1985 telah mencapai beberapa objektif mereka. Ia mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri untuk mencapai objektif PSKK. Pada tahun 1989 PSKK berjaya didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah. Perintis merupakan anggota yang proaktif serta mencari dana untuk merialisasikan penubuhan PSKK. PSKK mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli PSKK dan mana-mana pihak ingin bekerjasama dengan PSKK dalam kegiatan seni khat atau Seni Visual Islam. PSKK telah berjaya menganjurkan pameran, seminar, bengkel, kursus seni dan menerbitkan beberapa buku seni. PSKK juga telah bekerjasama dengan Perpustakaan, jabatan kerajaan, intitusi pengajian tinggi, dalam aktiviti kesenian Islam serta menyertai yang dianjurkan oleh Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Negara dan jabatan-jabatan kerajaan.

Sallehuddin Mohamed
solleh1951@gmail.com